Thursday, August 14, 2008

Istana tidak perkenan Hadi, Nik Aziz berkhutbah





Salam..Siang tadi kita membaca berita yang amat best iaitu Istana mengizinkan Yang Berhormat Tuan Guru Hj Hadi Awang dan Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk menyampaikan khutbah di dua masjid berasingan di sekitar Ipoh.

Ada member saya dah bercadang-cadang nak solat Jumaat di Ipoh harini. Yela bukan mudah nak berjumpa dengan tokoh Pas yang hebat tersebut. Nama mereka mengharum ke serata tanah air.Kemana-mana mereka pergi maka lautan umat manusia akan bersama-sama hadir.

Terkejut saya apabila membaca blog Malaysia Kini sekejap tadi. Baru siang tadi saya baca Berita Harian Online,Harakah daily yang mengesahkan perkara itu, tetapi sekarang lain pula ceritanya.
Kedua-dua tokoh tidak dibenarkan berkhutbah.

Pelik alias ajaib. sekejap kata boleh, sekejap tidak..di mana silapnya ye? miscom ke? maklumat tak sampai ke. Mesti Ramai penyokong2 PAS yang kecewa dengar berita ni.

Baca artikel di bawah:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak jadi menyampaikan khutbah Jumaat di dua masjid utama di Ipoh selepas tidak mendapat perkenan Istana Perak.

Abdul Hadi dan Nik Abdul, yang berada di negeri itu kerana menghadiri muktamar PAS ke-54 esok, asalnya dijadual menyampaikan khutbah masing-masing di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) dan Masjid Sultan Azlan Shah.

Semalam perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga pemimpin PAS negeri.

Bagaimanapun sewaktu Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS menghadap Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, baginda tidak memperkenan Abdul Hadi berbuat demikian.

Keputusan istana itu dimaklumkan kepada Bernama oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Beliau dilaporkan berkata titah baginda itu selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Katanya hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak.

Jika pembaca ada maklumat lain, sila kongsi ya.
p/s: pernah menghadiri kuliah maghrib Tuan Guru Nik Aziz di selangor di sebuah masjid yang besar, penuh giler masjid tu...

Nampkanya Mursyidul am PAs dan Presiden hanya jadi makmum jelah esok. tak gitu?

Ihsan Dari :http://malaysiakini.com/news/87826

No comments: