Thursday, March 12, 2009

CARA ELAK MENGANTUK DALAM KELAS

Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Saya yakin kebanyakan mereka
tidak berniat pun untuk tidur, cuma..ntah la..kita memang senang terlelap dalam bilik
kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Saya sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab dulupun saya selalu jugak tertido dalam kuliah. Bukan sebab saya tak cukup tidur. Bukan sebab saya malas, tapi....mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek susah sangat nak faham dan bosan.

Berikut mungkin SEDIKIT TIPS dari orang yang tidak layak seperti saya. InsyaAllah balik UTP bulan 7 ni saya akan praktikkan.InsayAllah ianya mudah nak buat.

TIPS ELAK TIDO

1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makan
sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan
susah nak ngantuk.Saya dikuantan ni sedang mengajar tusyen peribadi. orang kaya la
katakan. baru je nak start tusyen,dia dah menguap. too much sangat. Nak kata saya
boring tak mungkin. Sebab saya guru profesional (huhu). Rupanya dia jenis yang mmg
tido awal, seawal 10 mlm. Saya fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya sy
pun beli chewing gum yang bewarna warni. memang berkesan usaha ni. Dia dah tak
ngantuk,bersemangat walaupun tusyen dari pukul 8 hingga 11 mlm.

2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen
kurang ke otak, walaupun hidung korang tak berhenti henti bernafas. bila minum
air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa
ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin
bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan
malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila
keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah and tido, tapi
untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah.

4. kalau ngantuk suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Jangan urut leher
or belakang kepala sebab ini akan menyebabkan orang tido lebih lena. tips ini
saya dengar waktu kem permata dulu.



cukuplah 4 TIPS. jangan banyak2. simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan. OK. Selamat mencuba.

2 comments:

Half said...

bgus tips nih... huhu..
tp biasenye saya mkn gule2..
akan saya cube gula getah..

Oh Ha Nis said...

saya dah try dah sume cara tu tapi kurang berkesan la...ada tak cara yang lain???