Monday, August 18, 2008

Dato Seri Anwar : antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia!!

Biodata

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[2] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Zaman Belia

Meninggalkan ABIM

ABIM merupakan sebuah gerakan Islam .Abim melihat UMNO sebuah parti yang sekular.

  • Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.
  • Ramai meramalkan Anwar terperangkap oleh pujukan Dr Mahathir dan akan dimusnahkan oleh Dr Mahathir kemudian hari. Ternyata telah ini benar-benar berlaku pada tahun 1998.
  • Kekuatan ABIM 'lumpuh' dengan ketiadaan Anwar Ibrahim.

Tidak menyertai PAS

Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) .

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Ihsan : wikipedia


bersambung....(kisah hidup yang panjang dan menarik)

No comments: