Monday, October 12, 2009

10 sebab PAS tewas di n31 Bagan Pinang

Assalamualaikum.

Kekalahan Pas pada pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang sudahpun diramalkan ramai pihak.
Cuma yang mengejutkan ialah kekalahan itu cukup besar.. Calon BN, Tan Sri Isa Samad
menang dengan majoriti berlipat kali ganda (5433 undi majoriti).

Untuk rekod BN melalui Tan Sri isa memperoleh 8013 undi menewaskan Pas menerusi Zulkiefly Mohd Omar dengan hanya 2578 undi. Jika pada PRU ke-12 Pas mengumpul 400o++ undi dan menang di 3 unit peti undi, kini Pas hilang lebih seribu undi,kalah di semua unit peti undi dan hilang separuh undi Pos.

Daripada pemerhatian dan kajian saya, terdapat 10 faktor penting yang menyumbang ke arah
kekalahan teruk Pas di Bagan Pinang (dengan kata lain, kemenangan bergaya BN). antaranya
ialah :

1. Pas melancarkan kempen yang sangat agresif terhadadap Tan Sri Isa Samad. Semua kepincangan kepincangan beliau sepanjang menjadi Menteri Besar di bongkar satu persatu. Pengundi di Bagan Pinang mungkin kurang senang apabila tokoh mereka di serang sedemikian rupa lantas meningkatkan pemberian undi kepada Isa.

2. Pengundi bagan pinang teruja dengan janji janji pilihanraya yang ditabur BN,terutamanya
pengundi pengundi india. pembinaan 2 sekolah baru,projek perumahan untuk kaum india, duit raya untuk tentera dan pelbagai lagi janji lain yang cukup lumayan.


3. Bagan Pinang adalah kubu tradisi bagi UMNO yg sememangnya sukar digugat. bertanding dikerusi itu adalah seumpama BN bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yg menjadi kubu kuat Dato Seri Anwar Ibrahim.Letaklah apa sahaja isu, namun pengundi sukar mengubah
fikiran mereka.

4. Undi Pos yang terlalu banyak. Undi Pos adalah akaun simpanan tetap bagi BN. askar askar di Kem tidak mengikuti proses kempen. lagipun pembangkang tidak ada akses ke kem kem tentera padahal BN mengirimkan menteri menteri tertentu ke dalam kem untuk berkempen
secara tidak langsung.

5. Isa Samad adalah calon yang establish di Bagan Pinang. Selaku bekas Menteri Besar selama 22 tahun, beliau memiliki karisma dan kekuatan yang cukup ampuh. Ini ditambah dengan sokongan akar umbi yang sangat kuat terhadap beliau.

6. Pas masih asing bagi kebanyakan orang di bagan pinang. Dari kajian yang dibuat, tidak ramai yang kenal dengan calon Pas. Dan kempen kempen Pas kurang mendapat sambutan awalnya. Walaupun Pas menurunkan figure figure tersohor seperti Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Nik Aziz,Ir Nizar dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini berjaya menarik ramai orang pada saat saat akhir, namun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi oleh para pengundi.

7. Pergolakan pergolakan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dinegeri negeri lain mungkin turut mempengaruhi mood pengundi bukan melayu. Macam macam isu yang timbul terutamanya dari Selangor yang meresahkan masyarakat awam.

8. Dari segi perang poster di lokasi lokasi utama di Bagan Pinang, bendera bendera Pas tenggelam dalam Lautan gelombang biru BN dan bendera bendera UMNO.

9. Isu Rasuah tidak menjadi isu besar bagi pengundi di Dun Bagan Pinang. Populariti dan pengaruh politik Isa Samad nampaknya telah menenggelamkan imej rasuah yang melingkari dirinya. Justeru pengundi disana kurang memberi fokus kepada soal tuduhan rasuah dan soal soal projek terbengkalai dizaman Isa Samad.

10.BN tidak telus dalam aktiviti kempen kerana telah memperkuda sepenuhnya media masa dan banyak menabur janji janji berbentuk projek dan wang kepada pengundi. Ini termasuk janji
yang ditabur kepada anggota tentera sekiranya BN menang dikawasan itu.Rakyat yang kurang celik politik biasanya akan termakan dengan kempen kempen songsang seperti ini.


walau apapun, Pas tidak perlu bersedih hati. lakukanlah Post Mortem untuk melihat kembali dimana silapnya Parti Pas dalam pendekatan kempennya Perlu diingat Pas telah meewaskan
BN di 4 kawasan iaitu Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Manek Urai dan Permatang Pasir. Pas hanya kalah satu kerusi iaitu Bagan Pinang dan itupun memang kerusi UMNO asalnya.

La Tahzan Pas.

No comments: