Wednesday, March 11, 2009

SAHABAT

1. sahabat, teman dan kawan? apa bezanya? saya sendiri tidak pasti. tapi saya ada
takrifan tersendiri. sahabat bagi saya ialah teman yang kita anggap rapat dengan
kita.kita senang dengan kehadirannya dan dia pun senang dengan kehadiran kita.
Biasanya orang yang saya gelar sahabat ini, saya pasti berasa sayang padanya. bila
berjauhan, saya pasti akan merindui mereka. itu sahabat.

2. tetapi saya ada teman dimana, saya gembira bersama mereka, tetapi tidaklah terlalu
rapat. biasa saja. tapi teman sebegini boleh membuat kita gembira. namun ada atau
tiadanya dia, kita tidak akan berasa apa apa. teman jenis ini saya panggil kawan.
kawan boleh jadi sangat membantu kepada kita baik dalam pelajaran dan sebagainya,
namun tidaklah sampai keperingkat sahabat seperti yang saya terangkan seperti
diatas.

3. saya memiliki sahabat yang sangat ramai. saya rasa sahabat saya lebih ramai dari
kawan kawan saya.adakah kita menyayangi sahabat kita? kalau anda tanya saya, saya
kata YA. saya yakin para pembaca juga menyayangi sahabat masing masing. bolehkah
kita mengatakan kepada sahabat kita, bahawa kita menyayanginya? saya rasa tidak
ramai yang buat. bukan apa. ini bukan satu kebiasaan bagi mereka. ramai yang
berpendapat, sayang itu tidak perlu disebut,tidak perlu diucap. cukuplah ianya
terlihat dari sikap kita. adakah ini benar?

4. ia mungkin benar. tapi saya tidak bersikap begini. saya berpendapat sayang itu
perlu diucapkan. Rasulullah dalam hadisnya ada menyebut jika kita merasa sayang
kepada saudara kita (sahabat) maka katakanlah ia. seorang ustaz juga pernah
memberi kuliah beberapa tahun yang lampau. beliau mengatakan adalah ZALIM
seseorang sahabat itu apabila dia sayangkan sahabatnya tapi dia tidak
mengatakannya.

5. namun, terpulanglah kepada anda wahai pembaca. ini hanyalah pandangan peribadi
saya. seperti yang saya katakan ia belum menjadi suatu kebiasaan dalam diri
dan masyarakat kita untuk berbuat begitu. seperti budaya bersalaman,berlaga pipi
ataupun berpelukan apabila bertemu, itu belum menjadi budaya dalam masyarakt kita.
tetapi di negara arab, itu tiada menjadi persoalan.

6. Rasulullah dikhabarkan dalam sirah, apabila sahabatnya orang badwi datang kepada
baginda, baginda akan merasa sangat gembira lalu mencium dahi arab badwi itu
kerana rindu lama tak jumpa. begitu juga dengan satu lagi kisah dimana Rasulullah
mememeluk seorang sahabatnya dari belakang disebuah pasar kerana ingin bergurau.
banyak lagi kisah lain yang saya rasa, para pembaca lebih arif tentangnya.

7. jadi,hargailah sahabat sahabat anda.

No comments: