Thursday, May 28, 2009

MUNGKIN

1 MUNGKIN selama ini Tuhan selalu mempertemukanku dengan orang orang yang faham,lekas
faham dan menghargaiku. Tuhan mengurniakanku dengan sahabat2 yang tahu hati budiku.

2 MUNGKIN selama ini aku beranggapan bahawa seseorang sahabat itu perlu memahami
citra
dan cara ku supaya mereka dapat menyesuaikan diri. Aku lupa bahawa mereka juga
punya
hati dan perasaan. Aku lupa mereka juga sepertiku, mengharapkanku faham hati dan
budi
mereka.

3 MUNGKIN aku yang perlu berubah.Bukan dia. Kerana aku telah mencuba, namun hatinya
tidak mampu untuk berbuat begitu. Jadi siapa yang harus berkorban? ye..aku yang
harus korbankan rasa.

4 MUNGKIN aku mementingkan diri sendiri selama ini. adakah sahabat yang baik ituhanya
sahabat yang menerimaku seadanya sahaja?bagaimana dengan sahabat yang faham
dan insaf dengan sikap dan karenahku tetapi tidak dapat menerimanya secara
peribadi?

5 MUNGKIN kali ini aku yang harus duduk dan memikirkan halatuju diriku sendiri.
aku mesti berhenti dari mendesak dan terus mendesak.
Semua ini perlukan keikhlasan.
Biarlah keihklasan yang menyelesaikan semua ini.

6 MUNGKIN aku yang bersalah. Dan mungkin aku yang perlu memohon maaf kepadanya.

No comments: