Wednesday, May 13, 2009

Luahan Hati Pengundi Perak





1. Tun Dr Mahathir hari ini memberi kenyataan yang jujur berkenaan krisis Perak.
Beliau menyatakan Pakatan Rakyat akan menang sekiranya Pilihanraya Kecil
di adakan diseluruh Perak.

2. Namun hari ini, kali pertama Tun Mahathir menunjukkan sikap pengecut/takut. Saya
minta maaf kalau agak kasar. Sebab selama ini Tun adalah seorang yang lantang dan
berani.

3. Kenapa saya kata beliau seorang pengecut kerana disebabkan ramalan bahawa Pakatan
bakal menang di Perak, maka beliau menyarankan BN tak usah bubarkan Dun dan buat
pilihanraya.

4. Kononnya kalau buat pun bazir duit rakyat. Dan yang pasti mesti kalah punya.

5. Apa yang dapat saya simpulkan, BN sekarang benar benar mengalami sindrom trauma
yang teruk. Trauma untuk kalah lagi dalam pilihanraya. Sejak bila pula BN pandai
bercakap pasal 'menjimatkan' duit rakyat, sedangkan selama ini pentadbiran BN
inilah yang banyak 'menghanguskan' duit rakyat.

6. Kalau sampai Tun pun dah cuak, tak boleh nak kata apa la.Tun pun mesti trauma juga
sebab Bukit Gantang dan Bukit Selambau BN kalah teruk, walaupun beliau selaku
negarawan terkenal seantero dunia dah berkempen untuk BN di sana.

7. Patutla BN perak ni takut sangat nak pilihanraya. Saya hairan mereka ni takda rasa
malu ke? perintah negeri dalam kebencian rakyat. Macam mana mereka boleh perintah
negeri tanpa restu dan keizinan rakyat Perak? Sudah tiada perasankah?

8. Inilah kesannya apabila sudah gila kuasa. Tak kisahlah rakyat nak suka ke, nak
benci ke yang penting boleh pegang kerajaan. Kononnya nak berkhidmat untuk rakyat.
Rakyat pun tak hinginnn la.

9. Saya selaku pengundi di Perak sangat jelak, sangat marah dengan sikap berdolak
dalik Barisan Nasional, bermula dari Perdana Menterinya sampailah ke Menteri
menterinya...punyalah takut berhadapan dengan rakyat.

10.Apakah mereka ingat bila mereka pegang Perak sekarang, perintah Perak sekarang,
BN bakal selamat dalam PRU ke-13? ke diorang ni memang nak perintah untuk 4 tahun
ni je?

11.Inilah dipanggil 'kebodohan dalam berpolitik'. Tahunya hanya nak berkuasa je tapi
strategi jangka panjang takda.

12.Mungkin mereka ini semua sudah tahu, bahawa mereka memang 'SURE' akan hilang
Seluruh negara pada PRU ke-13 nanti. That's why nak perintah juga sekarang.

13. Yela takut nanti tak merasa dah kerusi Menteri Besar.

No comments: