Thursday, March 19, 2009

SIRI KE-5

Sejak dimalukan dalam kelas bahasa Inggeris semasa di Tingkatan 2, saya memberi beberapa kejutan kepada semua warga kelas saya ketika itu. Dengan keazaman yang tinggi, dan berkat usaha yang gigih,Grade bahasa Inggeris saya terus melonjak dari D ke C, kemudian dari C ke B. bukan sekadar itu, lonjakan itu turut berlaku dari B ke A.

Apa yang saya buat?dari dungu english kepada A untuk subjek ini? rahsia saya ialah saya menjadikan kamus teman hidup saya ketika itu. sejak dimalukan tempoh hari, saya memperbanyakkan bacaan dalam bahasa inggeris. bukan buku cerita, bukan surat khabar, cukup sekadar contoh contoh karangan. Setiap perkataan yang saya tak faham saya akan cari dan hafalkan maksudnya. Semua perkataan yang saya cari saya abadikan dalam sebuah buku khas.

kesannya apa? dalam masa yang singkat, saya mencipta kejutan dengan mendapat markah essay tertinggi didalam kelas iaitu 28/30. Puan Linda Leong yang dulunya memerli saya dengan bangganya mengumumkan didalam kelas akan hal ini.Saya menunjukkan peningkatan mendadak dalam tahun terakhir sebelum PMR. Guru-guru semakin hormat kepada saya. Rakan rakan juga begitu. semasa tingkatan tiga, saya muncul juara no 1 dalam kelas 3 baiduri. Rakan-rakan yang dahulunya mengejek saya indon tidak lagi bersuara.

berkat didikan guru2 dan usaha gigih saya, saya berjaya memperoleh 6A dan 2B semasa peperiksaan percubaan PMR. saya dapat B untuk matapelajaran KH dan juga Sains pada ketika itu. Bahasa Inggeris saya sudah dapat A. Alhamdulillah, dengan penuh debar saya menduduki peperiksaan PMR. harapan menggunung dihati. Guru-guru juga berharap.

Apa jadi ye dengan PMR? alhamdulillah, soalan soalan semuanya senang. boleh jawap kecuali sains yang agak susah time tu. Akhirnya pada 27 December 2002, keputusan PMR diumumkan. Saya datang ke sekolah dengan ibu dan adik adik saya.Alhamdulillah saya berjaya mendapat 8A!!takbir!


persoalan:
apa yang terjadi seterusnya?
adakah saya kekal disitu atau berhijrah ke asrama penuh?
tawaran apa yang saya dapati ketika itu?


TUNGGU SIRI SELANJUTNYA....

TO BE CONTINUED...

1 comment:

AK 47 said...

da bjanggut nak tunggu siri lepas ni..makin menarik