Tuesday, May 19, 2009

MENCINTAI RASULULLAH

1. Seperkara yang masih sukar buatku sehingga kini ialah mencintai Allah dan
Rasulullah.Rasa itu masih belum muncul di lubuk hati.

2. Mungkin diri masih belum layak merasai nikmat rasa cinta pada Nya dan Rasulnya.
Kadang hati terkilan, shbt shbt mampu mengungkapkan "aku cintakan Allah dan Rasul"

3. Hebatnya shbt2ku kerana telah merasai kemanisan cinta pada Ilahi. aku belum lagi.
bilakah perasaan itu mungkin hadir.

4. aku telah rasa kemanisan cinta pada ibu bapa dan cinta pada shbt2. aku sudah rasa.
ia manis namun ia tidak menenangkan apabila berjauhan.

5. aku selalu berdoa. Ya Allah,lahirkanlah dalam hatiku bibit cinta kepadaMu. aku
selalu cuba belajar mencintai Nabi. tapi masih belum berhasil

6. Bagaimanakah rasanya cinta kepada Allah dan Rasul?kadang kadang aku berfikir,
adakah cinta kepada Allah dan Rasul itu cukup dengan kepatuhan kepadaNya?
adakah bila sudah patuh mengerjakan solat dan kewajiban2 lain, sudah dikira cinta?

7. Aku bila berjauhan dengan orang2 yang kucintai. hatiku akan rasa sesak menahan
rasa rindu dan kasih.

8. ALangkah indahnya jika ada cinta Allah dan Rasul. disaat bersama orang2 tersayang,
cinta semakin bertambah2. dikala berpisah, hati merasa cukup kerana Allah
sentiasa bersama.

9. bilakah akan ku raih rasa ini?

10.bacalah kisah ini. semoga air matamu bergenang.

http://mujahidmuda.com/?p=119#more-119

2 comments:

firusfansuri said...

Cinta.

mujahidmuda said...

Cinta terbaik ialah cinta sepasang pengantin yang diredhai Tuhan dan didoakan ribuan malaikat yang menghuni langit.