Mohd Zamirul Mohd Dzaki Sun | Aug 24, 08 | 11:24:27 am MYT | |||||||
PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Dato' Arif Shah Omar Shah boleh hilang kelayakan untuk bertanding kata Ahli Parlimen Subang dan juga seorang peguam, Sivarasa dalam sidang media di Yayasan Aman semalam.
Perkara ini merujuk kepada tindakan Arif Shah memberi upah yang berbentuk wang sekitar RM100 hingga RM500 seorang kepada penduduk tempatan Permatang Pauh bagi melakukan risikan. "Tindakan Arif Shah ini jelas melanggar undang-undang pilihan raya seperti mana yang terkandung dalam perkara 21 akta pilihan raya Malaysia," katanya. Menurut Sivarasa lagi, Arif Shah sendiri telah mengakui di hadapan wartawan yang beliau ada memberi duit kepada pengundi di kawasan Permatang Pauh. Kenyataan Arif Shah itu jelas terpampang pada muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina semalam yang berbunyi "Orang tempatan digajikan bagi melakukan risikan." Menurut Sivarasa, kenyataan ini diakui oleh Arif Shah sendiri ketika menjawab pertuduhan kempen membeli undi yang dilakukan oleh beliau. Berdasarkan kepada kes ini, pihak Parti KeADILan Rakyat akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia dan pihak polis dalam tempoh terdekat ini. "Kita akan menggunakan pengakuan yang dibuat oleh Arif Shah ini sebagai bukti untuk kita bawa ke mahkamah dan dia boleh hilang kelayakan bertanding," tambah Sivarasa. Sidang media yang dilakukan di Yayasan Aman di Penanti turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat, Tian Chua, Ketua Perhubungan KeADILan Perak dan beberapa pemimpin Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. - mns ihsan : harakah daily |
Saturday, August 23, 2008
Arif Shah boleh hilang kelayakan bertanding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Menurut sumber yang boleh dipercayai dan disampaikan oleh salah seorang pengusaha stesen minyak, penurunan harga minyak seperti yang digembar-gemburkan itu hanyalah bersifat sementara sahaja. Harganya akan dinaikkan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26.08.2008 nanti jika Barisan Nasional berjaya. Para pengundi di Permatang Pauh harap jangan terpengaruh dengan perkara tersebut dan risik-risiklah hal ini dengan pelbagai kaedah penyamaran. Maklumat ini bukanlah khabar angin dan ia terlah diperolehi lebih seminggu daripada tarikh penamaan calon pada 16.08.2008 lagi. Harap maklum.
SUMPAH SI SUMPAH-SUMPAH.
Wajah manisnya aduh menggoyah iman
berubah tiba-tiba jadi sumpah-sumpah
bercabang lidah. Jijik berganda
lihat lalat melintas disambar pantas
sekujur tubuh jadi dingin. Meriding roma.
Di usia sedemikian dia jadi mangsa
mengguna ayat-ayat firman bersumpah
melafaz ungkapan rela terima risiko
kiranya itu fitnah dengan ganjaran
laknat diri juga temurun. Subhanallah.
ABDUL HALIM YAACOB
Pinggiran A Setar(160808)
http://esastera.com
SUMPAH PENDEKAR
Terbayang gementar di wajah
cerminan riak kalbu celaru
cuaca kini tidak menentu. Begitulah
hangat iklim tapi sekujur tubuh
lencun peluh dingin menjalar
gigil anggota mahu ungkap citra
nafsu insan lazimnya tercabar
lalu melafaz sumpah pendekar
pulang kelak tidak kosong kantung
berulang disebut kiranya gugur
bukan bererti kecundang. Tewas?
Yang putih mata memeram dendam
demikian resam pertandingan.
ABDUL HALIM YAACOB
Pinggiran Alor Setar (230808)
http://esastera.com
Post a Comment