Sunday, August 24, 2008

Imam saksi sumpah Saiful kempen untuk Anwar
25-08-2008 12:19:45 AM
Oleh G.MANIMARAN


MOHD. Saiful Bukhari Azlan bersalam dengan Ustaz Ramlang Porigi selepas menyempurnakan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu.

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul pada majlis solat di Masjid Perda di sini bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

Di masjid itu, Ramlang menegaskan bahawa beliau telah diarahkan supaya menjadi saksi upacara bersumpah itu.

Selain di Masjid Perda, beliau juga menjelaskan pendiriannya di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Ibu, Penanti.

Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat Ustaz Ramlang berkata, " pada hari itu saya... saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi."

"Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu," katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit.

Selepas kenyataan itu dibawa keluar. Anwar dan imam itu akan mengadakan sidang media bersama dalam setengah jam lagi.

Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang tadi.

Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.

Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.

Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.

Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.

"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya.

ihsan daripada :http://mstar.com.my/

No comments: