Mungkin ramai yg bertanya, kemana haluan blog ini pada masa ini? Blog ini sejak akhir akhir ini kurang memperkatakan hal politik semasa dalam negara, terutamanya berkenaan isu pilihanraya Dun Penanti dan juga pilihanraya Dun Manik Urai tidak lama lagi.
Penulis bukan tidak cakna perkembangan semasa termasuk perkembangan pemilihan pucuk pimpinan parti pada muktamat PAS yang akan mendatang, cuma penulis sejak akhir akhir ini memberi banyak ruang kepada persoalan Personal dan Friendship untuk dipaparkan.
Seperti tema blog ini Political, Personal, Theological and Friendship, kini tema personal dan friendship itu yang yang lebih terkehadapan dalam hati penulis blog ini.
RASA KECEWA
disebalik rasa gembira, terselit juga rasa kecewa. Penulis sebenarnya menunggu nunggu satu jawapan dari seorang sahabat paling dekat kini tentang suatu perkara. sudah beberapa hari penulis menunggu,namun tiada balasan.
sahabat ini biasanya tidak seperti ini. Dialah sahabat yang paling pantas utk respons dalam apa apa perkara. dialah yang paling cepat untuk menaip pesanan. tapi saya tak nafikan dia sibuk dengan kerja kerjanya dikampus. sangat sibuk mungkin.
namun, dalam kesibukan itu,tidakkah terselit sesaat masa untuknya melihat apa yang berlaku?perkara ini tidak pernah berlaku selama ini. sudah banyak pesanan dihantar, namun...hampa..
aku tidak tahu apa yg sebenarnya brlaku. aku sudah mula berfikiran yang tidak baik. setahu aku, seperti yang diberitahu shbt lain, dia cukup gembira kini,gembira sokmo katanya. mungkin dia bizi..mungkin dia bizi..(cuba utk berusnuzan)
sampai bila?memang agak kecewa. takpelah. mungkin aku perlu berhenti disini dan tidak menghubungi lagi-buat waktu ini.
Saturday, May 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment