1. maaf kerana lambat mengupdate siri akademik. dalam siri tujuh ini saya akan cuba sambung kisah di SAMURA. apa sebenarnya yang berlaku kepada diri saya? kalau homesick, sepatutnya semakin hari semakin berkurang.
2. Saya tidak pasti. perasaan saya semakin hari semakin teruk. jiwa semakin sakit. Tiada hari hari tenang bagi saya di SAMURA melainkan beberapa hari saja. Apa yang sebenarnya berlaku ialah saya mengalami satu gangguan was was yang sangat teruk. saya merasakan seolah olah ada 'benda' yang berbisik kehati saya. mengugut ugut saya. Membayangkan perkara yang bukan bukan ke fikiran saya.
3. Saya rasa diugut,'jika buat begini begitu, mak ayah kau tak selamat dekat rumah..accident la..macam2 lagi..cuba bayangkan. Gangguan ni selalu datang. saya tahu itu semua was was, permainan syaitan,itu semua tidak benar..tapi jiwa saya jadi tidak tenteram. diganggu pagi,siang dan malam.
4. lama kelamaan, saya beritahu cikgu. kebetulan suami cikgu tersebut seorang ustaz yang juga seorang cikgu di situ. cikgu tu pun bagi pelbagai nasihat dan cadangan.Saya sebENArnya sudah tak tahan. rasa nak keluar je dari sekolah tu. lalu cikgu tu pun mencadangkan solat hajat.
5. saya pun lakukan solat hajat. saya lakukan 3 malam berturut turut. saya serahkan semuanya pada Allah, sama ada saya perlu terus disini atau keluar sahaja. Akhirnya Allah memberi petunjuk. SAYA PERLU KELUAR.
6. keluarga saya berat hati menerima berita ini. Yelah, kalau saudara masih ingat,hutang untuk bayar yuran yang dipinjam dari seorang kenalan ayah pun tak habis bayar lagi n sekarang dah nak keluar. Apapun mereka terpaksa menerima.
7. Saya pun kembali ke sekolah lama. Tidak ada perlunya malu. Guru guru dan rakan rakan menerima baik kepulangan saya. Semasa sudah berada di SEKOLAH asal (SMK Khir Johari), saya pun cuba berubat kesana kemari. Dengan Darul Syifa pun ada.macam macam la.
8. Masa saya keluar dari SAMURA,ramai kawan kawan yang sedih. ada yang menangis. 2 orang kawan saya menangis. perempuan. bukan apa. ntah, mereka kata saya banyak memberi mereka inspirasi. Saya sebenarnya dilantik sebagai ketua Kelas disana. Saya juga jadi johan Nasyid pada Malam Kesenian Islam semasa di SAMURA. jadi nama saya cukup dikenali.
9. Seminggu keluar dari SAMURA, saya rasa rindu dekat kawan kawan kat sana. Ada juga terfikir kalaulah masa boleh diundur....namun, saya mesti teruskan kehidupan. Rezki saya bukan di situ. Jadi saya mesti teruskan perjuangan di luar. Walaupun sudah berada di luar, namun saya dan kawan kawan masih mengutus surat, masih ada yang sudi call.Kami masih keep in touch.
10 pada waktu itu medium kami surat. menarik kan. bukan macam sekarang, handphone. Surat surat mereka saya simpan elok elok dan saya baca berulang ulang kali. Tapi sekarang surat surat tu dah tak tau dah pegi mana...
TO be CONTINUED........
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment