Wednesday, March 18, 2009

Sejarah Akademik SIRI-4

Atas desakan pembaca, saya akan teruskan siri ini...ehem

nak dijadikan cerita, saya meneruskan pengajian sekolah menengah saya di SMK Khir Johari Beranang. Zaman sekolah menengah ni sangatla panjang. Jadi, saya takkan ulas secara detail. Cukuplah saya nyatakan secara umum saja.

Buat pengetahuan saudara. Selama saya di SMK Khir Johari, iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4, saya sentiasa berada di kelas no 1 iaitu kelas baiduri. Disekolah menengah, kesedaran saya tentang akademik semakin baik. Kemahiran bahasa inggeris saya juga semakin hari semakin baik.

bermula dengan grade D pada tingkatan 1, ia semakin meningkat dari tahun ke tahun.Semasa saya tingkatan 2, satu perkara memalukan telah melanda hidup saya. Tetapi saya bersyukur kerana walaupun saya dimalukan, namun ia menjadi pemangkin untuk saya menguasai bahasa Inggeris dengan baik hingga sekarang.

Macam ni ceritanya. Guru BI saya, Puan Linda Leong suruh saya baca satu sentence dengan kuat dalam kelas. Dengan tidak semena mena, saya tersalah sebut perkataan SHAPED.. Rakan rakan sekelas menertawakan saya. nampak benda ni macam tak dramatik sangat kan..tapi time tu memang malu. Puan Linda Leong bukannya nak memperbaiki suasana, malah buat lawak lagi. saya malu sangat time tu...

then, saya rasa sakit hati dengan cikgu ni. benci kat die. sampai hati die malukan saya dalam kelas. siaplah kau...[hehe]. pada waktu itu, saya TELAH BULATKAN TEKAD, bahawa saya akan buktikan saya akan kuasai bahasa Inggeris dan akan skor dalam PMR.

persoalan:
apa yang saya buat sehingga saya menjadi mahir dalam Bahasa Inggeris?
Kejutan apa yang saya beri waktu peperiksaan pertengahan tahun?
Apakah grade bahasa Inggeris saya time PMR?

sama sama kita tunggukan pada siri selanjutnya............

TO BE CONTINUED.

No comments: