Sunday, May 31, 2009

TAK TERKATA

1. Sudah hampir seminggu rasanya aku begini. Ntahla, perasaan ini tidak enak.
rasa ternanti nanti sesuatu yg penting, rasa kecewa, rasa tak dipedulikan semua
bercampur baur.

2. Walaupun bertemu shbt2 sepraktikal ujung minggu lepas, dapat jalan jalan sama2 ke
KT, dpt bermusafir sama sama,ada juga kegembiraan bertemu shbt2 lain. namun hatiku dalam diam diam sebenarnya rasa pedih, masih luka. Aku bertanya
kenapa harus begini?

3. Dalam kekecewaan mcm ni,aku masih berusaha berfikiran baik, masih memotivasi diri
untuk berbaik sangka..tapi sampai bila? perit hatiku tk trkata.
inilah hadiah "pertama" yg tk trnilai untukku.

4. terima kasih atas hadiah ini. hadiah ini kekal dihatiku.

Saturday, May 30, 2009

HALATUJU DAN KEKECEWAAN

Mungkin ramai yg bertanya, kemana haluan blog ini pada masa ini? Blog ini sejak akhir akhir ini kurang memperkatakan hal politik semasa dalam negara, terutamanya berkenaan isu pilihanraya Dun Penanti dan juga pilihanraya Dun Manik Urai tidak lama lagi.

Penulis bukan tidak cakna perkembangan semasa termasuk perkembangan pemilihan pucuk pimpinan parti pada muktamat PAS yang akan mendatang, cuma penulis sejak akhir akhir ini memberi banyak ruang kepada persoalan Personal dan Friendship untuk dipaparkan.

Seperti tema blog ini Political, Personal, Theological and Friendship, kini tema personal dan friendship itu yang yang lebih terkehadapan dalam hati penulis blog ini.

RASA KECEWA

disebalik rasa gembira, terselit juga rasa kecewa. Penulis sebenarnya menunggu nunggu satu jawapan dari seorang sahabat paling dekat kini tentang suatu perkara. sudah beberapa hari penulis menunggu,namun tiada balasan.

sahabat ini biasanya tidak seperti ini. Dialah sahabat yang paling pantas utk respons dalam apa apa perkara. dialah yang paling cepat untuk menaip pesanan. tapi saya tak nafikan dia sibuk dengan kerja kerjanya dikampus. sangat sibuk mungkin.

namun, dalam kesibukan itu,tidakkah terselit sesaat masa untuknya melihat apa yang berlaku?perkara ini tidak pernah berlaku selama ini. sudah banyak pesanan dihantar, namun...hampa..

aku tidak tahu apa yg sebenarnya brlaku. aku sudah mula berfikiran yang tidak baik. setahu aku, seperti yang diberitahu shbt lain, dia cukup gembira kini,gembira sokmo katanya. mungkin dia bizi..mungkin dia bizi..(cuba utk berusnuzan)

sampai bila?memang agak kecewa. takpelah. mungkin aku perlu berhenti disini dan tidak menghubungi lagi-buat waktu ini.

Thursday, May 28, 2009

MUNGKIN

1 MUNGKIN selama ini Tuhan selalu mempertemukanku dengan orang orang yang faham,lekas
faham dan menghargaiku. Tuhan mengurniakanku dengan sahabat2 yang tahu hati budiku.

2 MUNGKIN selama ini aku beranggapan bahawa seseorang sahabat itu perlu memahami
citra
dan cara ku supaya mereka dapat menyesuaikan diri. Aku lupa bahawa mereka juga
punya
hati dan perasaan. Aku lupa mereka juga sepertiku, mengharapkanku faham hati dan
budi
mereka.

3 MUNGKIN aku yang perlu berubah.Bukan dia. Kerana aku telah mencuba, namun hatinya
tidak mampu untuk berbuat begitu. Jadi siapa yang harus berkorban? ye..aku yang
harus korbankan rasa.

4 MUNGKIN aku mementingkan diri sendiri selama ini. adakah sahabat yang baik ituhanya
sahabat yang menerimaku seadanya sahaja?bagaimana dengan sahabat yang faham
dan insaf dengan sikap dan karenahku tetapi tidak dapat menerimanya secara
peribadi?

5 MUNGKIN kali ini aku yang harus duduk dan memikirkan halatuju diriku sendiri.
aku mesti berhenti dari mendesak dan terus mendesak.
Semua ini perlukan keikhlasan.
Biarlah keihklasan yang menyelesaikan semua ini.

6 MUNGKIN aku yang bersalah. Dan mungkin aku yang perlu memohon maaf kepadanya.

Wednesday, May 27, 2009

LAGU BUATMU

Kau tersenyum..
Ku terpaku..
Cahya diwajahmu hanyalah untukku..
sinaran matamu menusuk dikalbu..
tak mungkinku melupakan..
sebegini pengalaman..
lalu hatipun berkata
segala untukmu..

suatu masa nanti..
pasti kau temui..
tabahkanlah hati jangan lupakan Ilahi..
akan tiba bahagia tak mungkin sendirian..
terhurai dalam lagu berkumandang..
dibuai dalam mimpi kau kusayang.....

Tuesday, May 26, 2009

AKU BERMIMPI

Semalam aku bermimpi lagi. Aku tidak dapat mengingat satu persatu apa yang terjadi. Namun yang pasti, aku telah menangis dalam kesedihan. Dalam mimpi itu aku merasakan yang aku sudah menghampiri saat saat akhirku di kampus.

orang orang yang kusayangi ada di sekeliling meraikan kami yang akan meninggalkan alam universiti. aku lihat satu persatu wajah wajah mereka yang kukasihi. aku menangis. air mataku mengalir deras.

terasa tidak sanggup untuk pergi.apalah gunanya kupergi. jasadku pergi namun hatiku tinggal bersama mereka.selain itu, dalam mimpi itu aku seolah olah pergi menziarahi pusara salah seorang adik usrahku yang sangat kurapat. Z namanya. aku juga menangis mengenangkannya. air mata tidak dapat ditahan lagi. kenapa dia harus pergi dahulu meninggalkan aku sendirian.

pasti aku akn merinduinya. hatiku terasa kosong tanpanya.

Sampai masanya aku terbangun, baru aku sedar ini semua hanya satu mimpi. ku kesat air mataku. ternyata air mata itu tiada. aku berharap ini tidak akan berlaku kepadaku.tapi aku khilaf, ia pasti akan berlaku juga akhirnya.aku akan meninggalkan mereka semua tidak lama lagi.

walaupun masih jauh, namun aku sudah dapat membayangkan kesedihan hatiku kelak tanpa mereka. Namun aku akur, perpisahan itu pasti berlaku.

Friday, May 22, 2009

HAMBARNYA PERSAHABATAN

kehidupan di UTP menemukanku dengan macam macam perkara. antara yang paling kuhargai ialah pertemuan dengan sahabat sahabat baru. cukup ramai orang baik baik yang aku temui selama 4 tahun di sana.

semua persahabatan yang terjalin sungguh bermakna. sahabat ini tingkatannya jauh lebih tinggi dari kawan,rakan,member,saing. Bagi aku, jauh lebih bermakna. sahabat ni adalah mereka mereka yang paling dekat denganmu,paling memahamimu,yang mengasihimu dan yang mengingatimu sentiasa.

sahabat adalah mereka yang faham hati budimu disaat dunia menafikannya. sahabat adalah mereka yang tidak mudah termakan racun provokasi dan niat jahat orang lain tentang kita. aku bersyukur ramai sahabat sahabat begini yang kutemui.

semakin banyak perkenalan, semakin banyak pertemuan semakin ramai sahabat kutemui.aku selalu berharap hubungan persahabatan ini segar dan mengharum sentiasa.aku takut kalau segar itu hilang, harum itu memudar.

bila ini berlaku, maka hambarlah persahabatan. persahabatan yang awalnya akrab menjadi hampa. aku selalu membayangkan perkara ini. dan aku selalu juga memperingatkan mereka mereka yang kugelar sahabat agar berwaspada dengan perkara perkara yang menghambarkan persahabatan.

kita kena selalu berhubung.keep in touch. jangan hendaknya jarak itu bisa memisahkan hati hati kita. ntah la,itu yang aku rasakan. aku merasakan pudarnya kemanisan persahabatanku waktu ini. bukan dengan semua. tapi dengan sesetengah mereka yang mungkin sibuk denga urusannya.

malangnya jika ini benar benar berlaku.

SUSULAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

1. Saya secara jujurnya berasa tenang dengan keputusan mahkamah rayuan ini.
Walalupun Zambry diisytihar sebagai " MB yg sah" kononnya, hati saya tidak
sedikitpun terguris. tidak pula rasa down.

2. Kerana saya yakin siapapun yang diputuskan oleh Mahkamah rayuan sebagai MB, sama
ada nizar atau si Zambry, maka creditnya tetap kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

3. Rakyat tidak mahukan Zambry. Mereka mahukan wira mereka Ir Nizar sebagai MB. Tetapi
Zambry yang tidak ada lagi rasa malu kepada rakyat bermati matian dari membubarkan
Dun untuk memberi mandat kepada rakyat untuk memilih.

4. UMNO mmg betul2 sudah gila kuasa. mereka sedar rakyat benci kepada mereka. Benci
kerana merampas hak rakyat Perak dari mengundi kerajaan yang sah disana.

5. Tidak seperti Ir Nizar. Beliau hanya ingin DUN di bubar dan mandat diberi semula
kepada rakyat kerana hanya dengan cara ini krisis perak ini dapat ditamatkan
segera. Beliau berhujah Pas/Pakatan akan menerima sekiranya keputusan pilihanraya
itu nanti memihak kepada BN.

6. berbeza dari UMNO/BN, bermati matian mengelak pilihanraya. Kononnya kerajaan nya
sah,ingin berkhidmat untuk rakyat.tetapi satu point yg mereka cuba buat buat
tak ingat ialah rakyat Perak Majoritinya "tidak merestui" BN sebagai kerajaan

7. Hari ini BN kata dalam Berita Harian, tiada perlunya DUN di bubar. Saya tegaskan,
jika BN tidak bubar, bukan setakat perak yang bakal lesap ketangan Pakatan kelak,
malah sem\luruh semenanjung akan menolak UMNO barisan nasional.

8. Jadi biarkan dia bersuka ria untuk tempoh yg singkat ni. " rakyat simpan dulu rasa
marah dan demdam tu" hayat mereka sudah tak lama. biarkan mereka berbulan madu
dahulu.

9. saya selaku pengundi di Perak mendoakan semoga kejadian ini akan membawa kepada
kemenangan Pakatan Rakyat diseluruh Malaysia.

Tuesday, May 19, 2009

MENCINTAI RASULULLAH

1. Seperkara yang masih sukar buatku sehingga kini ialah mencintai Allah dan
Rasulullah.Rasa itu masih belum muncul di lubuk hati.

2. Mungkin diri masih belum layak merasai nikmat rasa cinta pada Nya dan Rasulnya.
Kadang hati terkilan, shbt shbt mampu mengungkapkan "aku cintakan Allah dan Rasul"

3. Hebatnya shbt2ku kerana telah merasai kemanisan cinta pada Ilahi. aku belum lagi.
bilakah perasaan itu mungkin hadir.

4. aku telah rasa kemanisan cinta pada ibu bapa dan cinta pada shbt2. aku sudah rasa.
ia manis namun ia tidak menenangkan apabila berjauhan.

5. aku selalu berdoa. Ya Allah,lahirkanlah dalam hatiku bibit cinta kepadaMu. aku
selalu cuba belajar mencintai Nabi. tapi masih belum berhasil

6. Bagaimanakah rasanya cinta kepada Allah dan Rasul?kadang kadang aku berfikir,
adakah cinta kepada Allah dan Rasul itu cukup dengan kepatuhan kepadaNya?
adakah bila sudah patuh mengerjakan solat dan kewajiban2 lain, sudah dikira cinta?

7. Aku bila berjauhan dengan orang2 yang kucintai. hatiku akan rasa sesak menahan
rasa rindu dan kasih.

8. ALangkah indahnya jika ada cinta Allah dan Rasul. disaat bersama orang2 tersayang,
cinta semakin bertambah2. dikala berpisah, hati merasa cukup kerana Allah
sentiasa bersama.

9. bilakah akan ku raih rasa ini?

10.bacalah kisah ini. semoga air matamu bergenang.

http://mujahidmuda.com/?p=119#more-119

Monday, May 18, 2009

Berhabis RM20 untuk call kawan2

1. Semalam saya telah top up dua kali sebab nak call kawan kawan yang lama saya tak
call. Saya guna celcom. sangat jimat. telinga saya rasa panas selepas call.

2. First yang saya call nama dia Muiz.
saya nak call abdul muiz bin Ismail (jan08), tapi saya silap tekan muizzudin bin
mazlan (july05) (duration:2min)
plak. So cakap2 jela. cover cover sikit. then abes.
Then baru saya call muiz yang betul.
Dia kata dia baru baru nak start kete g makan.
So saya pun cadang nak call die kemudian. (duration:2min)

3. Second saya call aminuddin nasir (july06). malangnya dia kata dia ada atas moto
so saya pun kata call die balik kemudian.(duration: 1min)

4. Kemudian saya pun call azmi/ocheng (july05). dia kawan baik saya. lama saya tak
contact dia. dia intern dekat dayabumi KL dan aritu die attach dekat Singapore
selama 6 minggu.macam2 kami borakkan. pasal majoring nanti,gemuk ke tidak skrg,
mcm mana intern, bla bla..bnyk la isu nya..
(duration : around 15 min)

5. Then saya contact aminuddin nasir semula (july06).dia junior saya. baik orangnya.
ada sapa2 kenal dia?dia presiden RC. warak dan profesional.banyak benda yang kami
bincang. pasal akademik, pasal sikap,dan banyak lagi perkara peribadi. haha.
(duration : around 15 min)

6. Then kemudian saya call Mohd Fadhli Bin Sayuti (jan98). ni pun junior juga. Dia
tengah serabut otak time saya call sbb esok last paper dia. Dia ni pun kawan saya
yang baik gak. macam2 la kitorang borak. pasal akademik (skema gler!), pasal
attitude,nasihat2 sket,sakat2 sket.dia jarang mesej saya. jadi sayala yg kene
rajin rajin mesej or call dia.
(duration : 15 min)

7. Then saya call sapa lagi ek? em..ha!!saya call bukhari (jan08).die pun last paper
esok. sian dia.pun tension study jugak. harap dipermudahkan segalanya.
dapat juga bagi dorongan sket kat adik adik ni.
(duration : 6 min)

8. Saya pun ada call nik aziz (bukan menteri besar kelantan tu~), tapi nik aziz
july05.lama tak contact dia. saja tanya tanya kabar. dia ni orang kelantan. pandai
nyanyi. Saya suka dengar dia baca surah As-Syams
(duration: 3min)

9. Then saya call muiz (jan08) tadi semula. banyak isu yang kami bincangkan isu
macam2 la. more on sesi nak setelkan masalah. ada masalah sket ngan dia.
saya yang paling banyak cakap.dia dengar je banyak. So saya kira selesai dah kot
selepas naik panas telinga saya call dia. bkn sbb mulut dia laser ke apa. tak.
sbb henset tu panas.
(duration : 59 min)

10.tadi saya call pulak syed haq (july 07) dan juga zulhilmi (july07).
dua dua ni adik usrah saya yg paling rapat.
diorang paper last esok. so saya bagi2 semangat sikit la disamping borak benda
benda tak berfaedah.
(duration: 15min)

11.so sekarang duit saya tinggal 77sen je lagi. tapi puas hati la. sebab dapat call
shbt2 yg kira sgt rapat la.duit boleh dicari. shbt2 mcm ni tiada gantinya.

Sunday, May 17, 2009

APAKAH YANG ANDA RASA..

Apakah yang anda rasa bila:

anda meminta jawapan, ttapi jawapan tidak diberikan?
anda menunggu nunggu balasan msj, kemudian mesej itu tidak berbalas?
anda menunggu msj itu bukan dari kawan kawan biasa, tapi shbt karib anda?
anda meminta jawapan, tapi dia tak bagi jawapan pun..
kemudian anda pun mesej lagi bertanya..tapi dia dah tak balas dah.
kemudian hati anda terluka.
terluka dan rasa pedih
lama baru boleh lupakan.
apakah yang anda akan buat?
lupakan?
biarkan?
jangan tanya lagi?
cuba lain kali?
apa yang saya rasa ialah. saya kecewa. sebab jawapan tidak diberi. tergantung tnpa tali.hati rasa sedih.perasan tidak enak. tapi siapa yang tahu.
takpelah. mungkin saya yg salah.
mungkin juga ini semua tidak penting bg kawan saya tu
mungkin juga dia bz mungkin.
mungkin juga dia anggap bnda tu tk penting sangat. tapi dia lupa bg saya bnda tu pnting.
ntah la.
saya pun kecil hati sekarang ni
dan tak mahu becakap dgn kawan saya.
dia tk ada kat sini.
dia ada kat negeri pasir dua butir sekarang
di negeri bergolak.

p/s: semoga Dun bubar cepat.

Saturday, May 16, 2009

SIRI AKADEMIK 8

Salam kepada semua pembaca setia blog ini. nampaknya sudah ada gesaan untuk meneruskan update akademik tempohari. Jadi saya akan sambung lagi. Selepas keluar dari SAMURA, saya kembali semula ke sekolah asal, SMK Khir Johari Beranang.Guru guru dan rakan rakan menerima kembali kehadiran saya dengan hati terbuka.

Saya dilantik semula sebagai Timbalan Ketua Pengawas. Sebenarnya saya sudah lama menjadi pengawas sekolah. sebelum ke SAMURA tempohari. Saya memang sudah di amanahkan sebagai Timb Ketua Pengawas. Sekarang saya kembali semula memegang jawatan ini.

Namun ini tidak lama. Baru saja sebulan berada disekolah asal, terdapat ura ura dalam famili saya untuk berhijrah ke Negeri Sembilan.Saya baru saja ingin menyesuaikan kembali hidup saya yang agak tidak teratur sejak peristiwa di SAMURA. akademik saya agak terjejas sedikit.

Namun ini semua tidak dapat dihalang. Keluarga saya sudah membuat keputusan. Kami mesti berpindah atas faktor pekerjaan dan sumber rezki. Maka kamipun berhijrah ke sebuah pekan kecil bernama Gemencheh. Bandar terdekat dengan pekan ini ialah Tampin. Saya didaftarkan di sebuah sekolah. Namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha, sebuah sekolah luar bandar dengan komposisi pelajarnya 50-50 antara melayu dan bukan melayu.

banyak kisah yang ingin saya ceritakan disini. disinilah saya menempa keputusan bertemu beberapa individu tertentu. Disinilah saya bertemu guru guru yang baik. Disinilah saya bersaing menjadi juara didalam kelas yang biasanya didominasi oleh pelajar cina.

Maaf saya kena berhenti disini dulu. Ada orang nak guna modem. Sampai brtemu lagi.

Thursday, May 14, 2009

SILA INGAT KATA TUN INI


Post ini adalah berdasarkan kenyataan Tun Dr Mahathir dalam Utusan Malaysia Online bertarikh 15 mei 2009.

kalau ingin bukti sila klik link ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm



1.Tun ditanya wartawan :

Dr. Mahathir ditanya mengenai pandangan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin parti komponen BN bahawa pilihan raya perlu diadakan di Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Jawap Tun:
'Hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka. Itulah perasaan saya bahawa pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya.

Komen Saya:
Jelas sudah BN sudah tiada masa depan di Perak. Negeri yang dahulunya kubu kuat BN,
kini bakal menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pula.
tahun 2004, BN menang 52 kerusi Dun dan pembangkang menang 7 sahaja.
tahun 2008, BN menang 28 sahaja, pakatan menang 31 kerusi
selepas ini bagaimana pula nasib BN dalam keadaan rakyat lebih membenci mereka berbanding PRU 2008?
Anda boleh jangkakan bilangan kerusi yang mereka boleh dapatkan kelak.

2.Wartawan bertanya:
Mengenai pandangan bahawa pilihan raya kecil hanya perlu diadakan di tiga DUN yang membabitkan wakil rakyat Bebas kerana ia menjadi punca pergolakan politik di Perak,

Tun menjawap:
Yang itu saya tidak ada pandangan.

Komen saya:
Tun lah orang yg mula2 mengkritik BN kerana menerima masuk ADUN2 yg dituduh rasuah seks. TUn lah dulu yang tidak menyenangi BN kerana membawa masuk ADUN bermasalah tersebut. Sekarang Tun dah tak nak komen pulak.
Jelas sudah disebabkan tiga manusia pengkhianat ni, Huru hara negeri. rakyat hidup gelisah. pentadbiran kucar kacir. pelabur asing mungkin lari. imej negara aib dimata dunia.
tapi BN masih ingin bertahan dengan sokongan 3 adun pengkhianat ni.
saya nak tanya, siapakah yang berkuasa menentukan kerajaan,RAKYAT atau 3 ADUN NI???


3.Wrtawan bertanya:
Sementara itu ditanya adakah krisis politik Perak akan memberikan kesan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13,

Tun mnejawap:
beliau secara berseloroh berkata: ''Saya harap orang akan mudah lupa (tentang krisis itu)."

Saya pulak komen:
Saya kata rakyat takkan lupa. Dan rakyat akan memberi pengajaran berharga buat BN. najib kena bersedia untuk jadi ketua pembangkang dari sekarang. kerana kesan isu ini kepada BN adalah 'kronik'.
UMNO saja yang mudah lupa wahai Tun. tapi rakyat kebanyakan tidak. mereka menaruh dendam kesumat dalam hati masing2. Mana mungkin rakyat bisa lupa dengan rampasan kuasa dan huru hara yang dicetuskan BN tempohari???
Tun nampak berdolak dalik sejak masuk UMNO ni.
dulu masa diluar UMNO, Tun bukan main berani lagi.
Tun..Tun..

4.wartawan tanya lagi:
Kepada soalan tentang masa depan UMNO dan BN berasaskan kepada trend yang berlaku sekarang

Tun Jawap:
Saya mohon tidak menjawab soalan itu dan kalau ada sekali pun, ia hanya pandangan peribadi saya.Jadi biarlah saya menyimpannya untuk saya sendiri

Saya Jawap:

Tun sebenarnya tahu apa jawapannya. Tapi Tun tidak sanggup untuk mengatakannya.
Beliau sebenarnya sudah dapat menggambarkan bagaimana UMNO dan BN bakal berkubur.
beliau sudah dapat menggambarkan bagaimana pemimpin2 UMNO pulang kampung tanam ubi kayu (yg ni lawak semata2 k)
Tun kami boleh baca isi hati Tun. Tun tak cakap lagi la kami tau.

Wednesday, May 13, 2009

Luahan Hati Pengundi Perak





1. Tun Dr Mahathir hari ini memberi kenyataan yang jujur berkenaan krisis Perak.
Beliau menyatakan Pakatan Rakyat akan menang sekiranya Pilihanraya Kecil
di adakan diseluruh Perak.

2. Namun hari ini, kali pertama Tun Mahathir menunjukkan sikap pengecut/takut. Saya
minta maaf kalau agak kasar. Sebab selama ini Tun adalah seorang yang lantang dan
berani.

3. Kenapa saya kata beliau seorang pengecut kerana disebabkan ramalan bahawa Pakatan
bakal menang di Perak, maka beliau menyarankan BN tak usah bubarkan Dun dan buat
pilihanraya.

4. Kononnya kalau buat pun bazir duit rakyat. Dan yang pasti mesti kalah punya.

5. Apa yang dapat saya simpulkan, BN sekarang benar benar mengalami sindrom trauma
yang teruk. Trauma untuk kalah lagi dalam pilihanraya. Sejak bila pula BN pandai
bercakap pasal 'menjimatkan' duit rakyat, sedangkan selama ini pentadbiran BN
inilah yang banyak 'menghanguskan' duit rakyat.

6. Kalau sampai Tun pun dah cuak, tak boleh nak kata apa la.Tun pun mesti trauma juga
sebab Bukit Gantang dan Bukit Selambau BN kalah teruk, walaupun beliau selaku
negarawan terkenal seantero dunia dah berkempen untuk BN di sana.

7. Patutla BN perak ni takut sangat nak pilihanraya. Saya hairan mereka ni takda rasa
malu ke? perintah negeri dalam kebencian rakyat. Macam mana mereka boleh perintah
negeri tanpa restu dan keizinan rakyat Perak? Sudah tiada perasankah?

8. Inilah kesannya apabila sudah gila kuasa. Tak kisahlah rakyat nak suka ke, nak
benci ke yang penting boleh pegang kerajaan. Kononnya nak berkhidmat untuk rakyat.
Rakyat pun tak hinginnn la.

9. Saya selaku pengundi di Perak sangat jelak, sangat marah dengan sikap berdolak
dalik Barisan Nasional, bermula dari Perdana Menterinya sampailah ke Menteri
menterinya...punyalah takut berhadapan dengan rakyat.

10.Apakah mereka ingat bila mereka pegang Perak sekarang, perintah Perak sekarang,
BN bakal selamat dalam PRU ke-13? ke diorang ni memang nak perintah untuk 4 tahun
ni je?

11.Inilah dipanggil 'kebodohan dalam berpolitik'. Tahunya hanya nak berkuasa je tapi
strategi jangka panjang takda.

12.Mungkin mereka ini semua sudah tahu, bahawa mereka memang 'SURE' akan hilang
Seluruh negara pada PRU ke-13 nanti. That's why nak perintah juga sekarang.

13. Yela takut nanti tak merasa dah kerusi Menteri Besar.

Monday, May 11, 2009

Tahniah Dato Seri Nizar




1. Ia keputusan yang sungguh mengejutkan untuk hari ini. Siapa menduga dalam kebobrokan mahkamah dan sistem perundangan Malaysia yang banyak diperkatakan sebelum ini membuat keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat.

2. Sungguh mengejutkan. Seluruh pencinta keadilan semestinya sedang bergembira saat ini. Ramai mungkin yang mebuat sujud syukur dan melafazkan Alhamdulillah.

3. Apakah pula nasib Zambry sekeluarga (EXCO)? mahkamah sudah mengarahkan mereka untuk 'nyah' dari pejabat Menteri Besar.

4. Dimanakah najib selaku PM dan Zambry selaku MB haram dan tiga ekor katak busuk itu hendak menyorokkan muka mereka??

5. Sebentar lagi, seluruh Malaysia, malah seluruh dunia akan tahu berita ini. Saya dapat merasakan gelombang besar sedang bergerak.

6. Gelombang yang bakal memusnahkan UMNO Barisan Nasional diseluruh negara, Khususnya di negeri Perak!

7. Apa hikmahnya rampasan kuasa di Perak tempohari? Pada hemat saya hikmahnya ialah BN ingin menpercepat saat saat kehancurannya. Manakala Pakatan pula sedang memunggah ribuan sokongan baru dari rakyat Malaysia.

8. Apa seterusnya? pilihanraya. Ya. Ir Nizar bakal menghadap Sultan Azlam tidak lama lagi. Saya berharap Sultan tidak akan berfikir panjang. Bubarkan saja dewan itu!

9. Zambry ternyata tidak halal sebagai MB, segala keputusannya sebelum ini adalah tidak sah. Apa apa polisi yang diluluskannya juga adalah tidak sah. Malah gaji yang mereka terima juga .............

10. Tahniah Ir Nizar (PAS). Padan Muka Zambry (BN)

Monday, May 4, 2009

siri akademik 7

1. maaf kerana lambat mengupdate siri akademik. dalam siri tujuh ini saya akan cuba sambung kisah di SAMURA. apa sebenarnya yang berlaku kepada diri saya? kalau homesick, sepatutnya semakin hari semakin berkurang.

2. Saya tidak pasti. perasaan saya semakin hari semakin teruk. jiwa semakin sakit. Tiada hari hari tenang bagi saya di SAMURA melainkan beberapa hari saja. Apa yang sebenarnya berlaku ialah saya mengalami satu gangguan was was yang sangat teruk. saya merasakan seolah olah ada 'benda' yang berbisik kehati saya. mengugut ugut saya. Membayangkan perkara yang bukan bukan ke fikiran saya.

3. Saya rasa diugut,'jika buat begini begitu, mak ayah kau tak selamat dekat rumah..accident la..macam2 lagi..cuba bayangkan. Gangguan ni selalu datang. saya tahu itu semua was was, permainan syaitan,itu semua tidak benar..tapi jiwa saya jadi tidak tenteram. diganggu pagi,siang dan malam.

4. lama kelamaan, saya beritahu cikgu. kebetulan suami cikgu tersebut seorang ustaz yang juga seorang cikgu di situ. cikgu tu pun bagi pelbagai nasihat dan cadangan.Saya sebENArnya sudah tak tahan. rasa nak keluar je dari sekolah tu. lalu cikgu tu pun mencadangkan solat hajat.

5. saya pun lakukan solat hajat. saya lakukan 3 malam berturut turut. saya serahkan semuanya pada Allah, sama ada saya perlu terus disini atau keluar sahaja. Akhirnya Allah memberi petunjuk. SAYA PERLU KELUAR.

6. keluarga saya berat hati menerima berita ini. Yelah, kalau saudara masih ingat,hutang untuk bayar yuran yang dipinjam dari seorang kenalan ayah pun tak habis bayar lagi n sekarang dah nak keluar. Apapun mereka terpaksa menerima.

7. Saya pun kembali ke sekolah lama. Tidak ada perlunya malu. Guru guru dan rakan rakan menerima baik kepulangan saya. Semasa sudah berada di SEKOLAH asal (SMK Khir Johari), saya pun cuba berubat kesana kemari. Dengan Darul Syifa pun ada.macam macam la.

8. Masa saya keluar dari SAMURA,ramai kawan kawan yang sedih. ada yang menangis. 2 orang kawan saya menangis. perempuan. bukan apa. ntah, mereka kata saya banyak memberi mereka inspirasi. Saya sebenarnya dilantik sebagai ketua Kelas disana. Saya juga jadi johan Nasyid pada Malam Kesenian Islam semasa di SAMURA. jadi nama saya cukup dikenali.

9. Seminggu keluar dari SAMURA, saya rasa rindu dekat kawan kawan kat sana. Ada juga terfikir kalaulah masa boleh diundur....namun, saya mesti teruskan kehidupan. Rezki saya bukan di situ. Jadi saya mesti teruskan perjuangan di luar. Walaupun sudah berada di luar, namun saya dan kawan kawan masih mengutus surat, masih ada yang sudi call.Kami masih keep in touch.

10 pada waktu itu medium kami surat. menarik kan. bukan macam sekarang, handphone. Surat surat mereka saya simpan elok elok dan saya baca berulang ulang kali. Tapi sekarang surat surat tu dah tak tau dah pegi mana...

TO be CONTINUED........

Sunday, May 3, 2009

FD-satu kengangan manis

1. Saya bersyukur kerana dapat bertemu sahabat2/adik adik saya di FD/ majlis Reunion
tempohari.Berbulan bulan lamanya menanti, tahan rasa rindu nak bertemu anda semua.

2. Kini,ia sudah berlalu. FD sudah habis. Walaupun penat sangat, tapi berbaloi kerna
ukhuwwah itu lebih penting. Sedihnya rasa hati terpaksa berpisah.saya teringat satu
lirik lagu yg dapat menggambarkan perasan saya

kerna rindu..
pastikan lahir..
air mata setia mengalir
berjanjilah ia tak mungkin kan berakhir..

3. Saya pulang dengan membawa sebuku rasa rindu dalam hati yang tidak kunjung padam
pada shbt2 sekalian.Saya sedih. Ia terlalu cepat.Rindu pun belum terubat.Majlis
sudah berakhir.

4. Tapi ini semua kehendak Allah. Pertemuan dan perpisahan di tangan Allah, dengan
kehendak Allah.Mesti ada hikmahnya semasa bertemu. Dan tentu ada hikmahnya juga
waktu berpisah.

5. Apa yang jelas, sekarang saya lebih terpaut kepada Allah. Selalu mengadu padaNya.
Saya berdoa agar Allah beri ketenangan dalam hati saya.Kerana dalam hati masih ada
satu rasa yang mencengkam iaitu rasa rindu yg tak kunjung hilang.
sms mereka masih ada sebagai penghibur hati.Kadang2 terleka mengingat kembali
kenangan lalu satu persatu.

6. Pada semua sahabat di sana, selamat menjalani ujian akhir sem.Saya mendoakan
kejayaan semua. semoga mudah faham, mudah ingat dan mudah menjawap dalam dewan
nanti.

STUDY HARD, PRAY HARD

Sampai bertemu. KEEP IN TOUCH