Thursday, May 14, 2009

SILA INGAT KATA TUN INI


Post ini adalah berdasarkan kenyataan Tun Dr Mahathir dalam Utusan Malaysia Online bertarikh 15 mei 2009.

kalau ingin bukti sila klik link ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm



1.Tun ditanya wartawan :

Dr. Mahathir ditanya mengenai pandangan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin parti komponen BN bahawa pilihan raya perlu diadakan di Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Jawap Tun:
'Hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka. Itulah perasaan saya bahawa pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya.

Komen Saya:
Jelas sudah BN sudah tiada masa depan di Perak. Negeri yang dahulunya kubu kuat BN,
kini bakal menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pula.
tahun 2004, BN menang 52 kerusi Dun dan pembangkang menang 7 sahaja.
tahun 2008, BN menang 28 sahaja, pakatan menang 31 kerusi
selepas ini bagaimana pula nasib BN dalam keadaan rakyat lebih membenci mereka berbanding PRU 2008?
Anda boleh jangkakan bilangan kerusi yang mereka boleh dapatkan kelak.

2.Wartawan bertanya:
Mengenai pandangan bahawa pilihan raya kecil hanya perlu diadakan di tiga DUN yang membabitkan wakil rakyat Bebas kerana ia menjadi punca pergolakan politik di Perak,

Tun menjawap:
Yang itu saya tidak ada pandangan.

Komen saya:
Tun lah orang yg mula2 mengkritik BN kerana menerima masuk ADUN2 yg dituduh rasuah seks. TUn lah dulu yang tidak menyenangi BN kerana membawa masuk ADUN bermasalah tersebut. Sekarang Tun dah tak nak komen pulak.
Jelas sudah disebabkan tiga manusia pengkhianat ni, Huru hara negeri. rakyat hidup gelisah. pentadbiran kucar kacir. pelabur asing mungkin lari. imej negara aib dimata dunia.
tapi BN masih ingin bertahan dengan sokongan 3 adun pengkhianat ni.
saya nak tanya, siapakah yang berkuasa menentukan kerajaan,RAKYAT atau 3 ADUN NI???


3.Wrtawan bertanya:
Sementara itu ditanya adakah krisis politik Perak akan memberikan kesan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13,

Tun mnejawap:
beliau secara berseloroh berkata: ''Saya harap orang akan mudah lupa (tentang krisis itu)."

Saya pulak komen:
Saya kata rakyat takkan lupa. Dan rakyat akan memberi pengajaran berharga buat BN. najib kena bersedia untuk jadi ketua pembangkang dari sekarang. kerana kesan isu ini kepada BN adalah 'kronik'.
UMNO saja yang mudah lupa wahai Tun. tapi rakyat kebanyakan tidak. mereka menaruh dendam kesumat dalam hati masing2. Mana mungkin rakyat bisa lupa dengan rampasan kuasa dan huru hara yang dicetuskan BN tempohari???
Tun nampak berdolak dalik sejak masuk UMNO ni.
dulu masa diluar UMNO, Tun bukan main berani lagi.
Tun..Tun..

4.wartawan tanya lagi:
Kepada soalan tentang masa depan UMNO dan BN berasaskan kepada trend yang berlaku sekarang

Tun Jawap:
Saya mohon tidak menjawab soalan itu dan kalau ada sekali pun, ia hanya pandangan peribadi saya.Jadi biarlah saya menyimpannya untuk saya sendiri

Saya Jawap:

Tun sebenarnya tahu apa jawapannya. Tapi Tun tidak sanggup untuk mengatakannya.
Beliau sebenarnya sudah dapat menggambarkan bagaimana UMNO dan BN bakal berkubur.
beliau sudah dapat menggambarkan bagaimana pemimpin2 UMNO pulang kampung tanam ubi kayu (yg ni lawak semata2 k)
Tun kami boleh baca isi hati Tun. Tun tak cakap lagi la kami tau.

No comments: