Friday, May 22, 2009

HAMBARNYA PERSAHABATAN

kehidupan di UTP menemukanku dengan macam macam perkara. antara yang paling kuhargai ialah pertemuan dengan sahabat sahabat baru. cukup ramai orang baik baik yang aku temui selama 4 tahun di sana.

semua persahabatan yang terjalin sungguh bermakna. sahabat ini tingkatannya jauh lebih tinggi dari kawan,rakan,member,saing. Bagi aku, jauh lebih bermakna. sahabat ni adalah mereka mereka yang paling dekat denganmu,paling memahamimu,yang mengasihimu dan yang mengingatimu sentiasa.

sahabat adalah mereka yang faham hati budimu disaat dunia menafikannya. sahabat adalah mereka yang tidak mudah termakan racun provokasi dan niat jahat orang lain tentang kita. aku bersyukur ramai sahabat sahabat begini yang kutemui.

semakin banyak perkenalan, semakin banyak pertemuan semakin ramai sahabat kutemui.aku selalu berharap hubungan persahabatan ini segar dan mengharum sentiasa.aku takut kalau segar itu hilang, harum itu memudar.

bila ini berlaku, maka hambarlah persahabatan. persahabatan yang awalnya akrab menjadi hampa. aku selalu membayangkan perkara ini. dan aku selalu juga memperingatkan mereka mereka yang kugelar sahabat agar berwaspada dengan perkara perkara yang menghambarkan persahabatan.

kita kena selalu berhubung.keep in touch. jangan hendaknya jarak itu bisa memisahkan hati hati kita. ntah la,itu yang aku rasakan. aku merasakan pudarnya kemanisan persahabatanku waktu ini. bukan dengan semua. tapi dengan sesetengah mereka yang mungkin sibuk denga urusannya.

malangnya jika ini benar benar berlaku.

2 comments:

Zulfadhli Idris said...

salam persahabatan

Saya mengucapkan shukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan sahabat seperti Zaman, saya faham sedikit sebanyak baik budinya..

Orangnya penyayang, beruntung siapa dapat..ehem..

Saya mendoakan sahabat kerana mereka berjanji berada dalam jalan dakwah, mengharap redha Allah SWT, dan menyayangi Rasul SWT. Persahabatan kita kerana ini, tunjangnya sangat kuat..siapa berani lawan, siapa berani pisahkan persahabatan ini??

Unknown said...

salam man,

ak tak reti nak ckp ape2 psl ayat2 cmni..
just tau ko kawan yg baek..
emm
ko baek..appereciate member..
just nak ko tau ak sentiasa ingat kat ko..
cume busy skit..
maybe ak tak reti tunjuk..
anyway..
hope ko always peaceful in ur life..
sum times i'll always to be like in ur life..
peaceful..
and a little things to worried..