Dalam kesibukan menyiapkan projek PDP1, sempat lagi saya meng update blog ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan utk meningkatkan mood prk kampus kita.
Sejak awal awal lagi, saya sudah menjangkakan bahawa Calon no6 bakal meraih undi tertinggi bagi PRK kali ini. Saya merasakan beliau bakal mengulangi semula kejayaan Calon tahun lepas, sdr Hasmadi Hasbi yang berasal dari Sabah yg berjaya mengaut undi sebanyak lebih 1600 keping.
Mengikut kajian rambang seperti disebelah, beliau masih mengungguli undian tertinggi dengan undi popular yang tertinggi meninggalkan calon calon lain. harapan saya, fenomena ini berlanjutan ke kertas undi pula selepas ini.
Pertama Saudara Umair memiliki susuk seorang pemimpin. Beliau bersifat sederhana dan merendah diri dan dihormati dalam batch beliau. Beliau juga memiliki kelayakan akademik yang sangat baik walaupun aktif bergiat dalam aktiviti bepersatuan seperti Rakan Muda.
Dan yang paling penting manifestonya yang ingin membawa budaya intelektual semula ke bumi UTP ini yang semakin hari semakin malap.Saya tertarik untuk menyokongnya kerana perkara yang ingin dibawanya kelak adalah penting utk pembudayaan ilmu oleh masyarakat kampus.
utk keterangan lebih lanjut, dapatkan maklumat beliau dari bahan2 kempen yang telah diedarkan.
penulis
No comments:
Post a Comment