Thursday, September 25, 2008

UCAPAN HARI RAYA KHAS BUAT PEMIMPIN

Saya selaku penulis blog ini mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua pemimpin politik tanah air. Ucapan khas saya tujukan buat presiden Pas, YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat, Majlis Syura Ulama, Dewan Pemuda,dewan Muslimat dan seluruh ahli PAS yang mendokong perjuangan Islam di Bumi Malaysia ini.

Tidak lupa juga kepada yang berbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim, selaku ketua pembangkang dan ketua umum Parti Keadilan Rakyat serta seluruh pimpinan PKR seluruh negara. Juga kepada DAP selaku parti komponen Pakatan Rakyat.

Ucapan raya ini juga saya tujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmadf Badawi serta Isteri, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak beserta isteri, dan negarawan TUn Dr Mahathir beserta isteri. Juga kepada seluruh pemimpin-pemimpin UMNO dan parti komponen yang lain.

Semoga hari raya ini akan membangkitkan semangat muhibah di antara kita. Janganlah kiranya ideologi politik yang berbeza-beza memecah belahkan kita. Semoga malaysia kekal aman dan makmur serta di berkati Allah SWT.amin.

ikhlas daripada: kamarulzaman Bin Nasib

Wednesday, September 24, 2008

Hari Terakhir Di UTP

1. Salam
2. Hari ini Khamis 25 hb September adalah hari terakhir saya berada di UTP. esok saya akan bertolak pulang ke kampung bersama keluarga untuk berhari raya.
3. saya mengucapkan selamat hari lebaran kepada semua sahabat2.saya menghulurkan tangan memohon ampun dan ribuan kemaafan seandainya saya telah mengguris hati dan mengecewakan anda semua.
4.Persahabatan dengan anda semua tidak dapat saya lupakan. terlalu banyak nama untuk saya sebutkan disini.
5.kepada teman-teman serumah, maaf zahir dan batin,halal kan mkn minum saya,maafkan sikap saya,ampunkanlah dosa saya. jika saya marah,kecil hati,sakit hati,kecewa dan sedih dengan sikap anda terhadap saya, saya dengan ini memaafkan SEMUAnya sekali. percayalah saya masih sayangkan anda semua, walaupun kita jarang sekali berbual bicara.
6.Kepada shbt2 Jan06 (anip,acan,bakri,zaim dan lain2) slmt hari raya. saya sayangkan anda semua.
7.kepada shbt2 july 06(aminuddin,faruqi,mat yie,faiz jalal, dan lain2) slmt hari raya. saya rindu pada anda semua.
8. kepada sahabat2 july05 (amin,muneer,zul,ikhwan,firdaus ahmad, dan lain2) selamat hari raya. maafkan dosa2 saya pada anda semua. insyaAllah saya menyenangi anda sebagai sahabat.
9.kepada adik2 usrah dan adik2 jan07 serta july07 dan jan 08 (akmal,ang,zulgmie,syed,mumin,baem,syawal, zaiyinul ain,fadli,bukhari,azrul dan lain2) selamat hari raya juga saya ucapkan. sayang pada semua.
10.jika ada pen yang terpinjam/yang terhilangkan,jika ada ubat gigi yang diguna,jika ada selipar yang dipakai tanpa kebenaran,stapler tanpa kebenaran,bantal yang tak dipulangkan lagi,duit yang lupa nak bayar,saya minta ampun dan maaf, minta dihalalkan atau dituntut segera. |tp lebih baik halalkan..hehe|
11. semoga bertemu lagi.semoga bergembira bersama keluarga tercinta.
12. jemput datang ke rumah saya di Negeri Sembilan.
13.bagi yang ingin berkirim kad raya,sila alamatkan ke:

Kamarulzaman Bin Nasib,
no 18 kg Sri Asahan,
73200Gemencheh, n.9

TERKINI

UTP,25 sept : atas desakan beberapa pihak, post bertajuk PENGUMUMAN PENTING terpaksa di dipadam dari blog ini kerana dikatakan boleh mencetus ketegangan.

penulis tidak akan berkompromi lagi dengan orang-orang seperti ini. Dan penulis mengangggap isu ini SUDAH SELESAI dan tidak perlu diperpanjangkan lagi. penulis tidak mahu terikut-ikut dengan rentak manusia seperti ini.

Penulis kecewa dilabel sebagai 'perosak ukhuwwah'. penulis menganggap kenyataan ini amat dangkal tanpa mengambil kira isu yang berlaku. penulis sudah sekian lama bersabar dengan tindakan provokasi melampau yang cuba dipaksakan kepada penulis.

"Isu ini sudah selesai, dan usaha-usaha pihak luar untuk cuba menyelesakan isu ini adalah TIDAK PERLU" ujarnya ketika di wawancarai sebentar tadi.

kepada pembaca yang melahirkan kebimbangan atas perkembangan ini dinasihatkan untuk tidak bimbang. "segalanya akan kembali seperti biasa" ujarnya. penulis bertekad untuk meneruskan kerja-kerja menulis seperti biasa.

Tuesday, September 23, 2008

hentikan polemik Anwar

Tronoh, 24 Sept: Penulis blog zamankini menggesa semua pihak untuk menghentikan sebarang polemik berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim kerana ia hanya menimbulkan perpecahan dikalangan pendukung Pakatan rakyat.

Beliau kesal kerana isu ini masih dibangkitkan oleh sesetengah penyokong PAS. Beliau mengatakan isu itu jika tidak dibendung akan hanya membawa perpecahan dan pergeseran dalam parti. "Kita masih banyak isu untuk diperbincangkan seperti bagaimana untuk memacu parti dan melebarkan peranan parti dalam Pakatan Rakyat, bukan berbalah atas isu yang remeh temeh" katanya semasa di temubual sebentar tadi.

Beliau menggesa usah lagi dipertikai soal isu kegilaan masyarakat terhadap Anwar kerana perkara tersebut memang sudah dimaklumi. "Anwar memang memiliki ketokohan dan karisma tersendiri. beliau merupakan ikon semenjak dahulu lagi. Adakah anda akan menghalang masyarakat dari meminati beliau" komentarnya.

Beliau tidak menafikan bahawa ahli-ahli PAS sendiri sangat ramai yang pro Anwar termasuk pimpinan-pimpinan tertentu. pada masa yang sama terdapat ahli-ahli yang masih meragui akan kejujuran ikon ini. "cukuplah, mari kita sama-sama pertingkatkan kekuatan parti,bukannya bertikam lidah atas isu ini, anda tidak akan membawa apa-apa melainkan perpecahan. Bagi yang suka biarkan, Anwar itu bukan musuh kita atau musuh islam,jadi kenapa kita marah sangat bila orang tertarik dengan beliau" ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan politik semasa negara,beliau menjawap "nampaknya dalam dua-tiga hari ni, tiada apa yang menarik berkenaan isu nasional, melainkan khabar akan turunnya harga minyak tidak lama lagi. Biar kabinet mengambil keputusan hari Rabu ini" ujarnya.

Monday, September 22, 2008

What The Fish?

Salam.

LUMRAH
1.Lumrah hidup sebagai manusia ialah di sukai dan tidak disukai. Saya sendiri disukai,disenangi dan di sayangi oleh orang lain. Pada masa yg sama saya harus terima bahawa ada manusia yang tidak menyukai saya. Rasulullah sendiri, manusia teragung pun ada manusia yang benci akan beliau. Setiap manusia memiliki alasan tersendiri untuk menyukai dan tidak menyukai seseorang.

PENDAPAT
2.Manusia berbeza pendapat. itu lumrah. ulama berbeza pendapat.itu lumrah. itu sikap manusia. tapi bolehkah kita memaksa orang lain menerima pendapat kita?tak bolehkan..so let him decide.

TOKOH
3.setiap orang ada tokoh yang diminatinya.ada yang suka 1 tokoh saja. ada yang suka banyak tokoh. dia ada alasan untuk suka tokoh tersebut. mungkin sebab tertarik dengan kelebihan tokoh tersebut,dsb. setiap orang ada alasan masing2 untuk suka orang2 tertentu.

4.ada orang suka pemain bola sebab dia terer main bola,ada orang suka ahli politik,ada orang suka artis. ntah mcm2 sebenarnya.

PAKSA
5.orang yang suka sesuatu akan cenderung untuk mempertahankan apa yang disukainya.dan orang yg tidak suka pula pun akan cenderung untuk menyerang. normal semua tu. yang suka tak boleh nak paksa yang tak suka, dan yang tak suka sukar untuk meyakinkan yang suka. pening tak??

JIKA
6.jika anda tidak suka sesuatu,tak usahlah bercakap tentang benda tu. cakap pasal benda lain.
7.jika anda tak suka sesuatu, jangan paksa orang lain ikut kehendak anda.
anda ingat anda siapa?

TEGAS
8.yang suka ada alasan untuk suka.
9.yang benci ada alasan untuk benci.

HORMAT
10. jika tak suka, cukuplah anda seorang.
11. hormat orang yang suka.

SENANG
12.kan senang hidup kalau gini. tiada sakit hati,tiada permusuhan.

MINDSET
13.hati kita ni Allah yang pegang. bukan manusia. so kita memang sukar nak ubah.

BUKAN BENDA DASAR
14. tokoh mana yg disukai itu bukan benda dasar. ni benda furuk. so anda jangan buang masa.

MALAS
15. malas saya nak layan kerenah sesetengah manusia yang sebok mempersoal sesuatu. Anda kan banyak kerja lain.baik siapkan kerja tu.

THE END
16.marilah kita saling hormat menghormati. mari bertoleransi. mari memaafi.

SALaM
17. bye bye

Thursday, September 18, 2008

PAS tahu senarai MP lompat

ihsan: malaysia kini
Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang. Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC


Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

hashim jasinManakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Wednesday, September 17, 2008

Mungkin tumbang Dalam sehari Dua Lagi

Tronoh,18 September : Kerajaan atau parti pemerintah dijangka tumbang dalam sedikit masa lagi, seawal sehari dua dari sekarang. Andaian ini dibuat memandangkan terlalu banyak perkara yang menjurus ke arah itu.

penulis blog, sdr kamarulzaman selaku penganalisis politik amatur berpendapat, Dato Seri Anwar tidak mungkin berbohong dengan dakwaanya memiliki lebih 31MP untuk sama2 menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi. "beliau betul-betul berstrategi" katanya mengulas tindakan Anwar yang masih merahsiakan nama-nama MP terbabit. seperti yang di ketahui ramai, Anwar bakal mendedahkan nama-nama tersebut semasa pertemuan dengan Perdana Menteri nanti. Justeru beliau telah menghantar surat ke Putrajaya meminta bertemu dengan perdana Menteri sebelum menghadap YDP Agung bagi meminta izin menubuhkan kerajaan baru.

Isu ISA yang membawa kepada peletakan jawatan Senator Zaid Ibrahim, Parti Sapp yang telah mengistyihar keluar BN, pertukaran Portfolio kementerian, Isu kritikan terbuka sesama pimpinan atasan BN dan kebimbangan pemimpin-pemimpin Bn dilihat menjadi petanda awal berakhirnya era parti itu. "BN mengalimi krisis yang teruk. rakyat sudah hilang kepercayaan pada BN" ulasnya lagi sekaligus menghangatkan sesi temubual.

Banyak penafian dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan ambil alih kuasa ini dengan alasan ia mustahil dan Anwar hanya berbohong. Jika di imbas pilihanraya yang lepas, tiada sapa yang percaya bahawa Selangor,Perak dan Kedah bakal tumbang ke tangan pembangkang. namun itu yang terjadi. " tiada apa yang mustahil dalam politik, anda boleh terus menafikan,tapi harus ingat bahawa kebimbangan anda dapat dirasakan oleh rakyat" kata beliau merujuk kepada pemimpin-pemimpin Parti pemerintah.

sehari dua lagi bakal menjanjikan berita-berita yang lebih mengejutkan ramai pihak. Justeru sdr Kamarulzaman menyeru agar semua pihak bertenang.

Tuesday, September 16, 2008

Anwar Tiada Pilihan

17 September, Tronoh: Penasihat PKR sudah tiada pilihan melainkan mendedahkan nama 31 MP yang dikatakan bakal berhijrah ke Pakatan Rakyat.Penulis blog sdr zaman berkata, Perdana Menteri telah menyatakan keengganan untuk bertemu dengan beliau selagi Anwar tidak mendedahkan kepada umum tentang MP tebabit.

" Anwar tiada pilihan lain" kata beliau sewaktu di temuramah di kediamannya sebentar tadi. "Anwar mungkin ingin memastikan pelan peralihan tersebut berlaku dengan aman tanpa adanya tindak balas ganas seperti penahanan MP dibawah ISA,ugutan dan sebagainya. Namun akhbar telahpun melaporkan bahawa Pak Lah telahpun menafikan bahawa beliau akan menggunakan ISA untuk menghalang penghijrahan ahli parlimen tersebut" tambah beliau lagi.

Semalam Dato Seri Anwar telahpun menghantar surat kepada Perdana Menteri bertujuan untuk berjumpa membincangkan pelan peralihan secara aman. Pak Lah mengakui beliau telah menerima surat tersebut namun ia hanya berkisar hal semasa dalam negara.

Saudara Zaman meminta Dato Seri Anwar untuk memikirkan cara yang terbaik untuk peralihan kuasa tersebut. Walaupun ramai rakyat Malaysia menanti-nantikan perubahan,namun beliau yakin isu-isu peralihan kuasa ini banyak menganggu rakyat bawahan."ekonomi kita terjejas kerana perebutan kuasa ini. Jika ternyata ini lebih banyak membawa keburukan kepada negara,adalah lebih baik anwar tunggu saja pilihan raya yang ke-13 nanti" ujarnya ringkas.

Beliau menggesa Dato Seri Anwar perlu memperkasa suara pembangkang di parlimen demi membela nasib rakyat. BN pula mestilah berusaha bersungguh sungguh demi rakyat jika masih berdegil untuk terus berkuasa. Beliau mengulangi pandangan beliau bahawa, jika BN tidak juga mahu berubah, maka telah tiba masanya kuasa itu di serahkan pada mereka yang mampu.

"banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh BN. rakyat sudah hilang keyakinan dengannya. Susah rasanya rakyat hendak percaya kembali dengan parti ini melainkan berlaku reformasi besar-besaran dalam BN ke arah yang lebih diyakini rakyat" ujarnya yakin.

Monday, September 15, 2008

Esok Cuti, malam ni mari ke Maih Hall

Assalamualaikum

Insya allah, jam 9.30 malam bertempat di main hall UTP Hari Selasa 16 September (malam ini),
akan diadakan majlis penutup bagi Ramadhan Discovery (dahulunya dikenali sebagai Minggu Penghayatan Ramadhan).

Final The Qurra @ program tilawah al Quran turut akan diadakan sebagai acara kemuncak malam penutup RD ini.

Datanglah beramai-ramai. Masuk adalah percuma.
Sebar-sebarkan kepada semua.
Terima Kasih.

Politik Tak Stabil : Rakyat diminta Bertenang

15 OGOS,Tronoh : Seluruh rakyat Malaysia digesa bertenang dan tidak cepat melatah atas ketidakstabilan politik tanah air sejak kebelakangan ini.

Penulis blog yang kurang dikenali, saudara Kamarulzaman berpendapat, politik negara yang kucar kacir ini sangat menggusarkan hati rakyat.Para pemimpin seolah-olah lupa bahawa tujuan mereka berada di tampuk kekuasaan adalah untuk membela nasib rakyat terbanyak negara ini, bukan untuk saling bercakaran mempertahankan kedudukan masing-masing.

"Pemimpin sekarang seolah-olah hilang pedoman,sepatutnya nasib rakyat yang difikirkan. Saya melihat terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah ekonomi dan beban hidup mereka yang tertekan.Pemimpin yang sepatutnya risau dengan rakyat,bukan sebaliknya" kata beliau sewaktu di wawancarai sebentar tadi.

isu-isu seperti 16 september,isu ISA,isu perkauman baru-baru ini,isu dalaman parti pemerintah dan isu-isu lain dilihat berjaya mengalih perhatian rakyat yang sememangnya terbeban dengan kos hidup dan harga minyak yang tinggi. Tambahnya lagi "jika ternyata kerajaan yang ada gagal membela nasib rakyat, maka serahkan saja kuasa pada mereka yang lebih layak dan bersungguh-sungguh untuk memerintah".

Apabila ditanya berkenaa isu harga minyak, saudara Kamarulzaman menjawap "harga minyak dah jatuh ke paras 97 dolar setong,kerajaan sepatutnya sudah menurunkan harga minyak pada hari ini. Ini tidak,harga minyak tidak juga turun. Singapura, negara pengimport minyakpun sudah berkali-kali menurunkan harga minyak" katanya dengan nada kesal.

Berhubung isu peralihan kuasa, beliau berpendapat jika benar ianya mustahil, kerajaan tidak usahlah ulas isu tersebut dengan panjang lebar. " apa yang saya lihat,ramai yang takut,ramai yang bimbang,jika mereka merasakan ia tidak benar dan mustahil,maka abaikan sajalah" katanya sambil tersenyum.jika tiada angin,mustahil pokok boleh bergoyang. justeru beliau berpendapat,16 september itu ada asasnya. Beliau yakin jika bukan 16 september sekalipun, Pakatan Rakyat mungkin akan mencipta kejutan pada masa-masa yang terdekat ini

Walau apapun isunya, beliau menasihatkan agar rakyat kekal tenang dan menumpukan pada aktiviti harian mereka. Sama-sama berdoa semoga segala kekalutan ini akan berakhir dalam masa terdekat ini.

Saturday, September 13, 2008

Gesaan Keluar Mengundi

1. Undian adalah satu cara melihat kecenderungan warga pembaca terhadap sesuatu isu.

2. Blog ini telah menjalankan satu undian sebelum ini dan ia berjaya menarik seramai hampir 300 orang untuk mengundi. Isu pada waktu itu ialah calon pilihan mereka di Permatang Pauh.

3. Saya menggalakkan pembaca untuk mengundi sekali lagi bagi isu kemana arah tuju isi/content blog zamankini ini.

4. Semoga blog ini dapat memberi inspirasi, iktibar dan pengajaran kepada semua pembaca dan penulis sendiri.

5. Jangan lupa turunkan undi anda!

6. Saya target 500 undi kali ini.

Alhamdulillah

Salam,

1. hari ini saya rasa cukup gembira.

2. Saya telah menemui sahabat saya pagi ini setelah beberapa hari tidak bertegur sapa.

3. Seperti yang saya katakan dalam post sebelum ini, saya menemuinya semasa dia masih tidur.

4. tidak ada apa yang janggal. tidak ada apa yang kekok.

5. Seolah-olah tiada apa2 yang berlaku.

6. Maaf sahabat. maaf atas kesilapan saya.

7. Terima kasih kepada mereka yang memberi pandangan pada post bertajuk
'gunalah sabun mandian saya'. nasihat anda saya ambil perhatian.

Friday, September 12, 2008

Gempar : 3 individu termasuk Blogger di tahan ISA. blogger lain di beri amaran.

Ambil tindakan sama terhadap penulis blog lain

ihsan:utusan

BAGAN DATOH 12 Sept. — Penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi merupakan satu amaran kepada penulis blog lain yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penulis blog seperti itu sebelum ini mungkin beranggapan mereka tidak akan dikenakan tindakan kerana alasan laman blog mereka berpangkalan di luar negara yang didakwa tidak tertakluk dengan undang-undang negara ini.

Adalah tidak wajar sekiranya Raja Petra sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan penulis blog tidak bertanggungjawab yang lain masih bebas,” katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Burung di sini hari ini.

Zahid mengulas penahanan Raja Petra mengikut ISA dekat Kuala Lumpur berikutan artikelnya bertajuk: I promise to be a good, non-hypocritical Muslim yang menggunakan ayat-ayat menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (s.a.w) untuk artikel Not all Arabs are descendants of the Prophets yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Sehubungan itu Anggota Parlimen Bagan Datoh itu berkeyakinan polis akan turut mengambil tindakan terhadap penulis blog lain yang didapati mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Katanya sebarang kenyataan yang berunsur hasutan tidak boleh dimaafkan dan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang negara perlu diambil terhadap pihak berkenaan.

Thursday, September 11, 2008

Buat mereka yang dirindui (shbt)

Seindah Biasa

Jalan pernah takut kutinggalkan,
saat bintang tak mampu lagi berdendang,
saat malam menjadi terlalu dingin,
hingga pagi tak seindah biasanya,

c/o:
takkan mungkin kita bertahan,
hidup dalam sendirian,
panas terik hujan badai,
kita lalui bersama,

saat hilang arah tujuan,
kau tahu kemana berjalan,
meski terang, meski gelap
kita lalui bersama,

kutak bisa merubah yang terjadi,
tapi aku kan menjanjikan yang terbaik,
agar kita tak pernah mencari-cari,
meski beza dermaga untuk kita berlabuh

ulang c/o

pernah kita jatuh mencuba berdiri,
menahan sakit dan menangis,
tapi erti hidup lebih dari itu,
dan kita mencuba melawan,
ulang c/o.

Untukmu Sahabat yang ku Cintai

Kumengenang saat-saat kita bergembira,
Kumerindui saat-saat kita bersama,
Kumerindui saat-saat kita berukhuwwah,
Maafkan daku wahai sahabat,
Atas sikap dan kelemahan diri ini,
yang tidak pernah sempurna,

Aku berharap ukhuwwah kita tetap kekal,
kerana,
aku seakan mula merasai bibit-bibit kerenggangan antara kita,
senyummu kepadaku tidak semanis dulu,
layananmu padaku tidak sehangat dulu,
katamu padaku tidak semesra dulu,

mungkin engkau pun merasakan hal sebegitu,
namun aku ingin engkau tahu,
aku tetap menyintai engkau,
sebagai seorang saudara
UHIBBUKAFILLAH.

Berita Hari Ini

Hari ini surat Khabar utusan melaporkan bahawa harga minyak dunia berada di bawah paras 100 dolar setong. Ini adalah julung2 kalinya berlaku dalam tempoh 5 bulan.

kerajaan digesa menurunkan harga minyak dengan segera. ini supaya umat islam khasnya dapat menyambut hari raya dengan lebih baik. kalau tidak, ramai yang akan berkira2 untuk travel menziarahi keluarga dan shbt2 lain.

Pak Lah, Shahril Samad cepat bertindak, jangan lengah2kan lagi..

Wednesday, September 10, 2008

Statement From Blogger

1. This blog has captured many attention since the 1st time it was launched in the end of July 2008
( 5o days back)
2. It has received numerous compliments and critics over the posts written by the blogger.
3. Some agree with it, some dont agree and some just dont like it.
4. It is claimed that this blog should change its approach.
5. As I say. blogger will address current issues that occur. it could be politic if politic happened
to be the current issue on that time.
6. All praises and compliments upon this blog are highly appreciated. All critics, sarcastics and
condemns are considered.
7. thank you.

Gunalah Sabun Mandian Saya

Sudah masuk hari ke-2 tidak bercakap dengan shbt saya ini. Tak taulah apa yang mungkin difikirkannya. Aku tak ada alasan untuk bersikap begini dengan dia. Tidak salah apa pun.
Isu *tutup pintu* tu bukan aku tak tahu siapa punya kerja. Aku tahu siapa. Cuma..ntah la..aku diam semalam hanya sekadar menguji..tidak merajuk pun. tapi dia mungkin tgh pening fikir pasal projek dia. dia pun hanya diam tidak menegur aku.dia sibuk fikirkan hal lain

bila aku terlanjur *diam*, aku menjadi malu untuk menegur shbtku ini. selalu ku kata padanya..*zaman bila mrajuk dengan *&*&*, zmn bukan marah atau benci..tp hati ingt kat *&*&*.
dia hnya diam. mungkin dia sudah fhm..

maafkan aku shbt..tidak mesra dengan anda untuk 2 hari ini. engkau sungguh baik hati. tak ada alasan untuk tidak bercakap dengan anda. sesetengan shbt yang lain, aku ada alasan..tapi anda tiada..

semasa nak gosok gigi dan ambil wuduk tadi, dia ada dalam bilik air..terasa nak tegur je..tapi segan pulak..semakin tak tegur..semakin malu dengan dia..masa tengah asyik basuh kopiah, dia cuba mengambil sabun mandian nyar yang kelihatan sudah kecil saiznya. betul2 kat sebelah aku sabun tu. tak semena-mena sabun yang dah kecil saiznya itu terjatuh dan terpelanting ke lantai tandas. lalu di ambilnya kembali sabun itu..sedih hati aku tengok benda tu..terasa nak cakap "kenapa tak guna sabun zaman je??"

disebabkan malu,aku tidak berani mengatakannya..aku diamkan dalam hati..terasa hendak bergenang air mata melihat shbt begitu..

sampai bila tak nak bercakap dengan dia???

aku berfikir...ini tak boleh berlarutan. dia takde salah denganku.. pagi besok, isnyaAllah jika umurku masih panjang...lepas balik dari masjid..aku akan ziarah ke bilik dia...harap pintu nya tidak *terkunci lagi* seperti tempoh hari....

jika masih terkunci...sukarlah nak baik dengannya....sbb nak berhadap dengannya waktu sudah bangun..malu..baik aku datang kepadanya sewaktu dia sedang tidur...

hrp2 perkara ini dpt aku lakukan esok pagi.
doakan ya.

Tuesday, September 9, 2008

Harga Minyak Mesti Turun Segera


Selaras dengan Janji kerajaan menurunkan harga minyak jika harga bahan bakar itu turun dan kekal di bawah 109 dolar setong, Saya dengan ini menggesa kerajaan Malaysia mengotakan janji itu dengan segera. jangan tangguh2 lagi..jangan tunggu sampai harga minyak buat hal lagi.

Justeru harga bahan makanan, dan tambang bas pun boleh turun sama. Sesungguhnya harga tambang bas sungguh2 membebankan pelajar2 UTP ataupun mana2 IPT lain untuk pulang ke rumah di musim perayaan ini.

Jika benar2 perihatin dengan rakyat, sila berbuat demikian secepatnya. Kurangkan beban rakyat secepat mungkin!!


ihsan :http://politictoday.com/content/view/2011/1/

(AFP) Harga minyak mentah jatuh sehingga menghampiri paras AS$101 (RM348) setong semalam sekali gus menjadikannya harga terendah dalam tempoh lima bulan. Pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi menerima baik perkembangan itu tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengubah kouta pengeluaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC)

"Kami sudah bekerja keras sejak Jun lalu untuk memastikan harga berada pada paras seperti ketika ini.

"Saya fikir semuanya seimbang," kata Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Nuaimi.

Arab Saudi sebelum ini menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara untuk meningkatkan pengeluaran berikutan harga komoditi itu yang terlalu tinggi sehingga mencecah AS$147 (RM504) setong.

Negara itu juga bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran tambahan sebanyak 500,000 tong sehari bagi mengelak harga terus meningkat.

Sekumpulan penganalisis percaya anggota OPEC akan mengurangkan pengeluaran secara senyap-senyap bagi mengelak sebarang pengurangan harga.

Dasar OPEC menetapkan pengeluaran sebanyak 29.67 juta tong sehari.

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Oktober menurun kepada AS$101.27 (RM349.384) dalam dagangan di London semalam.

Panduan Memilih Pasangan

karya di bawah bukanlah galakan untuk anda bercouple, kerana couple itu bukan budaya Islam. tapi sedikit nasihat dalam mencari pasangan hidup. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Pantun Joget memikat
by : ct nurhaliza

Kalau menjerat burung kedidi,
janganlah senja baru ke taman,
kalau memikat idaman hati,
janganlah rupa jadi taruhan.

Kalau ke laut susur gelombang,
jangan kemudi patah sauhnya,
kalau bertaut kasih dan sayang,
jangan diuji dalamnya cinta,
jangan lah jangan di uji cinta.

c/o:
kita berbudi orang merasa dik,
biar sedikit dibawa mati,
kalaulah rupa taruhan jiwa dik,
pudar sedikit berpaling hati.

kalau ingin berkasih,
harus bijak memilih,
tebu teberau tidaklah sama,

kalau jujur bercinta
bijak pilih permata,
hidup bahagia sepanjang masa.

jangan renung apa dikata,
renung niat setulus jiwa,
ini masa sesama kita,
dalam joget budi dan rupa. (2x)

Monday, September 8, 2008

Tanda2 16 September mula kelihatan hari ini

Salam, saya melihat isu2 yang berlaku sejak akhir2ini sebagai memberi kredit kepada pembangkang. Isu pertelingkahan antara parti komponen BN semakin ketara dan membimbangkan.

Hari ini, Parti Gerakan memutuskan hubungan Dengan UMNO Pulau Pinang. MCA juga memutuskan hubungan dengan UMNO bukit bendera hari ini kerana Ahmad degil enggan meminta maaf.Sila baca Utusan Harian hari ini. Ahmad yang kontroversi pula di panggil menghadap Pak Lah kerana suka2 hati buat sidang akhbar mendesak parti Gerakan keluar dari Barisan Nasional (BN). Ahli parlimen pensiangan pula telah di batalkan kemenangannya dan satu pilihan raya kecil bakal dijalankan tidak lama lagi sekiranya rayuan ke Mahkamah Persekutuan di tolak kelak.

Semua ini seolah-olah satu drama bersiri ke arah tumbangnya kerajaan BN tidak lama lagi. Nampaknya lebih mudah untuk Pakatan Rakyat untuk mara kehadapan.

Sunday, September 7, 2008

16 SEPTEMBER: TIADA LAGI RAHSIA

Salam. Lama rasanya tak update blog. tiada isu baru yang menarik hati saya untuk di ulas. Tapi hari ini saya ingin mengulas sekali lagi isu PERALIHAN KERAJAAN PUSAT yang di uar- uarkan berlaku pada 16 September ini.

Tarikh 16 september bukan lagi satu rahsia. Kini seluruh rakyat Malaysia sedang berkira-kira, sedang berteka-teki dan tertunggu-tunggu dengan tarikh keramat ini. Adakah benar2 akan berlaku, ataupun hanya sekadar polemik atau perang saraf DSAI terhadap kerajaan? Namun mengikut bancian yang dibuat akhbar internet KL-Post baru2 ini, 86% yakin Anwar mampu mengubah kerajaan persekutuan pada 16 september ini..menarik bukan?

16 september...semua akhbar sedang rancak bermain dengan isu ini. Tiada lagi rahsia. tak kira apa jenis akhbar pun, baik yang arus perdana mahupun yang arus pembangkang, semua rancak menulis. di satu pihak menafikan, di satu pihak mengiyakan, disatu pihak kata akan menggagalkan namun di satu pihak lagi yakin akan membentuk kerajaan...macam2..

Bukan satu rahsia lagi kerajaan BN sedang takut dan cuak dengan 16 september ini. Berulang2 kali pemimpin2 BN, termasuk PM sendiri cuba menafikan dakwaan ini. Namun kebimbangan terasa jelas bila PM kata dalam parlimen jangan ada mana2 pihak cuba merampas kuasa secara tidak demokratik. apa maksudnya tu? bukankah itu satu tanda bahawa BN sedang terancam?

Tak cukup dengan 16 september, BN dibebankan pula dengan isu perkauman dan ugut mengugut. Ketua UMNO bukit bendera di dakwa telah menghina orang Cina sebagai penumpang. ramai pempin cina yang marah. Gerakan dan ugut nak keluar BN..Pemuda MCA perak pun ugut nak keluar BN juga jika UMNO masih tak berubah..pening kepala Pak Lah rasanya dengan benda2 ni..mana lagi dengan serangan saraf DSAI, belum lagi dengan asakan pertukaran kerajaan pusat..kini BN terpaksa berhadapan pula dengan isu2 dalaman yang parah.

16 september...
time2 macam nilah ahli parlimen BN nak keluar negara? kononnya nak pergi lawatan sambil belajar..tapi rakyat mesti terfikir..ini mungkin usaha terdesak bagi mengelak ahli parlimen BN lompat parti. yela lawatan tu dari 9-17september , tarikh yang sangat kritikal. tapi tak semua yang pegi...tak semua..dalam 70 orang je pegi..antaranya 10 dari sabah..10 dari sarawak..selebihnya dari semenanjung..yang 70 ahli parlimen lain buat apa tak ikut? ada kerja2 lain ke?ke ada apa2 ni...?hehe

ada dua kemungkinan. pertama kemungkinan ahli yang akan meninggalkan BN adalah dari kalangan 70 orang ahli parlimen yang tidak ikut lawatan tersebut..dan mungkin juga mereka yang pergi keluar negara ni..yang 70 orang ini sendiri yang akan lompat parti...saja je berhelah nak keluar negara..ntah2 g luar negara tu nak berjumpa Pakatan Rakyat kot???ada logiknya...

Dari segi Pakatan Rakyat, mereka kini mendakwa cukup2 bersedia untuk tarikh itu. Mereka mendakwa, proses perpindahan ahli parlimen sedang di uruskan dan sedang berjalan lancar..kalau baca paper harini..tajuknya cukup menarik antaranya:

1. Pemimpin Umno panik, larikan ahli parlimen ke luar negara (harakah)
2. List of MPs flying to Taiwan still not finalised (the star)
3. Menuju 16 Sept, pimpinan Pakatan Rakyat adakan mesyuarat hari ini (harakah)
4. BN makin parah, Pemuda MCA Perak gesa keluar parti (harakah)
5. Option of pulling out of BN open (the star)
6.
DAP beri syarat untuk MP BN sertai pakatan pembangkang (bharian)

Thursday, September 4, 2008

Harga Baru Petrol Tak lama lagi : RM 2.40 seliter

Harga minyak mungkin turun lagi 15 sen

ihsan : utusan malaysia

latest news

PUTRAJAYA 4 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit petrol dan diesel boleh diturunkan sebanyak 15 sen menjelang awal bulan depan jika trend harga minyak mentah dunia kekal di bawah paras AS$109 setong.

Wednesday, September 3, 2008

Berita Gembira : Harga Petrol Dijangka Turun lagi Sebelum Raya

ihsan : Utusan Malaysia

Minyak akan turun lagi Sejajar trend penurunan harga global – Shahrir

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Menurutnya, beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak global pada masa ini.

‘‘Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah taufan Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Tetapi nampaknya harga minyak di paras yang stabil, dan saya berharap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit sebelum menyambut hari raya nanti, dapat satu berita yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran saluran berita internet secara langsung Pertubuhan Berita Nasional, Bernama Web TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong hari ini berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.

Ditanya sama ada kerajaan telah menetapkan tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru, beliau berkata, daripada segi amalannya, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan.

Bagaimanapun, katanya lagi, pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga minyak lebih awal selepas mengambil kira kenaikan indeks harga pengguna dan sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan berkenaan.

“Jadi, Kabinet berasakan mengapa tidak, daripada kita tunggu kerana harga minyak telah turun begitu baik pada paras yang baik, jadi kita memutuskan untuk menurunkan harga minyak pada ketika itu lebih awal daripada sepatutnya.

‘‘Keadaan yang sama dijangka akan berlaku pada bulan ini selepas mengambil kira Hari Raya pun lebih kurang sama tarikhnya (dengan Hari Kemerdekaan),” katanya.

UTP vs UiTM Seri Iskandar malam esok ISU ; RnR

Sama2 turun ke UiTM Seri Iskandar esok malam bagi melihat forum anjuran UiTM
yang bakal mengetengahkan Presiden Rakan Masjid kita, sdr Mohd Hakim sebagai salah seorang ahli panel. Ikuti kepetahan saudara Hakim esok malam, 4 September 2008 bertempat di UiTM Seri Iskandar.
Hadirlah. forum di adakan selepas tarawih.

Isu : RnR = Remaja Dan Ramadhan.

Bila lagi nak turun UiTM, jum turun ramai!!

Tuesday, September 2, 2008

16 SEPTEMBER, JANJI ANWAR UNTUK MALAYSIA BARU

Ihsan : harakah daily

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petroleum serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

ULASAN : Pembangkang merancang dengan rapi untuk peralihan ini. Namun kita tidak boleh 100% yakin ia benar2 akan berlaku pada tarikh tersebut. Sebab mereka hanya merancang, Allah menentukan. Mungkin berlaku pada 16 september, atau mungkin delay jika BN bertindak balas. Sama2 tunggu.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.

Ulasan:

seperti yang dicanangkan kepada kita,pertemuan2 telah dijalankan dengan ahli2 parlimen terbabit. soal beli ahli parlimen tidak timbul kerana perubahan ini adalah untuk kebaikan rakyat,bukan untuk kepentingan peribadi.

"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ulasan :

Anwar seolah2 yakin dengan kata2nya, harap ia bukan sekadar omong kosong. Ini dilihat sebagai langkah provokasi untuk mnggusarkan Barisan Nasional.

"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Ulasan :

Adakah matlamat ini matlamat demi kebaikan rakyat? Anwar dilihat begitu bersungguh membantu rakyat. Jika dia benar, moga perjalanan nya di permudahkan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.

Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ulasan :

Adakah demokrasi yang ada sekarang boleh di panggil demokrasi?

Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.

"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.

Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.

Ulasan :

Saya sokong kenyataan ini

Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.

"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_

Ulasan :

Penduduk permatang pauh bijak politik

CUTI UMUM DI SEMUA NEGERI PAKATAN RAKYAT 16 SEPTEMBER INI

KOTA BHARU, 2 Sept (Hrkh) - Cadangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat menjadikan 16 September ini sebagai cuti umum turut mendapat sokongan kerajaan Kelantan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan supaya dijadikan cuti umum pada tarikh berkenaan di lima negeri Pakatan Rakyat.

Menurutnya, cuti umum wajar diadakan di lima negeri terbabit iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang sebelum ini ketagih Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan baru.

Menurutnya, cuti berkenaan boleh diterima memandangkan suatu perubahan baru telah diterima rakyat, di mana mereka dapat menerima kehadiran PAS yang memperjuangkan Islam.

"Dulu rakyat ketagih dengan Umno dan BN walau pun rasuah, penculikan dan rogol, bunuh manusia sehingga ada yang menggunakan bom. Ini berlaku di sekeliling mereka. Akhirnya sekarang mereka mulai berubah.

"Lama kelamaan mereka faham dan Permatang Pauh merupakan medan perubahan rakyat kepada perubahan itu," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Negeri Kelantan di Dewan Teratai hari ini.

Semalam Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan mencadangkan supaya cuti umum diisytiharkan di lima negeri Pakatan Rakyat pada 16 September setiap tahun.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk mengubah fikiran rakyat bukan sesuatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan masa yang lama.

"Kita nak ubah pokok kayu boleh, nak ubah bukit pun boleh, tetapi nak ubah pemikiran manusia alang-alang. Jadi saya boleh terima sesuatu benda baru iaitu cuti pada tarikh berkenaan," ujarnya.

Katanya, sebelum ini pelbagai cuti diberi antaranya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan sebagainya, namun dalam masa yang sama perlu juga diwujudkan cuti berhubung perubahan pemikiran rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin Pakatan Rakyat di negeri lain juga disaran menyambut baik cadangan tersebut sebagai menghargai perubahan pemikiran rakyat yang kini semakin positif bagi membela nasib mereka. - mj _

ihsan : Harakah Daily

Monday, September 1, 2008

DAP TIADA ALASAN TOLAK GAGASAN NEGARA ISLAM PAS

Salam sejahtera,

sebelum ini kita biasa mendengar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memerintah Pulau Pinang dengan adil sebagaimana adilnya khalifah Umar Abdul Aziz. Kata2 begini begitu menarik hati ramai golongan pencinta Islam PAS. Jarang2 kita mendengar kata2 sebegini keluar dari mulut seseorang yang beragama bukan Islam.

Dan Baru2 ini, sempena sambutan Bulan Ramadhan, beliau sekali lagi telah mengeluarkan kata2 manis berkenaan dengan agenda penting Umat Islam dalam dunia ini iaitu : AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.

beliau dipetik sebagai berkata :

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

ULASAN :
1.Amal Makruf Nahi Mungkar adalah tugas utama umat Islam yang dituntut di dalam Alquran yakni dalam Surah Al Imran ayat 104.
2.Kita membuat kesimpulan Lim Guan Eng MENGAKUI bahawa hanya dengan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR krisis moral dapat dikurangkan.
3.Pemimpin Besar DAP ini telahpun memahami akan prinsip2 utama Islam dan berkemungkinan beliau ada membuat study mengenai Islam kerana tidak pernah mana2 pemimpin DAP yang menyetujui dan akur denga prinsip Islam (setahu saya la..), yang menentang tu banyak la.

Namun yang mengejutkan saya, dalam blog Naib ketua Pemuda PAS pusat,
Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi, beliau memuatkan satu artikel berkenaan ucapan Lim Guan Eng semasa kongres DAP baru2 ini...ringkasan ucapan beliau adalah lebih kurang seperti berikut:

petikan dari blog ustaz nasrudin

Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng kembali menegaskan dasar perjuangan partinya DAP, bahawa mereka menentang keras siapa sahaja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sewaktu merasmikan Kongres parti itu baru - baru ini .

Kita sedia maklum sikap DAP dan sikap itulah yang membuatkan DAP memilih untuk keluar dari Barisan Alternatif seketika dahulu

dipetik lagi :

Tapi apa yang menghairankan saya ialah apabila Lim Guan Eng sewaktu merasmikan Kongres Kebangsaan DAP bagi kali ke 15 pada 24 ogos yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan malah menggusarkan saya . Saya tidak tahulah orang lain , apakah mereka juga turut gusar dan bimbang . Tetapi saya terasa kegusarannya .

Bukan kerana ucapannya yang ingin menentang usaha untuk menegakkan Negara Islam oleh mana - mana pihak dan bukan juga kerana sikap anti Negara Islam yang kembali mereka luahkan dalam Kongres baru - baru ini . Kerana itu adalah Kongres mereka dan mereka berhak untuk bercakap apa sahaja tanpa kita berhak untuk campur tangan . Yang ini memang saya sedia maklum dan sedia mengambil langkah berhati - hati sejak dulu .

Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular .



kita tidak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan beliau ini.Kerana PAS tidak pernah dan tidak akan pernah bersetuju dengan the so called prinsip ini.tidak pula kita ada mendengar PKR membuat kenyataan sedemikan rupa. Justeru ust Nasrudin telah menulis dalam ruangan beliau:

Namun saya sangat - sangat berharap agar kenyataan akhbar Lim Guan Eng itu tidak benar dan palsu semata - mata .

Saya sebagai penulis Blog ini, menyeru LIM GUAN ENg agar tidak berdolak dalik dalam hal prinsip ini. Jangan hanya pandai menggula-gulakan umat Islam dengan kenyataan beliau tentang Umar Abdul Aziz ataupun hal Amal Makruf Nahi Mungkar. Apa lagi alasan DAP untuk menolak prinsip negara Islam? bukankah dia sendiri sudah mengakui bahawa Islam adalah penyelesai masalah?bukankah Islam itu adil untuk semua?adakah DAP akan terjejas sekiranya Islam dijadikan asas pemerintahan Malaysia?Adakah masyarakat bukan ISlam akan di aniaya sekiranya Islam di teraju kuasa?

fikir2kanlah............

UMNO DIJANGKA PIKAT GOLONGAN MUDA

di petik dari Utusan Malaysia:

Beliau berkata (Ketua Puteri UMNO Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin)UMNO dan BN perlu berubah pendekatan konservatifnya daripada menggunakan media cetak dan elektronik kepada pendekatan siber untuk mendekatkan diri dengan golongan remaja.

ULASAN :
penggunaan media cetak adalah jauh lebih baik, kerana media cetak mempunyai jangkauan lebih besar dan meluas kepada masyarakat seluruhnya. Namun, kerajaan sendiri telah memusnahkan integriti media cetak dengan membiarkan penyiaran berita berat sebelah yang menyakitkan hati pembaca sehingga mereka beralih kepada media2 alternatif dan blog2.

''Kita perlu menggunakan pendekatan baru ini terutama di era siber ini dan blog merupakan satu lagi media alternatif dalam mendekatkan diri kepada generasi muda.

ULASAN:
blog digunakan secara meluas di Malaysia, terdapat lebih 1/2 juta blog yang aktif di Malaysia, dijangka bilangan itu semakin bertambah sekarang.

''Kita dapati, penggunaan blog-blog ini kini telah dimonopoli oleh pembangkang kerana mungkin memahami kehendak dan keperluan yang mahukan jawapan atau interaksi secara terus," katanya.

ULASAN:
Pihak kerajaan mengakui akn penguasaan pembangkang dalam hal ehwal berblog ini. Rakyat kini dah beralih kepada blog kerana berita yang di sajikan lebih seimbang. Tidak seperti surat kabar dan televisyen

UMNO juga katanya, perlu membentuk sistem 'Kawan-Kawan UMNO' bagi menarik lebih ramai generasi muda terutama di kalangan profesional memahami situasi dan keadaan negara yang berlaku sekarang.

ULASAN: Sistem kawan2 UMNO?? nama ini tak sesuai, kelakar dan tidak matang bunyinya. Macam mana nak tarik minat golongan muda???target golongan profesional pulak tu??saya rasa la, UMNO kini mengalami satu krisis ketidak pecayaan dari golongan muda. Saya merasakan dengan landskap politik negara yang dah berubah ni, adalah terlalu sukar untuk UMNO mengembalikan kepercayaan golongan muda kepadanya. Kecuali jika UMNO benar2 berubah dari segi prinsip dan gerak kerja serta amalan media mereka.

''Sebagai contoh melalui sistem 'Kawan-Kawan UMNO' daripada seorang mungkin boleh menarik 20 kawannya yang lain dan daripada 20 orang ini mungkin boleh menarik 200 orang lain untuk bersimpati dengan parti,'' katanya.

ULASAN: UMNO sekarang menagih simpati golongan muda macam kita. selagi UMNO tak berubah dari segi prinsip perjuangan, daya kempimpinan, amalan demokrasi sihat, keadilan pada semua pihak jangan harap golongan muda akan datang dekat.

RAKYAT MALAYSIA DIMINTA BERSEDIA UNTUK HARGA MINYAK LEBIH MAHAL

Minyak melonjak kembali?

ihsan : utusan malaysia


Sebuah pelantar minyak beroperasi (gambar hiasan).
- Reuters

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kenaikan harga minyak dunia dijangka kembali menghantui pasaran saham tempatan kerana penurunan yang berlaku lebih sebulan lalu hanya bersifat sementara.

Sehubungan itu, kelegaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia, selepas kerajaan mengumumkan pengurangan harga minyak tidak akan berkekalan, kata Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli.

Beliau berkata, pasaran meramalkan harga minyak akan melambung semula pada bila-bila masa selepas mengalami pembetulan teknikal.

Katanya, berdasarkan trend penurunan itu, harga bahan bakar itu telah merosot daripada 33 peratus pada awalnya kepada 55 peratus dalam tempoh lebih sebulan lalu.

''Selepas mencecah kejatuhan harga sebanyak 55 peratus, ia dijangka akan naik atau kalau jatuh lagi pun ia hanya akan merosot pada tahap 68 peratus.

''Selepas itu (kejatuhan 68 peratus), harga minyak tidak mungkin susut lagi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, kejatuhan harga minyak akibat pembetulan teknikal itu begitu ketara dan sangat tinggi.

Rekod tertinggi harga minyak mentah dunia yang dicatatkan setakat ini ialah AS$147.21 (RM476.96) iaitu pada 11 Julai lalu sebelum menjunam dan berada pada harga semasa sekitar AS$112 (RM379.68) hingga AS$120 (RM406.08) setong.

Mengulas mengenai jangkaan harga minyak apabila bahan api itu kembali melonjak, Nazarry berkata: ''Kemungkinan besar ia mampu mencecah paras AS$147, harga sebelum kejatuhannya''.

Sebelum ini, bank pelaburan, Goldman Sachs meramalkan harga minyak berada di sekitar AS$150 (RM508.50) hingga AS$200 (RM678) setong dalam tempoh 24 bulan selepas berlaku pembetulan teknikal.

Beliau berkata, pasaran tempatan juga tidak menolak harga minyak berupaya melonjak ke paras tersebut kerana spekulasi kenaikan harga komoditi emas hitam itu tetap kukuh.