Sunday, August 17, 2008

Duit Saya Hilang Rm 10 Ribu.....

Pernah kehilangan wang rm 10 ribu? kalau tanya saya..saya tak pernah lagi..MEMILIKI duit sebanyak itu pun belum ada..
Kalaulah ada duit banyak tu, then hilang...alamat menangis siang malam tak henti2 la jawapnyer..yelah..banyak tu..2tahun keje di pusat tusyen baru boleh dapat banyak tu..huhu

Tapi demi mempertahankan yang hak dan mengelakkan penipuan pihak musuh, seorang hamba Allah bernama Dr Mansor Othman, yang merupakan ahli majlis tertinggi Parti keadilan mendaftar diri sebagai calon bebas dalam penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam. Ini merupakan satu strategi KeADILan dalam menghadapi taktik jahat Umno.




"Sebab pihak parti bimbang percalonan Dato' Seri Anwar akan ditolak kerana kita tahu Umno akan menggunakan pelbagai cara bagi membatalkan percalonan beliau," kata Dr Mansor dalam sidang media bersama Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar di Yayasan Aman sebentar tadi.

Jika Dato' Seri Anwar ditolak percalonannya semalam, Dr Mansor akan bertanding sebagai calon bebas dan ini dapat mengelak daripada memberi kemenangan percuma kepada pihak Barisan Nasional (BN).

Dalam proses penamaan calon semalam, pihak penyokong dan ahli Pakatan Rakyat terutama dari KeADILan terkejut dengan tindakan Dr Mansor yang juga merupakan ahli KeADILan turut sama mengemukakan permohonan sebagai calon yang menentang Dato' Seri Anwar.

Namun, Dr Mansor menarik semula percalonannya selepas proses penamaan calon tamat sekitar pukul 10 pagi. ini menyebabkan beliau kehilangan wang deposit RM10 ribu dengan serta merta.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Dato' Seri Anwar dari Parti KeADILan Rakyat, Dato' Arif Shah dari BN dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia.

ihsan dari:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016496&Itemid=100


No comments: