1. Saya secara jujurnya berasa tenang dengan keputusan mahkamah rayuan ini.
Walalupun Zambry diisytihar sebagai " MB yg sah" kononnya, hati saya tidak
sedikitpun terguris. tidak pula rasa down.
2. Kerana saya yakin siapapun yang diputuskan oleh Mahkamah rayuan sebagai MB, sama
ada nizar atau si Zambry, maka creditnya tetap kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
3. Rakyat tidak mahukan Zambry. Mereka mahukan wira mereka Ir Nizar sebagai MB. Tetapi
Zambry yang tidak ada lagi rasa malu kepada rakyat bermati matian dari membubarkan
Dun untuk memberi mandat kepada rakyat untuk memilih.
4. UMNO mmg betul2 sudah gila kuasa. mereka sedar rakyat benci kepada mereka. Benci
kerana merampas hak rakyat Perak dari mengundi kerajaan yang sah disana.
5. Tidak seperti Ir Nizar. Beliau hanya ingin DUN di bubar dan mandat diberi semula
kepada rakyat kerana hanya dengan cara ini krisis perak ini dapat ditamatkan
segera. Beliau berhujah Pas/Pakatan akan menerima sekiranya keputusan pilihanraya
itu nanti memihak kepada BN.
6. berbeza dari UMNO/BN, bermati matian mengelak pilihanraya. Kononnya kerajaan nya
sah,ingin berkhidmat untuk rakyat.tetapi satu point yg mereka cuba buat buat
tak ingat ialah rakyat Perak Majoritinya "tidak merestui" BN sebagai kerajaan
7. Hari ini BN kata dalam Berita Harian, tiada perlunya DUN di bubar. Saya tegaskan,
jika BN tidak bubar, bukan setakat perak yang bakal lesap ketangan Pakatan kelak,
malah sem\luruh semenanjung akan menolak UMNO barisan nasional.
8. Jadi biarkan dia bersuka ria untuk tempoh yg singkat ni. " rakyat simpan dulu rasa
marah dan demdam tu" hayat mereka sudah tak lama. biarkan mereka berbulan madu
dahulu.
9. saya selaku pengundi di Perak mendoakan semoga kejadian ini akan membawa kepada
kemenangan Pakatan Rakyat diseluruh Malaysia.
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment