Monday, August 18, 2008

Penyokong Pas penentu kemenangan Anwar

Sekali baca, memang nampak best apabila UTUSAN MALAYSIA mengakui akan pentingnya undi dari PAS bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat. Pas bukanlah parti picisan semata-mata,namun sebuah parti Islam yang menjadi kegilaan ramai ketika ini. Bayangkan orang2 bukan Islam berebut2 untuk memasuki kelab penyokong Pas yang kini jumlah mereka mencecah 10 ribu orang. MasyaAllah. Dahulunya ditakuti....kerana kurangnya kefahaman. Namun sekarang keadaan sudah berubah..mereka semakin mengerti Cita2,hasrat dan keikhlasan Pas dalam perjuangannya....

Berbalik kepada Tajuk Post ini..Utusan Malaysia keluaran harini telah mengeluarkan artikel yang membawa dua Maksud.....
  • maksud pertama, Media perdana ini akur dengan fakta bahawa penyokong PAS adalah faktor penentu kemenangan Anwar di Permatang Pauh.
  • maksud kedua ialah Utusan Malaysia cuba mengapi2 apikan Pakatan Rakyat kerana dalam artikel tersebut...Utusan telah mendakwa menemui beberapa orang penyokong PAS dan seolah2 satu persepsi buruk telah mereka berikan terhadap PKR or Dato Seri Anwar.
Sila Baca komen positif ini:

1."Pendek katalah, penyokong Pas akan menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, bukan sahaja untuk Anwar tetapi juga BN," katanya.


kenyataan ini tidak pula diolah oleh Utusan Malaysia ,bermaksud mereka bersetuju.

Sila Baca komen negatif ini:

1.Cuma yang agak menghairankan, 'pondok panas' Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya kelihatan sepanduk dan bendera parti tersebut. Padahal jika mahu dikira, ia patut disertakan sekali dengan logo Pas, sekutu PKR dalam pakatan pembangkang.

2.Bukan di Permatang Pasir sahaja yang merupakan kubu kuat Pas senario itu disaksikan. Di Penanti, hal yang sama juga berlaku. Amat sukar untuk orang ramai menyaksikan sepanduk dan bendera Pas di 'pondok panas' PKR. Usahkan itu, di tiang-tiang lampu dan laluan berdekatan ibu pejabat PKR di Yayasan Aman, Bukit Mertajam, perkara sama dilihat. Langsung tiada logo Pas.

3..Bagi seorang ahli Pas di Kampung Pelet, Permatang Pasir yang hanya mahu dikenali sebagai Razali, para pengikut Pas secara senyap-senyap sebenarnya agak cuak dengan beberapa sentimen yang diuar-uarkan oleh penyokong PKR. Yang mengecewakan mereka ialah PKR sering mencanangkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi Perdana Menteri dalam waktu terdekat.



dan baca pula komen menghasut ini:
1..Di sebalik keinginan membuak-buak PKR mahu merencanakan impian pemimpinnya itu, ahli-ahli Pas khususnya di Permatang Pauh pastinya tidak mahu melihat pemimpin mereka diketepikan secara hina.
2.Dan akhirnya soal moral menjadi penentu terakhir para penyokong Pas ketika mereka memasuki pusat-pusat mengundi Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Nasib Anwar sebenarnya berada pada tangan mereka.


kesimpulannya:

1.hebatkan Utusan,kerana dalam satu artikel dapat memuatkan sesuatu yang positif, yang negatif dan yang menghasut pengundi Permatang Pauh..
2.Bagi penyokong PAs yang wala kepada Pimpinan Pas, mereka akan mengundi Dato Seri Anwar kerana Tuan Guru Nik Aziz dan Pimpinan2 yang lain memberi sokongan penuh dan padu pada beliau..Jadi tidak timbul Isu cuak atau takut dengan Anwar dalam isu ini.
3.Siapa nak kadi PM,biarlah pimpinan Pakatan Rakyat berbincang. Pendirian PAs yang saya tahu, sesiapa saja,asalkan melayu Islam dan menguntungkan Islam berhak dipilih Jadi PM.

Ihsan: Utusan

2 comments:

Brother Badr said...

ISLAM PASTI MENANG!!!

Hafizah binti Faisal (FizFai) said...

Utusan...BH..tak yah la baca... buat habis duit saja...