Tuesday, August 26, 2008

SEKALUNG TAHNIAH BUAT DATO SERI DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA

Salam Sejahtera Semua.

Saya rasa agak terkilan kerana tidak dapat meraikan kemenangan Dato Seri tatkala keputusan diumumkan. Saya berada di Perasmian event Ramadhan Discovery 2008. Dalam sehari ini, hampir 500 kali blog ini di view pembaca sekalian. Maaf jika tajuk posting saya selalu kontreversi!

Tahniah Dato Seri! Dato Seri sekarang selangkah ke Parlimen,seterusnya membawa perubahan di bumi Malaysia. saya mengharapkan Dato Seri akam membawa keuntungan yang besar kepada Islam kelak.

Berikut saya kepilkan keputusan pilihanraya yang sebenar (bukan poll blog ni~)


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi (MENINGKAT 2273)

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

IHSAN : http://anwaribrahimblog.com/


KEPUTUSAN RASMI UNDIAN DALAM BLOG INI AKAN SAYA UMUMKAN KEMUDIAN KERANA TEMPOH MENGUNDI MASIH BELUM TAMAT!!NANTIKAN.

10 comments:

Abu umar said...

Dengan naiknya Anuar Ibrahim ke parlimen dan seterusnya menjadi PM, maka akan berjayalah mengekalkan prinsip Pakatan Rakyat untuk meneruskan Malaysia sebagai negara sekular.TAHNIAH!!

Servant Of Allah said...

Kita wajar menyokong DSAI kerana beliau memperjuangkan keadilan bagi rakyat Malaysia.Beliau dilihat mampu memberi keuntungan kepada Islam dan penghayatan Islam. Kerana itu Pas menyokong perjuangan beliau. Apa bukti Pakatan Rakyat memperjuangkan Dasar Sekular? Bercakap biarlah dengan bukti.

Abu umar said...

Nampaknya anda tidak mengikuti perkembangan semasa. Di kogres ke-15 DAP Lim Guan Eng telah menyatakan prinsip Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui PKR.Untuk mengetahui ape prinsip yg dinyatakan oleh guan eng, sila buat cari sendri.

Adakah anda terlau taksub dengan kemenangan atau dibayangi 16 sept. Tidak kah tuan berfikir siapa yg lompat parti dari sabah/srwk itu??Berape ramaikah yg Islam??Mengapa 16 sept??Adakah menumbangkan kerajaan yg zalim tetapi Islam dan menubuhkan kerajaan kafir menjadi keutamaan??Mahukan Timbalan perdana menteri adalah orang yang tidak Islam??Adakah DAP akan berdiam diri jika negara Islam akan dilaksanakan??Sanggupkah tuan melihat pimpinan pas seperti TG haji Hadi hanya menjadi menteri belia @kebudayaan atau sebagainya??

Pakatan tidak akan menang jika Pas tidak membantu PR, PR tidak akan sampai ke tahap ini jika jentera-jentera pas tidak membantu mereka.Yang berkempen PAS! Yang mengundi PAS! Yang berkoraban PAS! Yang sakit PAS! yang berjuang PAS! Dimana PAS sekarang??Dimana Pimpinan PAS??Dimana TG Haji Hadi??Dimana TG Nik Aziz??

Servant Of Allah said...

Salam..usahlah risau..sekiranya pakatan ini hanya merugikan Islam..maka Pas pun tidak akn kekal dengannya..itulah suara yg keluar semasa muktamar PAS tempoh hari..kita masih berhati2..sy musykil tntang sumber mana yg anda rujuk bahawa PKR setuju untuk sebuah negara SEKULAR..adakah dari mulut DSAI sendiri?ke dari Utusan or Berita Hairan??mmg benar,tnpa PAS,or Tnpa PKR or Tnpa DAP takkan ada pakatan rakyat..mereka saling memerlukan..saya tidak taksub dengan 16 september.Kalau ianya berlaku dan jika ternyata ianya bagi mengakhiri kezaliman dan membawa perubahan baru bg Negara..biarlah ia berlalu..adakah anda mengatakan negara sekarang ini negara Islam?sejauh mana Islam di bela? Islam hanya sekadar nama. dasar pemerintah tidak pun Islam. Jka benar pemerintah dasarnya Islam dan memartabatkan Islam dengan ikhlas, niscaya PAS itu tdk lagi wujud..sama2 kita lihat..jgn hanya menduga2..PR adalah medan terbaik PAS untuk berdakwah..mmg DAP menetang penubuhan negara Islam,bkn sekadar DAP,malah org2 Islam sendiri masih ramai yg tidak bersedia utk itu,buktinya 50 tahun merdeka namun UMNo gagal memartabatkan islam ketempat seterusnya..Namun usaha ke arah itu perlu ada..Pas perlu guna peluang ini untuk memahamkan semua pihak.tidak kira UMNO,PKR mahupun DAP bahawa tiada alasan lagi utk menolak keadilan Islam..ISlam is for ALL

Abu umar said...

Adakah tuan berpendapat kita ambil keputusan 'tunggu dan lihat'. Tidak kah tuan tahu ape yg terjadi pada PAS
di tahun 1977-78. Zaman paling teruk kejatuhan Islam dan PAS sehinggakan negeri Kelantan berjaya dirampas oleh UMNO. Pada mase itu, UMNO berjanji akan membawa Islam, MCA dan MIC hanye
akur dgn keputusan BN, tetapi hasilnye?? Dan kini, PKR dan DAP sudah bersetuju dgn negara sekular???
adakah ini yang terbaik??adakah kemenangan politik yg sgt dimahukan
dan didahagakan???Adakah tunggu dan
lihat? adakah pisang akan berbuah 2 kali?? adakah DAP akan berdiam diri?? Jgn lupe, DAP sudah lame merancang, sejak dari DAP keluar drpd BA kerana mahu menegakkan negara sekular!!!DAP juga telah melantik wakil melayu dan Islam. Bayangkan jika DAP meletakkan calon melayu bertanding di Perak. Apa akan jd?? Alasan MB mesti melayu dan Islam. DAP sudah ade penyelesaiannya. Kemenangan DSAI telah memperkukuhkan lagi DAP & PKR dgn perngorbanan dari PAS yg memperjuangkan NEGARA ISLAM!!!!!.

nik said...

namapaknya ketakutan terhadap DAP adalah punca saudara abu berhujah demikian... beliau rela dibawah kepimpinan BN nampaknya...

Abu umar said...

Tidak ade satu kenyataan pun yg saya kate "menyertai BN"!!!!
sdr solid cube jd seperti BN dgn mempermainkan kenyataan. x pe la kalo sdr solid setuju dgn DAP. DAP kan kawan sdr solid.

nik said...

aduh... diriku diibaratkan spt BN pla.... dan kawan DAP.. jauh panggang dari api... ini betullah satu fitnah... jika BN bukan tnjang pgagan sdr abu bgs la...

shinpad said...

kenapa sdr2 ini begitu serius dlm hal ini...sdgkan ulama'2 dari PAS sendiri telah mnyetujui kerjasama dengan PR..keputusan yg dilakukan sudah semestinya melalui syura..so,knp perlu bertekak mengenai hal ini...PAS sendiri tentu telah memikirkan hal ini lama dulu sebelum bersama PR...terimalah hal ini sepertimana kita menerima isu muqabalah...

nik said...

itulah mahu daku perkatakan pd sdr abu......=).