Saturday, August 30, 2008
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA
Kepada semua muslimin dan muslimat semua, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di Bulan mulia Ramadhan. semoga kehadiran bulan ini akan memberi seribu satu peluang bagi kita untuk memperbaiki diri seterusnya beramal demi mencari redha Allah.
Saya ingin memohon maaf kepada semua shbt2, kawan2, dan seluruh pembaca andai saya pernah mengguris hati anda semua.
InsyaAllah bertemu lagi dalam waktu yang lain.
sekian.
Friday, August 29, 2008
Anwar mahu sertai semula UMNO - Mahathir
ihsan :http://www.utusan.com.my/ini adalah buah fikiran dan assumption Tun Dr Mahathir seperti di laporkan surat kbr paling bersih dalam Malaysia.
KLANG 29 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan hasrat untuk menyertai semula UMNO.
Beliau berkata, Anwar berbuat demikian semata-mata mahu memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
"Saya fikir dia hendak sertai UMNO semula tetapi sama ada UMNO hendak terima dia atau tidak, itu soal lain.
"Kalau hendak sertai UMNO, dia hendak menjadi Perdana Menteri. Kalau hendak menjadi Perdana Menteri, menteri-menteri lain semua kena pergi la (berundur), dengan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) semua, tidak dapatlah (jadi Perdana Menteri)," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ahli Permatang Pauh itu akan menyertai UMNO semula.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan anjuran AEON Co. (M) Bhd., Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara), Utusan Malaysia dan Pusat Darah Negara di sini hari ini
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata, Anwar tidak akan mencapai cita-citanya itu.
Katanya: "Nauzubillah, minta dijauhkan Allah."
Bagaimanapun secara sinis beliau ingin melihat bagaimana Anwar mahu membentuk kerajaan baru pada 16 September ini.
Dr. Mahathir mengulangi kesediaan menganggotai semula parti itu bagi membantu memulihkan UMNO dengan membawa bersama pemimpin dan ahli yang tersisih selama ini.
Bagaimanapun beliau hanya akan berbuat demikian selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi memegang jawatan itu.
Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi Anwar, beliau berkata, mesej rakyat kepada pucuk pimpinan negara begitu jelas.
"Ini termasuk bilangan ahli UMNO yang keluar mengundi adalah amat kecil sekali, ahli UMNO sendiri tidak mengundi," jelasnya.
16 SEPTEMBER? STILL ON TRACK OR HANYA ILUSI
Salam sejahtera semua.
Kita tidaklah kemaruk sangat untuk tergesa-gesa menukar kerajaan. Tetapi jika itu langkah terbaik bagi menyelamatkan Malaysia dari segi sosio- politik, sosio-ekonomi dan rakyat seluruhnya maka patutlah kita menunggu tarikh itu.
Pakatan rakyat dalam setiap siri ceramahnya telah berkali-kali menyebut akan isu 'isu pertukaran kerajaan pusat dalam sedikit masa lagi'. Alasannya ramai ahli2 parlimen BN especially dari sabah dan sarawak dikatakan telah bertemu dengan PR dan bersedia untuk menyeberang parti. Mungkin mereka sudah tidak ada kepercayaan terhadap Kepimpinan Perdana Menteri sedia ada.
Tarikh 16 september dipilih kerana tarikh itu adalah tarikh penubuhan Malaysia. PR especially plan-maker (DSAI) begitu yakin bahawa plan untuk mengambil alih kerajaan pusat still 'on track' meskipun banyak dugaan yang melanda.
Pagi tadi kalau anda baca UTUSAN MALAYSIA MUKA HADAPAN, kelihatan MP2 dari sabah sarawak berkumpul dalam satu sidang media di lobi Parlimen,menyatakan taat setia kepada Barisan Nasional.
antara kenyataan mereka ialah :
1.Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.
2.Kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang itu disifatkan mereka sebagai satu pembohongan.
MP sabah+ MP sarawak akan jadi leboh kurang 54 orang. Mana lagi 34 ahli parlimen?? assumption kita
1. mereka tidak hadir ke parlimen hari itu.
2.mungkin 34 orang ahli parlimen lagi "tak dapat hadir atas alasan tertentu"..ehemm..
Tidak di nafikan MP sabah sarawak ini dah banyak kali buat kenyataan taat setia pada BN, tidak akan lompat parti ke pembangkang. ..itu kata mulut..kata hati mcm mana...??hehe..gurau jer...tapi yang saya pelik, bila menteri yang dari sabah tu, SHAFIE APDAL kata semua MP sabah Sarawak akan menanda tangani surat ikrar taat setia pada PM yang mereka akan setia dengan BN..ramai yang tak sedia...baru tadi saya baca kat The Star..pelik jugak. Kenapa tak nak sign..ada apa2 ke??hehe..hehe..baca sendiri la..mungkin mereka ada alasan tersendiri..
dari : http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/29/nation/20080829130533&sec=nation
kesimpulannya :
Pakatan Rakyat ada alasan untuk bercakap tentang 16 september. Kalau tak ada pokok takkan ada angin bergoyang..eh terbalik...
kita sama2 tunggu betul ke tidak..
semakin PR nak ambil alih Kerajaan Pusat semakin kuat BN akan halang..ingt BN tu bodoh..hehe
Sabah MPs reject loyalty pledge
By RUBEN SARIO
KOTA KINABALU: Many of the 24 Sabah Barisan Nasional MPs are rejecting a move to get them to sign a loyalty pledge to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
State Barisan Backbenchers Club chairman Datuk Anifah Aman said the move proposed by Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Shafie Apdal was an insult to the Sabah MPs. He added that the pledge should instead be signed by all Barisan MPs nationwide.
He said various Sabah MPs including himself had repeatedly voiced their loyalty to the Barisan leadership and pledged that they had no intention of crossing over to join the opposition.
“We did this during the Permatang Pauh campaign, on television and again in Kota Kinabalu. Is the frequency of denial equivalent to our loyalty?” said Anifah, the Kimanis MP and Kimanis Umno chief.
He said many Sabah Barisan backbenchers had called him asking about the pledge and some had said they felt that they were being treated like “cattle.”
Anifah questioned Shafie's real intentions for proposing the loyalty pledge and wondered whether it was aimed at scoring “political points” in his bid for the Umno vice-president's post in the party polls.
On Thursday, Shafie had said that Sabah and Sarawak MPs would be submitting a pledge declaring their loyalty to the Prime Minister by Friday or Saturday. He had said the MPs from both states would never quit the coalition despite the various rumours about them.
Kalabakan MP Datuk Abdul Ghapur Salleh said the loyalty pledge seemed to infer that Sabah MPs could not be trusted.
Saying he would not be signing any such pledge, Ghapur, the Kalabakan Umno chief, said the Sabah MPs had been vocal about issues affecting the state as they felt that these problems had to be resolved.
“But this should never be misconstrued as us being disloyal to the leadership,” he added.
Karambunai MP Datuk Eric Majimbun, the Sabah Progressive Party (SAPP) deputy president, said neither he nor fellow SAPP MP Datuk Dr Chua Soon Bui of Tawau would be signing such a pledge.
“What is the point of such a pledge? This so-called pledge doesn't make sense,” he said.
Wednesday, August 27, 2008
SIAPA TAKSUB ANWAR??
terdapat sesetengah pihak menuduh saya sebagai fanatik, taksub dan terlalu mengagung2kan Dato Seri Anwar. Alasan yang diberi ialah kerana saya selalu mengulas isu Anwar dalam blog ini. Dalam ratusan/ribuan mereka yang membaca blog ini,hanya segelintir yg beranggapan sedemikian. Tapi saya akan tetap memberi penjelasan.
BLOG INI RATA2NYA PASAL ANWAR
memang benar. Anda harus fhm keadaan semasa, 2 minggu kebelakangan ini adalah waktu kempen piliharaya. Semua orang bercakap tentang kempen Permatang Pauh. bukan sekadar saya,malah ribuan bloggers lain,puluhan akhbar dalam dan luar negara,puluhan stesen televisyen membuat liputan yang sama. DSAI adalah isu yg di bincangkan secara meluas buat masa ini. Jadi kenapa saya harus keluar dari arus ini.
ANDA FANATIK
jgn kerana blog ini bnyk komen pasal Isu Liwat,Latar belakang Anwar,Sumpah Saifu,Isu pilihnraya menyebabkan saya di cop 'fanatik' atau 'taksub'. jika itulah kayu ukurnya,maka semua paper tak kira pembangkang atau kerajaan,semua stesen tv adalah taksub dan fanatik juga kerana membuat liputan yang sama banyak mengenai anwar.
KAMU TIDAK TULIS PUN PASAL TUAN GURU/PAS
itu bukan isunya. adakah jika saya menulis artikel yang sama banyak tentang TGNA baru saya di katakan tidak fanatik?Kalau saya suka mkn nasi goreng USA atau makan KFC,itu tidak bermakna saya harus menulis berkenaa nasi goreng tersebut dalam blog ini. kita melihat kepada isu. ISu mana yang kita mampu ulas..itu saja.
SOALAN SAYA
kalian ini, yang saya fikir mungkin penyokong PAS, kenapa kamu memilih untuk berburuk sangka dengan Anwar? adakah kerana dia pernah masuk UMNO dulu?adakah kerana dia pernah bermusuh dengan PAS dahulu? itukah sebabnya..ingat,manusia membuat kesilapan dalam hidup mereka.kamu,saya dan Anwar sekalipun. jangan berterusan menghukum orang. mungkin ada hikmah atas kejadian itu untuk dirinya.
kalau kamu benar2 menyokong PAS,kamu akan meniru sahsiah atau pun corak peribadi pemimpin2 kamu. Lihat TGNA, TG haji Hadi, bagaimana mereka terhadap Anwar? adakah mereka ber'sikap' seperti kalian dalam isu Anwar? adakah mereka berburuk sangka berlebih2 lebihan seperti kalian?
Lihat sokongan Padu PAS pada beliau.PAS menyokong perjuangan Anwar kerana melihat Anwar ini mampu memberi keuntungan pada Islam disebabkan pengalaman luasnya dalam kerajaan dulu,pengaruhnya dalam dan luar negara dan kefahaman islam yang dia ada. Jangan lah melihat kebelakang...lihat kehadapan..
sokongan PAS terhadap ANWAR ini tidak dpt di nafikan.sungguh banyak. Jadi mengapa kalian mengambil sikap prejudis seperti ini terhadap Anwar? Siapa yang kalian contohi? Pimpinan PAS?tuan Guru nik aziz?atau barangkali Tuan Guru Haji Hadi?Ustaz Daud Iraqi sendiri berdoa untuk kekuatan PR, TGNA berdoa untuk kesejahteraan beliau, PAS sama2 bermunajat untuk mengelak fitnah ke atas beliau. PAS menghantar petugas parti ke Permatang Pauh...bnyk lagi..
SAYA TAK MAHU JAWAP LAGI
ini adalah artikel terakhir. tiada lagi jawapan dari saya. cukup jelas semua ini.
KEPUTUSAN PENTING MAJLIS FATWA KEBANGSAAN BERHUBUNG SUMPAH LAKNAT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.
"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.
"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.
"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.
"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.
Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.
Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.
Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.
Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend. Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya.
-- BERNAMA
Last update : 27-08-2008 00:11
Tuesday, August 26, 2008
SEKALUNG TAHNIAH BUAT DATO SERI DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA
Salam Sejahtera Semua.
Saya rasa agak terkilan kerana tidak dapat meraikan kemenangan Dato Seri tatkala keputusan diumumkan. Saya berada di Perasmian event Ramadhan Discovery 2008. Dalam sehari ini, hampir 500 kali blog ini di view pembaca sekalian. Maaf jika tajuk posting saya selalu kontreversi!
Tahniah Dato Seri! Dato Seri sekarang selangkah ke Parlimen,seterusnya membawa perubahan di bumi Malaysia. saya mengharapkan Dato Seri akam membawa keuntungan yang besar kepada Islam kelak.
Berikut saya kepilkan keputusan pilihanraya yang sebenar (bukan poll blog ni~)
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):
Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi (MENINGKAT 2273)
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi
IHSAN : http://anwaribrahimblog.com/
KEPUTUSAN RASMI UNDIAN DALAM BLOG INI AKAN SAYA UMUMKAN KEMUDIAN KERANA TEMPOH MENGUNDI MASIH BELUM TAMAT!!NANTIKAN.
PENGIRAAN SEMULA UNDI
Sekiranya pengundi baru berhasrat untuk terus mengundi sila berbuat demikian sebelum waktu undian di tutup.
undi yang baru akan di kira dengan rasminya tidak lama lagi....
maaf ats sebarang kesulitan.
Monday, August 25, 2008
KEPUTUSAN UNDIAN P.44 PERMATANG PAUH
Seperti yang dijanjikan saya akan mengumumkan keputusan undian yang dibuat oleh orang awam terhadap soalan
*sekiranya anda pengundi di Permatang Pauh, Siapakah Calon pilihan anda?*
jumlah undian : 253 undian
jumlah mengundi Arif Shah Omar (BN)= 37 undian
jumlah mengundi Dato Seri Anwar(PKR)= 205 undian
jumlah mengundi Hanafi Hamat (AKIM)= 11 undian
jika di convert mengikut jumlah pengundi permatang pauh = 58,459
jumlah undi Dato Ariff Shah (BN) = 37/253 x 58,459 = 8549 undi
jumlah undi Dato Seri Anwar (PKR) = 205/253x 58,459= 47 368 undi
jumlah undi Hanafi Hamat (AKIM) = 11/253x58,459 = 2542 undi
Dengan ini saya mengisytiharkan Dato Seri Anwar 'menang' kerusi P.44 Permatang Pauh dengan Majoriti 36, 277
Tahniah Dato Seri!
Assumption : 100% keluar mengundi
Sama2 kita lihat sama ada keputusan sebenar akan sama dengan keputusan ini atau tidak...sama2 kita nantikan beritanya 8.00 malam ini.
Sunday, August 24, 2008
SEKITAR ISU IMAM SAKSI SUMPAH SAIFUL
RAMLANG PORIGI HADIR DI PENTAS PAKATAN RAKYAT
AKU BERGEGAS KE YAYASAN AMAN SIDANG AKHBAR
IHSAN DARI :http://wrlr.blogspot.com/ (NICE BLOG)
25-08-2008 12:19:45 AM
Oleh G.MANIMARAN
MOHD. Saiful Bukhari Azlan bersalam dengan Ustaz Ramlang Porigi selepas menyempurnakan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu.
(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul pada majlis solat di Masjid Perda di sini bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
Di masjid itu, Ramlang menegaskan bahawa beliau telah diarahkan supaya menjadi saksi upacara bersumpah itu.
Selain di Masjid Perda, beliau juga menjelaskan pendiriannya di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Ibu, Penanti.
Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat Ustaz Ramlang berkata, " pada hari itu saya... saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi."
"Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu," katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit.
Selepas kenyataan itu dibawa keluar. Anwar dan imam itu akan mengadakan sidang media bersama dalam setengah jam lagi.
Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang tadi.
Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.
Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.
Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.
Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.
Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.
Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.
Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.
Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.
"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.
"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."
Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.
Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.
"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya.ihsan daripada :http://mstar.com.my/
BILA TAKDE MODAL, PUNGGUNG SAIFUL PUN DIJADIKAN ISU
Saya terasa ingin menulis mengenai perkara ini walaupun hari dah lewat.
kempen pilihanraya dah nak masuk ke hari yang terakhir. Pilihanraya tinggal lagi sehari je nak berlangsung.
Apa yang saya nampak, kempen pilihanraya di Permatang Pauh ni sangat2 la kotor dan menjijikkan. Apa tidaknya, bukan setakat isu liwat di manipulasi sehabis-habisnya, tetapi isu2 perkauman yang boleh mencetus ketegangan kaum pun turut di mainkan. Dah takde modal ke?
Televisyen menjadi pecacai dan hamba yang hina dalam kempen pilihanraya. Meburuk-burukkan peribadi orang, mengaibkan orang lain, dan macam2 lagi..bukan sehari.tapi setiap hari dalam masa kempen ni.
Tu baru tv, surat kabar apa cerita? pun sama jer...penuh dengan berita berat sebelah, berita mengampu dan berita yang ntah hape-hape ntah...mengarut. Takde orang lain...Dato Seri Anwar je yang di ceritakan..semua cerita yang tak masuk akal je keluar...bukan setakat tu..di Permatang Pauh,mcm2 yang dibuat..VCD sumpah saiful di edar lah, banner2 berunsur perkauman di naikkan dan mcm2 lagi..jijik aku...ini menunjukkan usaha politik terdesak sesetengah pihak....takde modal dah..so peribadi orang di serang sehabis-habisnya. bukan ke dulu die yang marah sangat dengan kempen yang serang peribadi orang???CAKAP TAK SERUPA BIKIN...sakit ati jer..
macam isu saiful tu..kenapa isu itu yang di mainkan??bukanke BN dah kata BN tiada kaitan dengan saiful (kononnya)..so why perguna isu ni kat sana? Tadi baru tengok najib cakap dalam tv3 soal moral anwar...siapa najib nak berkata soal moral?moral apa yang dia maksudkan? soal liwat ke??dia sedar tak yang isu liwat tu masih dibicarakan??adakah dia hakim yang telah menjatuhkan hukum bersalah pada Anwar?? hakim pun tak kata apa2 lagi..too much.
TV, surat kabar arus perdana memang tak serik2..memang tak pernah belajar dari kesilapan. Jelas dah, salah satu faktor kekalahan teruk BN pada pilihanraya yang lepas ialah kandungan berita yang melampau dan berat sebelah...dia ingat rakyat *ENJOY* agaknya tengok berita mengarut dan mengaibkan tu..tolong la..rakyat makin benci tau tak..kalau tak berubah jugak korang (tv dan paper)...alamat lingkup la korang tak lama lagi..yela..semakin kuat korang mengampu dan mengarut..semakin rakyat beralih ke sumber berita alternatif...(macam blog2 dan paper alternatif).
that's why di permatang pauh, Pakatan Rakyat menaikkan satu Banner khas untuk petugas media. Bunyinya lebih kurang begini "Selamat datang kepada petugas-petugas media. Ingat jangan Beri keluarga anda rezeki yang haram"...faham tak maksudnya apa? meaning jangan buat laporan palsu,fitnah dan mengaibkan peribadi orang dengan niat yang jahat...tapi hendaklah jujur dalam memberi laporan kepada masyarakat..
tapi ramai je orang2 media yang macam ni..pembaca berita,wartawan sanggup bersekongkol menyampaikan isi berita ntah apa-apa ni...sakit hati jer..besarnya kesan fitnah ni...boleh buat huru hara...
kesimpulannya..berkempenlah dengan jujur...tunjukkan apa yang kamu nak buat untuk rakyat..bukan tarik sokongan dengan mengaibkan lawan dengan benda yang berunsur fitnah,aib dan benda yang tidak jelas..jangan buat benda2 bodoh ni..nanti rakyat benci..tolonglah berubah wahai politik malaysia...
k lah..tambah sakit ati fikir semua ni..Aku harap Rakyat tahu menilai. Rakyat permatang Pauh dah matang, bukan senang nak di peralatkan...Apepun semoga Election berjalan lancar....Sama2 kita lihat.
Saturday, August 23, 2008
Mohd Zamirul Mohd Dzaki Sun | Aug 24, 08 | 11:24:27 am MYT | |||||||
PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Dato' Arif Shah Omar Shah boleh hilang kelayakan untuk bertanding kata Ahli Parlimen Subang dan juga seorang peguam, Sivarasa dalam sidang media di Yayasan Aman semalam.
Perkara ini merujuk kepada tindakan Arif Shah memberi upah yang berbentuk wang sekitar RM100 hingga RM500 seorang kepada penduduk tempatan Permatang Pauh bagi melakukan risikan. "Tindakan Arif Shah ini jelas melanggar undang-undang pilihan raya seperti mana yang terkandung dalam perkara 21 akta pilihan raya Malaysia," katanya. Menurut Sivarasa lagi, Arif Shah sendiri telah mengakui di hadapan wartawan yang beliau ada memberi duit kepada pengundi di kawasan Permatang Pauh. Kenyataan Arif Shah itu jelas terpampang pada muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina semalam yang berbunyi "Orang tempatan digajikan bagi melakukan risikan." Menurut Sivarasa, kenyataan ini diakui oleh Arif Shah sendiri ketika menjawab pertuduhan kempen membeli undi yang dilakukan oleh beliau. Berdasarkan kepada kes ini, pihak Parti KeADILan Rakyat akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia dan pihak polis dalam tempoh terdekat ini. "Kita akan menggunakan pengakuan yang dibuat oleh Arif Shah ini sebagai bukti untuk kita bawa ke mahkamah dan dia boleh hilang kelayakan bertanding," tambah Sivarasa. Sidang media yang dilakukan di Yayasan Aman di Penanti turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat, Tian Chua, Ketua Perhubungan KeADILan Perak dan beberapa pemimpin Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. - mns ihsan : harakah daily |
RAMADHAN DISCOVERY, THIS 26th AUGUST 2008, MPH
Dont forget to come to the OPENING CEREMONY of RAMADHAN DISCOVERY 2008.
The details are as follow:
venue : MPH
Date : 26th August 2008, Tuesday.
time : 9.00 pm
All readers are welcomed to that ceremony. Lets support this Islamic event which is organized for the coming Ramadan. Special theater performance entitled *THE AWAITED* will make you enjoy and enlightened.
extend this message to all
I want to see 1000 people there. see you!
Friday, August 22, 2008
Kes Liwat adalah Fitnah, Satu Konspirasi politik. Ini Pendirian Tuan Guru Nik Aziz
Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. Umno-BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya.
Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat Anwar adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.
Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.
Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.
Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.
Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.
Wassalam.
DATO' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PASihsan : Harakah Daily
Apa Motipp Di Sebalik Turunnya Harga Minyak?
Yang saya nak ulas ialah beberapa kenyataan berkenaan dengan turunnya harga minyak ini.
1. Dato Shahril Samad, sebagai menteri mengatakan harga minyak diturunkan sebagai mengurangkan beban rakyat akibat inflasi yang tinggi.
huraian : turunke beban rakyat kalau setakat kurang 15 sen (petrol) dan 8 sen (diesel)?? tolong
la...naik harga minyak 90 sen, turun 15 sen jer...baik kekalkan je harga asal iaitu 2.70..
bukan tak nak bersyukur, tp penurunan sekadar 15 sen dan 8 sen tu hanya menambah
sakit ati aku jer....harga barang dah la naik,beras mahal,etc...
2. Najib kata penurunan harga minyak takde kaitan dengan pilihanraya.
huraian : what the totttttttttt is he talking about? motif? motippppppp? takde kaitan, kau ingat
aku bodoh ke, rakyat malaysia ni bodoh?minyak dunia dah lama turun. awal2 bulan
aritu dah turun, kalau betul2 nak turun, mesti dah diturunkan aritu lagi....tapi tidak..
kata nak selaraskan harga pada 1 september...tapi skarang tak pulak, 23 ogos tibe2
turun..pilihanraya 26 ogos? so takde kaitan ke?
kesimpulan :
- penurunan harga minyak menyakitkan hati rakyat. Buat sakit ati jer..(tapi bersyukur la)
- rakyat malaysia bukan bodoh atau tolol untuk percaya penurunan ni bukan kerana maksud politik.
- minyak patut turun lagi banyak. at least turun 40 sen ke..jadi rm 2.30..turun seciput jer..pastu marah2 kat anwar nak turunkan 70 sen..kalau nak orang sokong kamu turun banyak sikit.
- menteri jangan suka cover dan mengampu rakyat..kitorang boleh baca maksud korang.
- sekian
Thursday, August 21, 2008
SILA MASUK BLOG INI UNTUK MENGUNDI. SETIAP UNDI MEMBAWA MAKNA
kita sekadar mengundi di alam maya.
sekadar untuk merasakan suasana mengundi.
seolah2 kita ni adalah pengundi untuk 26 ogos ni.
tu jer.
saja seronok-seronok.
nak tunggu 4 tahun lagi nak mengundi...??lama sangat..
so apa kata cuba mengundi dulu di sini...
mari..mari...
kaedah pengiraan undi ialah :
jika hanya 20 orang mengundi. dan let say :
Anwar = 8
Arif Shah = 11
Hanafi =1
saya akan equal kan dengan bilangan pengundi permatang pauh = 59 ribu orang
jadi masing2 akan mendapat
Anwar= 8/20 x 59000= 23 600 undi
Arif Shah = 11/20 x 59000=32 450 undi
hanafi = 1/20 x 59000 = 2950 undi
jadi pemenang adalah Arif Shah Omar dari Barisan Nasional dengan majoriti = 5900 undi
ini contoh pengiraan..jadi cepat2 undi dan pilih tokoh kesukaan anda....
YES!! SAYA DAH BOLEH MENGUNDI. ANDA NAK TAU DIMANA SAYA MENGUNDI??
saya baru saja mengecek/menyemak senarai semakan pengundi yang diwartakan pada 19 JUN 2008.
Saya akan mengundi kelak di tempat berikut:
Dun : Tronoh
Parlimen : Batu Gajah
Kedua-dua Dun ini kini di pegang oleh DAP. Sekali pandang macam tak best. Sebab DAP memang dah kuat kat sini. Rasa menyesal pulak mendaftar kat sini. Macam mana nak tukar ye? Kalau boleh nak mengundi di kawasan yang di tandingi calon melayu (tak kira la BN atau PAS).
Apepun, ok lah tu. nanti fikirkan pulak macam mana nak tukar.
korang pun semaklah nama korang tu.
guna link ini: http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/
10 DALIL MENGAPA KES LIWAT ANWAR MESTI DIRAGUI
Tadi, semasa pulang dari lecture PPD, saya telah di dekati seorang kawan. Beliau barangkali telah membaca blog saya yang rata2nya berkisar tentang isu anwar. Dia bertanya apa yang menyebabkan saya begitu yakin Anwar tidak bersalah dalam kes liwat ini...sedangkan kita tidak tahu sebenarnya siapa yang benar2 bersalah.
sekali imbas, memang kenyataannya logik. kita still tak tahu siapa yang sebenarnya bersalah. Sama ada Anwar betul2 meliwat, ataupun beliau di fitnah oleh saiful. Mahkamah belum lagi habis bersidang. Kes akan disebut semula 10 september depan. Undang2 menyebut, seseorang tidak bersalah hingga dia dapat dibuktikan bersalah..
Sungguhpun mahkamah belum memutuskan...namun ramai rakyat Malaysia telahpun berfikir,merenungkan dan mebuat keputusan lebih awal dari mahkamah. Majoriti Rakyat malaysia, tidak kira Melayu,Cina, dan India tidak percaya dengan kes liwat ini. Kajian ini telah dijalankan oleh sebuah badan bernama Merdeka Center tidak lama dulu. Mereka tidak percaya, TERMASUKLAH SAYA.
Saya tidak percaya bukan kerana saya TAKSUB PADA ANWAR (seperti dakwaan sesetengah pihak), tetapi kerana ISU INI BOLEH DINILAI DENGAN AKAL YANG SEHAT....berikut saya nyatakan 10 sebab kenapa saya meragui Isu Liwat ini.
Bukti: 10 Dalil Penyelewengan Dakwan Kes Liwat Anwar ! |
Thursday, 07 August 2008 | |
1. Laporan Pengadu enggan diserahkan
Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. 2. Anwar ditangkap sebelum tempoh
Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.
Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.
Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.
Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.
|
RUJUKAN :http://politictoday.com/content/view/1654/33/
PESANAN : INI ADALAH WEBSITE RUJUKAN POST INI. DI MASA HADAPAN, SAYA AKAN BAHASKAN ISU INI SECARA PERIBADI DAN BERDASARKAN PENGETAHUAN SAYA SENDIRI..SEKIAN.
Wednesday, August 20, 2008
PERINGATAN: KESAHIHAN MAKLUMAT INI BELUM DPT DIPASTIKAN. SILA RUJUK WEBSITE/BLOG YANG DIRUJUK PENULIS.
Dilulus terbit pada Wednesday, August 20 @ 16:02:32 MYT oleh SongkokPutih
Open Artikel Oleh neraca
"TAJUK DEBAT; ADAKAH DIBOLEHKAN MENGGUNAKAN SUMPAH UNTUK MENYELESAIKAN KES ZINA(liwat) DI SISI ISLAM
TARIKH; SEBELUM BULAN SEPTEMBER 2008
TEMPAT; PWTC
AHLI-AHLI PANEL PAKATAN RAKYAT;
1. TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT MENTERI BESAR KELANTAN
2. TUAN GURU HAJI ABD HADI AWANG , PRESIDEN PAS
3. AL FADHIL TUAN GURU HARUNSSANI, MUFTI PERAK
AHLI-AHLI PANEL BN
1. DATO ZAHID HAMIDI MENTERI AGAMA DI JABATAN PERDANA MENTERI
2. DATO MASHITAH
3. MUFTI JOHOR
PENGANTARA DEBAT DAN PENGANJUR ; PENGERUSI JAKIM
SYARAT-SYARAT DEBAT;
PENCADANG ADALAH ULAMA BN, DI MANA PIHAK PENCADANG WAJIB MEMPERTAHANKAN BAHAWA SUMPAH DIBENARKAN UNTUK MENYELESAIKAN KES ZINA ATAU LIWAT.
PEMBAKANG ADALAH ULAMA PAKATAN RAKYAT, DI MANA PIHAK PEMBAKANG WAJIB MEMBANKANG BAHAWA SUMPAH TIDAK BOLEH MENYELESAIKAN KES ZINA ATAU LIWAT
KEDUA-DUA PIHAK KENALAH MENGGUNAKAN HUJAH-HUJAH NAQLI DAN BUKANYA AQLI.
HAKIM; RAKYAT MALAYSIA , MENONTON SIARAN LANGSUNG DI TV
sumber :http://www.tranungkite.net/
p/s: malam ini ada debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ko Tsu Koon. Bila pula debat antara ulama hendak dijalankan???
Assalamualaikum. Semalam saya telah melayari laman blog Dato Seri Anwar dan terus memuat turun Poster yang "comel" ini. MERDEKA adalah tema Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya kecil kali ini.
Ada dua sebab ringkas kenapa MERDEKA dipilih.
1. bulan ini bulan kemerdekaan.
2. Anwar ingin memerdekaan rakyat. dari apa?
Dari Apa???hurm..senang saja jawapan nya..jawapannya ada dalam Berita Harian edisi hari ini. Surat kbr yang best ni telah memberi jawapan yang bagus..iaitu...
Bagi Anwar, Pakatan Rakyat mahu memerdeka dan membebaskan pemikiran rakyat Malaysia daripada kongkongan dasar yang dibuat BN sejak 50 tahun lalu dan Permatang Pauh adalah medan untuk rakyat membuat pilihan bijak sama ada hendak memilih calon yang akan menjadi Perdana Menteri atau calon yang menjadi wakil rakyat biasa.
tepat sekali jawapan itu Berita Harian!! tapi jawapan ini adalah petikan dari kata2 Dato Seri Anwar..Berita Harian jujurnya penng kepala memikiokan (org perak), nak merdeka dari apa lagi.negara kita dah 51 tahun merdeka..kepeningan mereka terjawap dalam ayat dibawah.
Pening juga memikirkan bagaimana sebuah negara yang sudah 50 tahun menyambut kemerdekaan dan bakal meniti usia 51 tahun merdeka pada 31 Ogos ini, masih belum bebas daripada kezaliman dan penindasan. Tambah membingungkan apabila memikirkan siapakah yang dizalimi dan ditindas di negara ini?
siapakah yang dizalimi?siapa yang ditindas? untuk soalan2 ini..saya nak anda semua jawap.......ok?
Tuesday, August 19, 2008
Berita Panas: Anwar Sedia Bersumpah
Dilulus terbit pada Tuesday, August 19 @ 16:49:53 MYT oleh reformis
Oleh ulitmayang
"
Oleh kerana sudah terlalu banyak tekanan , permintaan dan syor serta cadangan supaya Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim , bersumpah , so , bagi meredakan ketegangan yang telah berlaku , sejak sekian lama , maka DSAI sudah menyatakan persetujuan untuk bersumpah.
Walaubagaimana pun, sumpah tersebut akan diadakan di Bangunan Parlimen pada 27 hb Ogos 2008 , hari Rabu , di hadapan Speaker Dewan Rakyat , Tan Sri Pendekar Amin Mulia , sebagai Ahli Parlimen P-44 Permatang Pauh , insyaAllah yang bakal dimenanginya , dalam pillihanraya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 26 hb Ogos 2008 , hari Selasa nanti.
Sumpah Agung ini , merupakan satu permulaan dan langkah pertama serta langkah keramat , sumpah keramat ini bukan saja bagi menawan Parlimen , bahkan juga satu misi bagi mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya
Bagi menghantar satu mesej yang kuat , jelas dan keras kepada pemerintah yang ada , maka satu tugas dan tanggungjawab yang besar menanti pengundi – pengundi Permatang Pauh , 26 hb nanti.
ihsan dari:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14606
Monday, August 18, 2008
Penyokong Pas penentu kemenangan Anwar
Berbalik kepada Tajuk Post ini..Utusan Malaysia keluaran harini telah mengeluarkan artikel yang membawa dua Maksud.....
- maksud pertama, Media perdana ini akur dengan fakta bahawa penyokong PAS adalah faktor penentu kemenangan Anwar di Permatang Pauh.
- maksud kedua ialah Utusan Malaysia cuba mengapi2 apikan Pakatan Rakyat kerana dalam artikel tersebut...Utusan telah mendakwa menemui beberapa orang penyokong PAS dan seolah2 satu persepsi buruk telah mereka berikan terhadap PKR or Dato Seri Anwar.
1."Pendek katalah, penyokong Pas akan menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, bukan sahaja untuk Anwar tetapi juga BN," katanya.
kenyataan ini tidak pula diolah oleh Utusan Malaysia ,bermaksud mereka bersetuju.
Sila Baca komen negatif ini:
1.Cuma yang agak menghairankan, 'pondok panas' Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya kelihatan sepanduk dan bendera parti tersebut. Padahal jika mahu dikira, ia patut disertakan sekali dengan logo Pas, sekutu PKR dalam pakatan pembangkang.
2.Bukan di Permatang Pasir sahaja yang merupakan kubu kuat Pas senario itu disaksikan. Di Penanti, hal yang sama juga berlaku. Amat sukar untuk orang ramai menyaksikan sepanduk dan bendera Pas di 'pondok panas' PKR. Usahkan itu, di tiang-tiang lampu dan laluan berdekatan ibu pejabat PKR di Yayasan Aman, Bukit Mertajam, perkara sama dilihat. Langsung tiada logo Pas.
3..Bagi seorang ahli Pas di Kampung Pelet, Permatang Pasir yang hanya mahu dikenali sebagai Razali, para pengikut Pas secara senyap-senyap sebenarnya agak cuak dengan beberapa sentimen yang diuar-uarkan oleh penyokong PKR. Yang mengecewakan mereka ialah PKR sering mencanangkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi Perdana Menteri dalam waktu terdekat.
dan baca pula komen menghasut ini:
1..Di sebalik keinginan membuak-buak PKR mahu merencanakan impian pemimpinnya itu, ahli-ahli Pas khususnya di Permatang Pauh pastinya tidak mahu melihat pemimpin mereka diketepikan secara hina.
2.Dan akhirnya soal moral menjadi penentu terakhir para penyokong Pas ketika mereka memasuki pusat-pusat mengundi Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Nasib Anwar sebenarnya berada pada tangan mereka.
kesimpulannya:
1.hebatkan Utusan,kerana dalam satu artikel dapat memuatkan sesuatu yang positif, yang negatif dan yang menghasut pengundi Permatang Pauh..
2.Bagi penyokong PAs yang wala kepada Pimpinan Pas, mereka akan mengundi Dato Seri Anwar kerana Tuan Guru Nik Aziz dan Pimpinan2 yang lain memberi sokongan penuh dan padu pada beliau..Jadi tidak timbul Isu cuak atau takut dengan Anwar dalam isu ini.
3.Siapa nak kadi PM,biarlah pimpinan Pakatan Rakyat berbincang. Pendirian PAs yang saya tahu, sesiapa saja,asalkan melayu Islam dan menguntungkan Islam berhak dipilih Jadi PM.
Ihsan: Utusan
Dato Seri Anwar : antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia!!
Biodata
Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[2] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.
Pendidikan
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
Zaman Belia
- 1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968. 1968 juga menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
- 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .
- 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.
- Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
- 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
- Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.
- 1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland. Azizah bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya.
- Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA 1974-1976 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.
- Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.
Meninggalkan ABIM
- Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.
ABIM merupakan sebuah gerakan Islam .Abim melihat UMNO sebuah parti yang sekular.
- Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.
- Ramai meramalkan Anwar terperangkap oleh pujukan Dr Mahathir dan akan dimusnahkan oleh Dr Mahathir kemudian hari. Ternyata telah ini benar-benar berlaku pada tahun 1998.
- Kekuatan ABIM 'lumpuh' dengan ketiadaan Anwar Ibrahim.
Tidak menyertai PAS
Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) .
- Anwar pernah dianggap sebagai ' Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.
- Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
- Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.
- Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.
Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.
Ihsan : wikipedia
bersambung....(kisah hidup yang panjang dan menarik)