Yang saya nak ulas ialah beberapa kenyataan berkenaan dengan turunnya harga minyak ini.
1. Dato Shahril Samad, sebagai menteri mengatakan harga minyak diturunkan sebagai mengurangkan beban rakyat akibat inflasi yang tinggi.
huraian : turunke beban rakyat kalau setakat kurang 15 sen (petrol) dan 8 sen (diesel)?? tolong
la...naik harga minyak 90 sen, turun 15 sen jer...baik kekalkan je harga asal iaitu 2.70..
bukan tak nak bersyukur, tp penurunan sekadar 15 sen dan 8 sen tu hanya menambah
sakit ati aku jer....harga barang dah la naik,beras mahal,etc...
2. Najib kata penurunan harga minyak takde kaitan dengan pilihanraya.
huraian : what the totttttttttt is he talking about? motif? motippppppp? takde kaitan, kau ingat
aku bodoh ke, rakyat malaysia ni bodoh?minyak dunia dah lama turun. awal2 bulan
aritu dah turun, kalau betul2 nak turun, mesti dah diturunkan aritu lagi....tapi tidak..
kata nak selaraskan harga pada 1 september...tapi skarang tak pulak, 23 ogos tibe2
turun..pilihanraya 26 ogos? so takde kaitan ke?
kesimpulan :
- penurunan harga minyak menyakitkan hati rakyat. Buat sakit ati jer..(tapi bersyukur la)
- rakyat malaysia bukan bodoh atau tolol untuk percaya penurunan ni bukan kerana maksud politik.
- minyak patut turun lagi banyak. at least turun 40 sen ke..jadi rm 2.30..turun seciput jer..pastu marah2 kat anwar nak turunkan 70 sen..kalau nak orang sokong kamu turun banyak sikit.
- menteri jangan suka cover dan mengampu rakyat..kitorang boleh baca maksud korang.
- sekian
2 comments:
Menurut sumber yang boleh dipercayai dan disampaikan oleh salah seorang pengusaha stesen minyak, penurunan harga minyak seperti yang digembar-gemburkan itu hanyalah bersifat sementara sahaja. Harganya akan dinaikkan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26.08.2008 nanti jika Barisan Nasional berjaya. Para pengundi di Permatang Pauh harap jangan terpengaruh dengan perkara tersebut dan risik-risiklah hal ini dengan pelbagai kaedah penyamaran. Maklumat ini bukanlah khabar angin dan ia terlah diperolehi lebih seminggu daripada tarikh penamaan calon pada 16.08.2008 lagi. Harap maklum.
Thank you for all the posts...kalau tak memeng terpengaruh habislah ngan berita arus perdana nih..sakit hati2... mmg org ramai akan terpengaruh dgn berita arus perdana n newspaper yang suka membodek...sampai mak kesayangan saya pun terpengaruh.. sedih2..
Post a Comment