Friday, October 30, 2009

HILANG FOKUS : JUM MULAKAN STUDY WEEK




Salam sejahtera pada semua sahabat pembaca

Ramai diantara kita masih terbawa bawa badi PRK. sampai kehari ini masih tidak henti henti bicara soal itu dan ini. Ramai yang hilang fokus. Ada yang down.Ada yang tak dapat study.Ayuh lupakan sebentar semua ini.cukup cukuplah buat masa ini.Mari kita sejukkan keadaan UTP ini buat sementara waktu.

sedar tidak sedar, kita ada satu lagi tanggung jawab yg besar sedang menanti, which is AKADEMIK. Ramai di antara kita yg masih leka,lalai,alpa dan suka-suka padahal EXAM seminggu saja lagi.!!






saya memohon kepada semua sahabat, pleasee...tarik semula fokus kita kepada matlamat asal kita iaitu kecemerlangan akademik.Keputusan exam yang lepas benar benar mengejutkan kita. Justeru kita tampilkan moto AYUH BERUBAH! AKADEMIK:UBAH SEBELUM PARAH bagi melonjakkan semula semangat dan kesedaran kita yang lumpuh dan luntur pada semester yang lalu.


Saya percaya sahabat sahabat pembaca semua sedar peri pentingnya akademik yang stabil. Saya yakin anda semua tahu jerat jerat yang menanti sekiranya akademik ini di abaikan. Saya tidak mahu masalah akademik menjatuhkan moral dan motivasi saudara. Bila result kita jatuh, kita akan malu dengan sahabat handai, Segan nak beritahu mak ayah dan rasa inferior dengan orang orang sekeliling.




Dan yang paling menyulitkan,jika wang scholar ditahan/ditarik balik. Sukarnya kita nak hidup jika ini berlaku. Teman teman memang ramai yg sudi membantu. Tapi selama mana sahabat mampu membantu dan selama mana kita sanggup untuk bergantung pada mereka. Jadi mari kita beringat sebelum kena. Sahabat yang pernah di uji dengan CM mesti lebih tahu pahit atau tidak ujian tersebut.






Maka beringatlah wahai sahabat sahabat. Saya memberi peringatan kepada diri saya dan juga sahabat sekalian. AYUH BERUBAH sekarang sebelum segala galanya terlambat. Gerakkan diri anda,cari semula fokus yang mungkin sudah hilang. Dapatkan semula minat dan ghairah yg sudah tiada. Doa sebanyak banyaknya. Minta Allah campakkan kembali sikap rajin,minat,suka kita kepada buku dan ulangkaji.


BERUBAH SEBELUM TERLAMBAT.Akademik ini benar benar berbalik kepada individu. Jika anda terasa sukar,maka itu terpulang kepada anda. Jika anda rasa insaf dan ingin berubah, itu adalah untuk kebaikan anda sendiri. ingat betul betul pesan ini. Jangan biarkan keputusan sem lepas berulang semula pada sem ini.


Capailah kecemerlangan. Kita bukan sekadar ingin selamat dan cukup cukup makan, tapi kalau boleh kita ingin keputusan yang terbaik. itulah cita cita yang patut ada. Kita lakukan semua ini dengan harapan, kita akan mendapat redha Allah dan pada masa yang sama dapat memberi kredit kepada imej Islam dimata masyarakat kampus.


JADI, AYUH KITA MULAKAN LANGKAH KITA..MULAKANNYA SEKARANG!!

INGATLAH IBU BAPA KITA DI RUMAH







SESIAPA PUN BOLEH DITEGUR

Salam kepada semua.


Sesiapa pun boleh ditegur! itulah perkara yang ingin saya huraikan di sini. Ini kerana kita semua; sama ada RM atau tidak,MPP atau tidak, tak kira walau siapapun kita, ia wajib ditegur sekiranya melakukan kesalahan.


Nabi sendiri ditegur oleh Allah beberapa kali didalam Al Quran. sebagai contoh dalam peristiwa Perang Badar, nabi telah bertindak membebaskan tahanan perang dengan syarat sedangkan perintah Allah yg turun selepas itu menunjukkan isyarat bahawa tahanan itu sepatutnya dibunuh.


Nabi juga ditegur dalam satu peristiwa dimana seorang sahabat yang buta (Abdullah Bin Ummul Maktum) datang ingin bertanyakan sesuatu perkara kepada Baginda. Baginda ketika itu sedang sibuk memberi penerangan kepada pemuka pemuka Quraisy. Baginda pun menunjukkan wajah yg masam kepada siButa tadi. turunlah ayat yang menegur nabi.


Nabi juga ditegur kerana telah mengharaman madu untuk dirinya dalam satu peristiwa. terlalu banyak kisah tegur mengur ini. Saidina Umar pernah ditegur rakyatnya berkenaan mas kawin, imam solat pun boleh ditegur jika salah bacaan.Begitu juga dengan pemimpin. Ia boleh ditegur.Sebab apa kita boleh ditegur?sebab kita semua tidak sempurna. Kita manusia. kita bukan Tuhan.
Jadi saya mengalu alukan teguran teguran positif anda semua. Anda boleh menegur saya, anda boleh menegur RM, anda boleh menegur MPP. Kita semua perlu sedar kita pernah melakukan kesilapan. Maka jangan malu untuk mengakui kelemahan dan kesilapan kita.
Saya tertarik dengan komen penulis "langkahsepi" yang mengatakan bahawa bukan dia membenci RM, cuma dia merasakan kaedah dan pendekatan RM tidak sesuai dengan keadaan student UTP. (sila rujuk dalam ruangan komen).jika tidak sesuai kaedah A,sila guna kaedah B. begitu ujarnya. Saya mengharapkah Langkahsepi sebagai seorang pendebat tersohor, dapat mengemukakan satu garis panduan yang jelas berkenaan dengan kaedah dakwah yang boleh diterima pakai di UTP supaya dapat dikaji dan diguna pakai oleh RM untuk masa masa yang akan datang. sesiapa yang ada idea dan cadangan yg baik, boleh salurkan terus ke Majlis Tertinggi Rakan Masjid.
saya tidak ingin para pengkritik dituduh sebagai hanya pandai bercakap tapi tidak megemukakan sebarang cadangan,proposal dan garis panduan untuk dijadikan rujukan. justeru langkahsepi diharap dapat mengusahakannya tidak lama lagi.
bukan mudah sebenarnya nak buat kerja2 dakwah. sebab orang tak suka ditegur. orang tak suka urusannya dicampuri.Ramai marah RM tidak suka dikritik,tapi sedar tak kita betapa ramai antara kita yg tak suka ditegur dalam perkara perkara mungkar?jadi selepas ini mari kita budayakan sifat tegur menegur. Rakyat menegur pemimpin dan pemimpin menegur rakyat. RM perlu terbuka menerima teguran dan orang ramai sepatutnya faham dan hormat dengan kerja kerja dakwah yang merupakan tuntutan agama yang wajip BUKAN HANYA KPD RM, tetapi juga kepada saya,langkahsepi,rausyanfikir dan sesiapa sahaja yang berugama Islam.
Saya menyeru diri saya, saudara saudara sekalian untuk sama sama kita memperbaiki diri kita. Bercakap memang mudah, tapi nak buat belum tentu. RM mungkin silap kerana yang memandunya adalah manusia biasa juga. Tapi berilah mereka ruang untuk memperbaiki diri. tidak bermakna bila anda semua yang pegang RM, anda tidak akan buat silap. cumanya orang memandang orang yg berkopiah ni, tak boleh buat silap. kalau silap orang akan ingat sampai mati. kita lupa dia pun student,diapun manusia.
*Dan berilah peringatan ,kerana peringatan itu sangat berguna bagi orang orang yang beriman*
51:55
wallahu'alam.

Thursday, October 29, 2009

MENCACI RM

Pilihanraya kampus telahpun tamat. Keputusan telahpun diketahui. Pengundi telahpun membuat keputusan. Namun rasa panas hati masih ada. marah dan caci maki masih dihamburkan. tulisan dan komen komen sampah masih ditulis.
bila prk je mesti orang marah RM,bila Valentine je mesti orang marah RM. bila tegur orang couple je mesti marah RM. bila cakap pasal hedonisme je mesti orang tuding RM. semuanya serba serbi RM. orang tidak pernah pun marah ICC ke, tak pernah pun saya dengar orang marah rotaract club ke atau mana mana badan dan organisasi lain.
telah mejadi lumrah dunia, orang yg ingin membawa islam dan yang ingin mempertegak perkara yang haq ini akan difitnah dan dicaci sehabis habisnya. mereka ditolak. sedangkan mereka bukan menganjurkan maksiat. mereka cuma menyeru kebaikan. dan kebaikan itu tidak sesekali menguntungkan mereka. mereka bersabar dihina dan difitnah dan diperlekeh oleh masyarakat.
ini berlaku bukan hanya pada RM. nabi nabi disepanjang zaman di hina,dihalau dari kampung halaman mereka,di baling batu dan ada yang dibunuh!sebab apa mereka disiksa dan dibunuh?adakah kerana mereka berbuat jenayah??tidak,mereka dibunuh kerana mereka menyeru Islam. mereka dibunuh dan disiksa kerana menyeru kebaikan. Malangnya kebaikan itu tidak sesuai dengan keinginan nafsu masyarakat ketika itu. itu sahaja alasannya. ia tidak ssuai dengan kemahuan orang orang ketika itu.
Ambil nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh. Nabi ini di gelar Al Amin, yakni orang yg lurus dan yang jujur. semua orang suka,sayang dan percaya pada baginda. apa saja yang baginda cakap dan baginda buat tidak akan diragui sedikitpun. Namun,sejurus sahaja tugas kenabian bermula,bila saja nabi mula menyerukan islam kepada mereka,maka mulalah nampak sikap sebenar kaum arab ketika itu.
Nabi digelar penipu,pembohong,orang gila.orang yang dahulunya mereka sanjung dan percaya kini digelar pendusta dan gila hanya kerana beliau menyerukan kebenaran islam kepada kaumnya. Adakah Rasulullah suka digelar pendusta dan gila?adakah Rasulullah suka dihina dan dicaci padahal selama ini masyarakat benar2 menyayangi dan mempercayai beliau? tidak. Logiknya nabi tak suka. Tapi apakan daya. tugas kenabian telah diberi. Allah telah mengutusnya. terpaksalah nabi mengharungi segala tribulasi,fitnah,penentangan,siksaan dari kaumnya sendiri kerana menyeru islam,walaupun hakikatnya tidak ada mana mana manusia pun yang suka diperlakukan sedemikian.
adakah nabi salah strategi?adakah method dakwah nabi salah?semestinya tidak,kerana nabi mendapat tarbiyah direct dari Tuhan.Jadi dimana silapnya?tiada yang silap melainkan nafsu serakah dan kesombongan manusia itu sendiri.
begitulah ceritanya dengan seluruh para nabi dan anbia. ada yang di halau dari kampung halaman, ada yang dibakar hidup hidup,ada yang digergaji sampai mati dan macam macam lagi. dan gerakan gerakan islam seterusnya pun menerima nasib yang sama,dari dulu sampai ke hari ini. tidak kira dimana jua sama ada di timur mahupun dibarat, diutara mahupun di selatan gerakan islam ini akan sentiasa di tentang,difitnah,disekat dan digempur sehabis habisnya.
sebab apa???sebab yang diseru itu ialah yang makruf.sebab apa???sebab yang diseru itu ialah islam. sebab apa??sebab yang diseru itu ialah perkara yang haq.
Jadi jika nabi dan rasul dihina, Jika gerakan Islam diseluruh dunia dikeji,difitnah,di siksa dan dibunuh pengikutnya,jadi tidak ada peliknya jika RM juga mendapat nasib yang sama di bumi UTP ini. RM sebagai badan dakwah yang wujud di UTP patut sedar dan insaf dengan kenyataan kenyataan ini. apa sangatlah mehnah yang kalian hadapi jika dibandingkan dengan ujian para nabi dan gerakan gerakan islam yang lain. Bersabarlah wahai pejuang. Bersabarlah.Kuatkan hati dan semangat perjuangan kalian.
Kepada mereka yang sentiasa mengeji,memfitnah dan menabur kata kata nista, kalian perlu memikirkan apa yang saya nyatakan di atas. jika kalian memilih utk terus menuding jari dan memandang serong kepada RM, teruskanlah. saya tidak akan hairan kerana orang orang seperti kalian memang wujud disetiap masa, tempat dan zaman.
kepada manusia pengkhianat dan mana mana penulis blog yang melampaui batas,hentikanlah menghasilkan artikel artikel hampas dan sampah yang berniat jahat. Lakukanlah sesuatu yang menguntungkan Islam dan gerakannya.bukan yang menjahanamkannya. Hati saya kesal dengan niat jahat dan kegiatan kamu yang sangat hina.Insaflah.
ingat formula ini. walau jahil macam mana pun sesuatu kaum,mesti Allah akan bangkitkan dikalangan mereka orang yang menyeru kepada kebenaran dan kebaikan. dan jika sebaik mana pun sesuatu kaum, mesti akan ada segolongan manusia yang jahil yang akan sentiasa menimbulkan masalah.
itulah sunnatullah.

Wednesday, October 28, 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS SESI 2010/2011

Setelah seminggu tempoh berkempen,akhirnya student UTP telah membulatkan tekad dengan turun membuang undi. Penat lelah calon calon dan penyokong mereka berkempen akhirnya terjawap hari ini apabila 1535 orang mahasiswa telah menunaikan amanahnya memangkah 5 calon yang akan menduduki kerusi MPP bagi penggal 2010/2011.
Berikut ialah keputusan rasmi bagi jumlah undi setiap calon:
hanif-1390
muid-1428
acap-951 (tewas)
ain-1394
jenani-1040
umair-1454 (tertinggi)
Saya selaku penulis mengucapkan tahniah kepada calon yang menang. Selepas ini kamu semua perlu menunaikan amanah sebaik yang mungkin demi kebaikan kampus UTP yang tercinta ini. kepada Acap,tahniah kerana telah berjaya membawa satu gelombang perubahan yang saya yakin mencemaskan ramai orang. Mungkin belum tiba masa kemenangan bagi pihak acap.
apa yang jelas, mahasiswa UTP sudah membuat keputusan. kepada semua penyokong bolehlah turunkan poster dan banner secepat mungkin.
Nampaknya jangkaan saya bahawa umair akan memperoleh undi tertinggi adalah tepat. dan formula 3:2 juga menjadi pilihan pengundi buat kali ini. Cuma yang tidak tepat ialah nilaian undi kepada Acap yang tinggi di dalam blog tidak diterjemah ke atas kertas undi oleh para pengundi.
nantikan analisis keputusan pilihanraya ini tidak lama lagi~

Tempah Bertenang

Salam Sejahtera semua.
Sekitar pukul 2 pm, blog ini telah dimasuki pengunjung pengunjung yg melemparkan kata kata kesat dan nista diruangan shoutbox.Tidak kurang juga yg melahirkan kebimbangan kerana tulisan blog ini dikatakan berunsur provokasi dan sengaja mahu menimbulkan keresahan dalam kalangan batch mereka. Mungkin kerana ia kurang disenangi oleh sesetengah pihak, ditambah lagi dengan bahang PRK yg sedang berada dikemuncak, Penulis mengambil tindakan drastik menututup blog sehingga tamat tempoh mengundi.kepada semua pembaca yg mengalami kesulitan, saya pohon maaf.
Berkenaan dengan isu tulisan blog ini. Jujurnya saya menulis berdasarkan persepsi dan sentimen yg sedia wujud sepanjang PRK kali ini. Tidak dinafikan, perkara tumpuan kali ini ialah berkenaan dengan isu sekitar calon calon Batch Jan08. memang itu isunya. Calon calon lain bagi saya tidak banyak menimbulkan persepsi dan sentimen.Macam macam sentimen timbul dibenak pemerhati. Ada yang nampak batch ini bersatu hati ingin memenangkan calon calon mereka,ada persepsi bahawa batch berpecah mengikut calon dan wujud juga persepsi bahawa terdapat usaha cantas mencantas dalam batch.
Sekiranya semua ini tidak berlaku atau ianya memang benar benar berlaku.. maka calon,batch jan08 dan para penyokong setia masing masing perlulah bersatu semula untuk mengikis sebarang persepsi yg timbul pada waktu berkecamuknya PRK kampus.Saya secara peribadi tidak mengalami apa apa masalah dengan semua calon yg bertanding. Saya kenal semua calon dan pernah bercakap dengan mereka semua. Tetapi saya harus nyatakan apa yang tersirat didalam fikiran saya.
Mengenai kata kata nista,kesat dan berbaur jahat terhadap saya.Saya mengambil pendirian memohon maaf dan memaafkan saudara saudara semua. Kita semua memiliki emosi dan kadang kadang kita sukar mengawalnya. tidak mengapalah. sama sama kita lupakan. kepada yang mencerca Rakan Masjid, pohonlah maaf kepada presidennya. Saya bukan ahli rakan masjid dan saudara tidak patut menghentam RM disini.
berkenaan isu undian diblog, saya melihat ini sebagai isu yg sengaja ditimbulkan. Ia bukan rekayasa. Undian ini adalah undian kita semua. Saya tidak memanipulasi undian. Ini bukan kali pertama undian dijalankan diblog ini. ada yg kata saya berbohong kerana apabila ditambah kesemua undi ia menjadi tidak sama dengan jumlah pengundi keseluruhannya. Saudara perlu ingat undian ini bersifat "you can choose multiple answer" kerana saudara diminta pangkah 5 calon. lainlah kalau hanya satu calon dibenarkan pangkah,maka sudah tentu jumlah nya akan sama.
apapun, piliharaya sudah tamat. malam ini keputusan akan diumumkan. Jika tahun lepas, saya adalah antara individu pertama yg menyiarkan keputusan rasmi PRK UTP. Saya berharap malam ini saya mampu berbuat perkara yg sama.
sekali lagi maaf kepada semua pembaca.

Tuesday, October 27, 2009

Konspirasi Memalukan Calon No4

Salam pada semua,

terasa geli hati bila pembaca mula menghentam penulis dengan macam macam tuduhan. Bias, hipokrit, dsb. Takpelah,pembaca ada hak utk bersuara. Dan saya selaku penulis pula ada hak menyatakan pandangan saya yg mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengan pembaca.

Berkenaan dengan calon no4, saya melihat ada konspirasi untuk menjatuhkannya atau mungkin menggagalkannya ke kerusi MPP. saya memerhatikan bahawa usaha usaha menjatuhkan reputasinya bermula semenjak malam manifesto lagi. Saya berkesempatan melihat sendiri kesemua calon berpidato membentangkan manifesto mereka.

Penonton berbaju putih telah melontarkan soalan berbaur provokasi dan perangkap yg dilihat bakal menjatuhkan kredibilitinya sebagai calon.

Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada penonton berbaju putih itul;
1. Adakah yg bertanya itu dari batch Jan08 sendiri?
2. Apakah ianya dirancang.Mungkinkah ia satu konspirasi?
3. Apakah niatnya?

Saya kesal kerana isu itu kemudiannya dijaja semasa kempen kemudiannya. Sedangkan kita sedar bahawa ada masanya kita membuat kesilapan. Ada masanya kita terkejut.Kerana berbeza halnya berada di atas pentas dengan berada di bawah pentas.

Jika saya adalah Ain pada waktu itu,Saya akan bertanya kembali kepada penonton itu. Apakah dia benar benar faham dengan takrifan highly conservatif dan highly liberal?dan saya akan hanya menjawap persoalannya jika penonton tersebut sudi mengakui dimana posisi dirinya yang sebenar...sama ada highly conservatif ataupun highly liberal?

tapi saya pasti, ratusan penonton pada malam itu tahu siapa yg bertanya, dan diposisi mana dia sebenarnya berdiri. Saya melihat soalan begitu di ajukan kerana melihat calon no4 mungkin nampak islamik kerana bertudung labuh.(mungkin begitu).

Saya juga ada mendengar cerita bahawa, isu tidak dpt menjawap soalan dengan baik dijaja bukan saja kepada para pengundi, malah kepada makcik kafe!!apakah kaitannya makcik kafe dalam isu itu?saya sempat bertemu dengan makcik kafe tersebut yang kemudiannya mengadu kepada saya dan menyatakan rasa kesalnya dengan sikap orang yg memburuk burukkan calon tadi.

makcik itu menyatakan seorang wanita kurang senang dengan tindakan makcik itu membenarkan flyers calon n04 diletakkan di kedai beliau. itulah isunya. Tak mungkin makcik ini menipu kerana beliau dikenalo sebagai seorang yg jujur,sederhana dan baik hati. Siapa tidak kenal makcik penjual Air Mangga....semuanya kenal..

tak sangka,sampai ke peringkat itu sekali negatifnya pembawaan kempen sesetengah penyokong ini..

hentikanlah...bermaaf maafanlah selepas selesai PRK ini..

RAMALAN KEPUTUSAN PRK ESOK HARI!

tepat puku 11.36 pm jumlah undian mencecah 304 undian berbeza (304 computer berbeza)

satu jumlah survey yg cukup utk mentafsir dan melihat kecenderungan mengundi student UTP.

Umair 154 undi (presiden kita!!) (50%)

Ashraf 135 undi (44%)

Hanif 123 undi (40%)

Muid 110 undi (36%)

Ain 104 undi (34%)

Jenani 89 undi (29%)

jumlah pengundi 300 org
mengikut tinjauan ini, Jenani akan kalah.

p/s : ini hanya kajian rambang, tak semestinya survey ini akan sama dgn keputusan PRk esok.
sama sama kita lihat sejauh mana tepatnya undian ini.

jika esok formula ini benar benar berlaku, maka keputusan seumpama berikut akan berlaku:

1. Umair mendapat undi tertinggi
2. Jenani tersingkir
3. 3 calon dari batch jan08 merampas 3 kerusi umum
4. formula 3:2 gagal. kerusi MPP tidak seimbang.
5. MPP tiada pembaharuan. masih mnjadi dominasi satu satu kaum.
6. Tiada beza MPP kini dan MPP sebelum sebelum ini.
7. Perpaduan dan integrasi nasional masih jauh di lingkungan UTP
8. Konsep 1Malaysia tidak applicable di UTP.

Saya berharap tinjauan ini tidak akan tepat sepenuhnya. Saya masih berpegang bahawa formula 3:2 harus dikekalkan.
Undilah 3 lelaki
undilah 2 wanita
pejamkan mata pada calon!
apa apapun, undilah calon no 6, Umar Bin Zubair!

FINAL PUSH

Waktu berkempen tinggal beberapa jam sahaja lagi. Saya yakin calon dan penyokong masing masing memiliki strategi tertentu sebagai usaha terakhir meraih undi.Saya membayangkan para penyokong setiap calon akan berhempas pulas malam ini dengan strategi bertemu pengundi dari bilik ke bilik.
Tidak kurang juga yang menjalankan kegiatan provokasi di saat saat akhir melalui blog blog dan email berantai.Dari apa yang saya perhatikan dan saya dengar, semua calon yang bertanding tidak mencipta sebarang isu kontroversi utk meraih undi.
Yang dilihat paling kritikal dan mencemaskan ialah persaingan dikalangan Batch Jan08. Adakah tiga calon ini benar2 bersatu untuk merampas 3/5 kerusi MPP? Saya sebenarnya masih sangsi dengan fenomena yang berlaku. Bukan utk menghentam mana mana calon.tapi saya sangsi adakah para pengundi Jan08 benar benar berjanji setia untuk menyokong ketiga tiga calon mereka.
Atau adakah mungkin berlaku sabotaj dari kalangan penyokong yang zahirnya menyokong, namun akan menjatuhkan mana mana calon batch mereka esok? Amat malang sekiranya ini berlaku. Saya mensarankan masa yang berbaki ini digunakan utk memperbetulkan persepsi penyokong masing masing agar bersetia menyokong ketiga tiga calon secara sama rata.
Kalau kita lihat dalam undian disebelah, undian bagi ketiga tiga calon Jan08 adalah tidak seimbang. Mungkin masing masing memiliki pengaruh berbeza beza. Dan mungkin juga antara mereka yang bukan sekadar mengharapkan undi batch, tetapi mengambil langkah menembusi kubu kubu kuat para golongan atas pagar dan anti-establishment di v3,v4 dan v5.
Justeru,bagi mereka yg merasakan sokongan yang masih lemah, sila fikirkan strategi saat saat akhir bagi membolehkan pengundi menukar fikiran disaat saat akhir. Bukankah setiap calon memiliki pakar strategi masing masing?
Ayuh MAKE A FINAL PUSH TONIGHT.

Monday, October 26, 2009

MANA LAGI BAIK?

Berikut adalah petua untuk pemilihan calon esok.

pilihan satu
3 calon lelaki dan 2 calon wanita

komen : ini adalah kombinasi seimbang dan lebih adil.

pilihan dua
4 calon lelaki dan seorang calon wanita

komen : ini adalah kombinasi kurang seimbang dan tidak berapa praktikal.

Jadi kita semua hanya ada dua pilihan. Sama ada pilih kaedah pertama atau kaedah kedua.

pilihan saya
Saya prefer kaedah pertama.
Saya terpaksa gugurkan satu calon dari undi saya besok.

Yang mana satu pilihan anda??

MENGAPA PERLU PILIH JENANI?


Saya adalah seorang pengundi yang akan turun memangkah esok ,InsyaAllah. Jika Saya ditanya calon manakah yang akan saya pangkah, saya akan kata bahwa undi adalah rahsia.Namun ada perkara yang ingin saya nyatakan.

Besar kemungkinan dalam senarai 5 calon yg perlu dipangkah, Jenani akan menjadi salah satu pilihan saya. Mengapa?

1. Pimpinan tertinggi Kampus perlulah menggambarkan wajah sebenar komposisi kaum di dalam kampus. Seperti yang kita tahu, UTP bukan saja dihuni oleh orang melayu, tapi kita turut berjiran dengan orang Cina, India dan pelajar Asing.

2. Sebagaimana malaysia yang hidup berbilang kaum, adalah mustahil perpaduan kaum dapat dicapai jika pucuk pimpinan negara dipegang hanya oleh satu satu kaum tertentu. Maka atas dasar perpaduan, kita mesti pilih Jenani sebagai salah satu calon kita.

3. Pemilihan Jenani sebagai MPP akan membuka ruang engagement dan dakwah yang lebih baik kepada masyarakat bukan islam di UTP. Selama ini, MPP dipandang sepi oleh bangsa lain kerana MPP ini dilihat sebagai Malay-dominant. Jadi penyertaan Jenani ke dalam kancah pilihanraya kampus merupakan satu pembaharuan dari aspek kematangan berpolitik di peringkat kampus.

4. Bagi memperkukuh perpaduan dikalangan pelajar berbilang bangsa seterusnya memperbaiki imej badan pelajar yang dipandang serong selama ini.

5. Dan banyak lagi sebab sebab lain.

Jadi, esok saya akan membuat keputusan menggugurkan salah satu calon Melayu islam dalam undi saya atas sebab sebab yang saya lampirkan di atas, kerana saya yakin suara Melayu adalah akan cukup dalam barisan tertinggi dan juga barisan EXCO nya.

ayuh , selamat mengundi. mari undi Jenani.

SE-AWAL MALAM MANIFESTO


Dalam kesibukan menyiapkan projek PDP1, sempat lagi saya meng update blog ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan utk meningkatkan mood prk kampus kita.


Sejak awal awal lagi, saya sudah menjangkakan bahawa Calon no6 bakal meraih undi tertinggi bagi PRK kali ini. Saya merasakan beliau bakal mengulangi semula kejayaan Calon tahun lepas, sdr Hasmadi Hasbi yang berasal dari Sabah yg berjaya mengaut undi sebanyak lebih 1600 keping.



Mengikut kajian rambang seperti disebelah, beliau masih mengungguli undian tertinggi dengan undi popular yang tertinggi meninggalkan calon calon lain. harapan saya, fenomena ini berlanjutan ke kertas undi pula selepas ini.



Pertama Saudara Umair memiliki susuk seorang pemimpin. Beliau bersifat sederhana dan merendah diri dan dihormati dalam batch beliau. Beliau juga memiliki kelayakan akademik yang sangat baik walaupun aktif bergiat dalam aktiviti bepersatuan seperti Rakan Muda.



Dan yang paling penting manifestonya yang ingin membawa budaya intelektual semula ke bumi UTP ini yang semakin hari semakin malap.Saya tertarik untuk menyokongnya kerana perkara yang ingin dibawanya kelak adalah penting utk pembudayaan ilmu oleh masyarakat kampus.


utk keterangan lebih lanjut, dapatkan maklumat beliau dari bahan2 kempen yang telah diedarkan.


penulis

JAN08 : Berpecah Dalam Diam vs Bersatu Dalam Pendirian

Panas disana sini berkenaan dengan undi Batch Jan08 yang dilihat sebagai kritikal untuk tiga calon MPP dari batch berkenaan : Muid (n02), Ashraf (n03) dan Ain (no4). Dari pemerhatian yand dibuat seawal malam manifesto, Undi dari batch ini berkemungkinan akan pecah kepada tiga dimana setiap calon dilihat mempunyai pengaruh masing masing.
namun sejak akhir akhir ini, terdapat usaha usaha untuk menyatukan ketiga tiga calon ini bagi memastikan tiada perpecahan di kalangan warga batch jan08.
Adakah usaha usaha ini akan berhasil?adakah penyokong bagi ketiga tiga calon ini sanggup untuk memberikan undi SOLID kepada 3 calon ini? macam macam kemungkinan boleh berlaku. Diharapkan ada kesefahaman antara mereka bertiga berkenaan soal ini.
Ini kerana jika mereka mengetengahkan percaturan politik yang lebih bijak, batch Jan08 akan mampu menguasai 3 kerusi MPP. (just imagine batch yg masih junior menguasai 3 kerusi MPP!!).sekiranya mereka silap percaturan politik dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain, besar kemungkinan salah seorang atau pun ada dikalangan mereka yang akan kecundang hari Rabu ini.
nasihat saya, bersatulah wahai batch jan08. jangan hirau sangat undi batch kalian. kalian perlu luaskan pengaruh ke batch2 lain secepat mungkin dalam masa yg singkat ini.
Good Luck!

Sunday, October 25, 2009

UNDI POPULAR :KENANGAN PRK YG LEPAS


NIK AKMAL 1468 UNDI
FAROUQI 1600 UNDI
HASMADI 1683 UNDI
ADONIS 499 UNDI
NORZILA 1535 UNDI
RAHIMAH 423 UNDI
KHALIB 449 UNDI
FARRIZ 710 UNDI
SOFIA 643 UNDI
SYUHADA 1450 UNDI
ASYRAFF 473 UNDI

KENALI CALON ANDA!






















PERANG POSTER BERMULA!

Malam manifesto sudahpun tamat rabu lepas. Kini bermulalah waktu kempen yang saya fikir terlalu singkat utk calon calon meyakinkan pengundi pengundi n60 Dun UTP. Para calon dan penyokong mestilah menggunakan masa kempen yang seminggu ini dengan sebaiknya.



kalau dilihat dan di tinjau disana sini, kebanyakan calon dan penyokong masing masing sedang sibuk menaikkan poster masing masing. Kalau diperhatikan betul betul, poster yang awal sekali naik di serata UTP adalah poster calon no4 (Ain Asman).


Sekarang kebanyakan poster boleh dilihat dimana mana. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Poster dan Banner calon no 1 (Haniff Humam) sedang menguasai suasana kampus kini. Banner gergasi beliau bisa dilihat di roundabout yang terletak dihadapan masjid UTP.


Calon no 3 (Acap) pula kurang dilihat posternya. masih tidak dijumpai. Namun beliau sudah melancarkan peluru kempennya menerusi blog beliau yang kini semakin hari semakin panas dengan jumlah lawatan yg terus meningkat. adakah ini petanda calon ini bakal mencipta kejutan? sama sama kita lihat.


Calon no 6 (Umair) dilihat bakal mendapat undi tertinggi kali ini berikutan manifestonya yang lebih meyakinkan dan lebih bersifat academician. Beliau seorang yang profesional,berpengaruh dan berkelayakan akademik yang tinggi dilihat mampu memecah rekod undi tertinggi sebagai mana calon MPP yang lepas, Hasmadi hasbi.


Calon no 2 (Muid Basidth) pula dijangka memperoleh undi majoriti batch jan08 melihat kepada pengaruh beliau dalam batch itu. Calon dengan Tema "UTP FOR ALL" dilihat cuba menerapkan elemen perpaduan semua kaum dan bangsa di UTP yang dilihat masih lemah.


The first indian lady, Jenani (Calon no 5) dilihat sebagai satu ikon pembaharuan/reformasi dimana calon india/bukan melayu menyertai pilihanraya kampus buat pertama kalinya. Penyertaan beliau dijangka meningkatkan undi golongan india di UTP utk sama sama memilih calon ke kerusi panas MPP. Bukan sekadar penyokong india, Jenani turut mendapat sokongan student dari pelbagai kaum.







Pilihanraya ke-10 di Negeri Perak

Sebelum ini saya ada memberi hint tentang akan berlakunya satu pilihanraya kecil yang ke-10 bertempat di Negeri Perak. Sebenarnya Pilihanraya yang saya maksudkan adalah pilihanraya kampus UTP!!!bukan Pilihanraya kecil diluar sana.
Sori guys!!bukan nak tipu. tempohari saya cakap prk berlaku dikerusi yg ke-60 di perak. Mana wujud kerusi yg ke-60!! di Perak hanya ada 59 kerusi Dun sahaja. jadi saya memang tak tipu la.
Berkenaan dengan campus election kali ni, semalam telah berlangsung manifesto bagi calon calon kerusi umum. Saya sempat pergi semalam melihat sendiri gelagat calon dalam menyampaikan janji masing masing.
Dalam ramai ramai calon tu, saya melihat seorang calon ang saya rasa akan memberi nafas baru kepada MPP yang akan datang sekiranya beliau di pilih kelak. Nanti akan saya dedahkan siapa dia. Stay tuned ok!!
dalam kesibukan hidup disaat saat akhir sem ni, saya akan cuba update mana mana yg boleh utk merancakkan lagi perjalanan pilihanraya kampus kita.
jum mengundi

Wednesday, October 14, 2009

Pilihanraya ke-10 di Negeri Perak

Tronoh, 15 October : Perak dikejutkan lagi dengan satu lagi pilihanraya kecil berikutan kekosongan sebuah kerusi di negeri ini. Pilihanraya ini dilihat akan menambahkan lagi kekalutan dan krisis politik yg berlaku di Perak.

Namun kerusi yg telah dikosongkan itu masih lagi dirahsiakan namanya bagi mengelakkan keresahan dikalangan rakyat negeri Perak, khsususnya di Dun Tronoh yang diwakili oleh speaker V Sivakumar. cukuplah penulis memberi hint bahawa kerusi ini adalah kerusi ke-60 dalam negeri Perak. dimana?masih lagi rahsia.
Blog ini akan mengumumkan dari masa ke masa berhubung kekosongan kerusi tersebut yang bakal mencetuskan satu lagi gelombang kebangkitan rakyat,khususnya di negeri ini. Adakah tampuk pemerintahan negeri akan bertukar tangan semula akibat pilihanraya ini? siapakah yang bakal merampas kerusi ini kelak? adakah pilihanraya kecil diseluruh negara sebelum ini bakal menaikkan sentimen pengundi di Perak?
sama sama kita nantikan.

Monday, October 12, 2009

10 sebab PAS tewas di n31 Bagan Pinang

Assalamualaikum.

Kekalahan Pas pada pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang sudahpun diramalkan ramai pihak.
Cuma yang mengejutkan ialah kekalahan itu cukup besar.. Calon BN, Tan Sri Isa Samad
menang dengan majoriti berlipat kali ganda (5433 undi majoriti).

Untuk rekod BN melalui Tan Sri isa memperoleh 8013 undi menewaskan Pas menerusi Zulkiefly Mohd Omar dengan hanya 2578 undi. Jika pada PRU ke-12 Pas mengumpul 400o++ undi dan menang di 3 unit peti undi, kini Pas hilang lebih seribu undi,kalah di semua unit peti undi dan hilang separuh undi Pos.

Daripada pemerhatian dan kajian saya, terdapat 10 faktor penting yang menyumbang ke arah
kekalahan teruk Pas di Bagan Pinang (dengan kata lain, kemenangan bergaya BN). antaranya
ialah :

1. Pas melancarkan kempen yang sangat agresif terhadadap Tan Sri Isa Samad. Semua kepincangan kepincangan beliau sepanjang menjadi Menteri Besar di bongkar satu persatu. Pengundi di Bagan Pinang mungkin kurang senang apabila tokoh mereka di serang sedemikian rupa lantas meningkatkan pemberian undi kepada Isa.

2. Pengundi bagan pinang teruja dengan janji janji pilihanraya yang ditabur BN,terutamanya
pengundi pengundi india. pembinaan 2 sekolah baru,projek perumahan untuk kaum india, duit raya untuk tentera dan pelbagai lagi janji lain yang cukup lumayan.


3. Bagan Pinang adalah kubu tradisi bagi UMNO yg sememangnya sukar digugat. bertanding dikerusi itu adalah seumpama BN bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yg menjadi kubu kuat Dato Seri Anwar Ibrahim.Letaklah apa sahaja isu, namun pengundi sukar mengubah
fikiran mereka.

4. Undi Pos yang terlalu banyak. Undi Pos adalah akaun simpanan tetap bagi BN. askar askar di Kem tidak mengikuti proses kempen. lagipun pembangkang tidak ada akses ke kem kem tentera padahal BN mengirimkan menteri menteri tertentu ke dalam kem untuk berkempen
secara tidak langsung.

5. Isa Samad adalah calon yang establish di Bagan Pinang. Selaku bekas Menteri Besar selama 22 tahun, beliau memiliki karisma dan kekuatan yang cukup ampuh. Ini ditambah dengan sokongan akar umbi yang sangat kuat terhadap beliau.

6. Pas masih asing bagi kebanyakan orang di bagan pinang. Dari kajian yang dibuat, tidak ramai yang kenal dengan calon Pas. Dan kempen kempen Pas kurang mendapat sambutan awalnya. Walaupun Pas menurunkan figure figure tersohor seperti Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Nik Aziz,Ir Nizar dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini berjaya menarik ramai orang pada saat saat akhir, namun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi oleh para pengundi.

7. Pergolakan pergolakan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dinegeri negeri lain mungkin turut mempengaruhi mood pengundi bukan melayu. Macam macam isu yang timbul terutamanya dari Selangor yang meresahkan masyarakat awam.

8. Dari segi perang poster di lokasi lokasi utama di Bagan Pinang, bendera bendera Pas tenggelam dalam Lautan gelombang biru BN dan bendera bendera UMNO.

9. Isu Rasuah tidak menjadi isu besar bagi pengundi di Dun Bagan Pinang. Populariti dan pengaruh politik Isa Samad nampaknya telah menenggelamkan imej rasuah yang melingkari dirinya. Justeru pengundi disana kurang memberi fokus kepada soal tuduhan rasuah dan soal soal projek terbengkalai dizaman Isa Samad.

10.BN tidak telus dalam aktiviti kempen kerana telah memperkuda sepenuhnya media masa dan banyak menabur janji janji berbentuk projek dan wang kepada pengundi. Ini termasuk janji
yang ditabur kepada anggota tentera sekiranya BN menang dikawasan itu.Rakyat yang kurang celik politik biasanya akan termakan dengan kempen kempen songsang seperti ini.


walau apapun, Pas tidak perlu bersedih hati. lakukanlah Post Mortem untuk melihat kembali dimana silapnya Parti Pas dalam pendekatan kempennya Perlu diingat Pas telah meewaskan
BN di 4 kawasan iaitu Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Manek Urai dan Permatang Pasir. Pas hanya kalah satu kerusi iaitu Bagan Pinang dan itupun memang kerusi UMNO asalnya.

La Tahzan Pas.