Salam kepada semua pembaca setia blog ini. nampaknya sudah ada gesaan untuk meneruskan update akademik tempohari. Jadi saya akan sambung lagi. Selepas keluar dari SAMURA, saya kembali semula ke sekolah asal, SMK Khir Johari Beranang.Guru guru dan rakan rakan menerima kembali kehadiran saya dengan hati terbuka.
Saya dilantik semula sebagai Timbalan Ketua Pengawas. Sebenarnya saya sudah lama menjadi pengawas sekolah. sebelum ke SAMURA tempohari. Saya memang sudah di amanahkan sebagai Timb Ketua Pengawas. Sekarang saya kembali semula memegang jawatan ini.
Namun ini tidak lama. Baru saja sebulan berada disekolah asal, terdapat ura ura dalam famili saya untuk berhijrah ke Negeri Sembilan.Saya baru saja ingin menyesuaikan kembali hidup saya yang agak tidak teratur sejak peristiwa di SAMURA. akademik saya agak terjejas sedikit.
Namun ini semua tidak dapat dihalang. Keluarga saya sudah membuat keputusan. Kami mesti berpindah atas faktor pekerjaan dan sumber rezki. Maka kamipun berhijrah ke sebuah pekan kecil bernama Gemencheh. Bandar terdekat dengan pekan ini ialah Tampin. Saya didaftarkan di sebuah sekolah. Namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha, sebuah sekolah luar bandar dengan komposisi pelajarnya 50-50 antara melayu dan bukan melayu.
banyak kisah yang ingin saya ceritakan disini. disinilah saya menempa keputusan bertemu beberapa individu tertentu. Disinilah saya bertemu guru guru yang baik. Disinilah saya bersaing menjadi juara didalam kelas yang biasanya didominasi oleh pelajar cina.
Maaf saya kena berhenti disini dulu. Ada orang nak guna modem. Sampai brtemu lagi.
Saturday, May 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment