Saturday, August 16, 2008

Pandangan Ulama /tokoh tentang Sumpah Laknat Saiful

YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (ulama)
  • seorang ulama yang dipanggil Tuan Guru.
  • Beliau mengangap tindakan Saiful Bersumpah sebagai satu kebodohan. beliau berkata “Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini".
  • Beliau berkata, sumpah hanya terpakai bila mana kes melibatkan pasangan suami isteri yang saling menuduh akan zina tetapi tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi. Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.
  • beliau berpandangan sumpah laknat itu bermotifkan politik.beliau berkata pada media “Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.
  • Beliau menegaskan , Anwar tidak perlu melakukan sumpah laknat seperti itu. Itu bukan keputusan yag wajar.
Mufti Besar Perlis, Ustaz Asri (pakar hadis)

  • merupakan individu yang mencadangkan sumpah laknat.
  • Beliau berpendapat Anwar perlu juga bersumpah untuk meyakinkan rakyat.
  • Adalah satu risiko yang besar jika Saiful bersumpah palsu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi (ketua dewan ulama PAS)
  • beliau berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.elas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.
  • beliau turut mengatakan mengangkat sumpah dengan quran ini bukan dalam amalan islam,Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-
Tun Dr Mahathir (tokoh besar)

  • beliau juga berpendapat Anwar perlu bersumpah dengan lafaz wallahi,wabillahi,watallahi bagi membuktikan beliau tidak bersalah disamping menjunjung Al Quran.
  • Kemudian ujian2 seperti DNA perlulah dilakukan.
Dr. Haron Din,seorang ulama terkenal (ulama,pakar perubatan timbalan mursyidul Am PAS)
  • pada pandangan sangsi knp sumpah di buat tatkala hari penamaan calon hendak bermula.
  • Saiful hendaklah kemukakan 4 orang saksi,bukan bersumpah dalam masjid.
  • kes ini sepatutnya di bawa ke mahkamah syariah, adalah salah menghebahkan kepada dunia.
  • Beliau kesal kenapa Dalam sumpah diminta supaya Allah melkanat beliau dan keturunannya..sedangkan keturunnya kelak tidak berdosa.
  • di zaman Rasulullah dulu, siti Aishah di fitnah menpunyai hubungan zulit dengan safwan. Perkara ini menyebabkan Rasulullah tertekan selama 30 hari sehingga turunnya ayat Allah meyatakan Aishah tidak bersalah. Rasulullah dalam hal ini tidak pernah meminta mereka bersumpah.
  • Sepatutnya kes ini di siasat di mahkamah syariah, tertuduh boleh membela diri, tetapi sekiranya TERTUDUH tidak mampu memberikan bukti ,maka barulah bersumpah.
YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. (ulama,mursyidul Am PAS)

  • Bagi beliau sumpah Saiful adalah tidak bertepatan dengan Islam.
  • Cara sumpah berkenaan mirip budaya orang kristian.
  • Kalau bersumpah ikut kaedah Islam, cukup dengan lafaz wallahi,wabillahi, watallahi.
Sumber : Harakah Daily
Utusan Malaysia
AnwarIbrahim Blog



2 comments:

RiiE said...

ermmm.... aku xtau btl @ slh care si saiful tu,,
tp kalau anuar btl,, dia wat gk laaa,,, klau x salah,, x yah byk ckp...
bukti kn je,,,

Kenangan Lalu said...

Pendapat saye:-

1)Ya, Anwar meliwat.
2)tapi Saiful bodoh. Dia berani, tapi bodoh
3)Sebab dia tak sedar yang dia diperalatkan atas kenaifan dia untuk tujuan politik BN.

Kesimpulannya, ketiga2 watak utama sama-sama tidak di jalan yang benar.
Apa2 pon, saya taknak pemimpin homo~