Monday, October 26, 2009

MENGAPA PERLU PILIH JENANI?


Saya adalah seorang pengundi yang akan turun memangkah esok ,InsyaAllah. Jika Saya ditanya calon manakah yang akan saya pangkah, saya akan kata bahwa undi adalah rahsia.Namun ada perkara yang ingin saya nyatakan.

Besar kemungkinan dalam senarai 5 calon yg perlu dipangkah, Jenani akan menjadi salah satu pilihan saya. Mengapa?

1. Pimpinan tertinggi Kampus perlulah menggambarkan wajah sebenar komposisi kaum di dalam kampus. Seperti yang kita tahu, UTP bukan saja dihuni oleh orang melayu, tapi kita turut berjiran dengan orang Cina, India dan pelajar Asing.

2. Sebagaimana malaysia yang hidup berbilang kaum, adalah mustahil perpaduan kaum dapat dicapai jika pucuk pimpinan negara dipegang hanya oleh satu satu kaum tertentu. Maka atas dasar perpaduan, kita mesti pilih Jenani sebagai salah satu calon kita.

3. Pemilihan Jenani sebagai MPP akan membuka ruang engagement dan dakwah yang lebih baik kepada masyarakat bukan islam di UTP. Selama ini, MPP dipandang sepi oleh bangsa lain kerana MPP ini dilihat sebagai Malay-dominant. Jadi penyertaan Jenani ke dalam kancah pilihanraya kampus merupakan satu pembaharuan dari aspek kematangan berpolitik di peringkat kampus.

4. Bagi memperkukuh perpaduan dikalangan pelajar berbilang bangsa seterusnya memperbaiki imej badan pelajar yang dipandang serong selama ini.

5. Dan banyak lagi sebab sebab lain.

Jadi, esok saya akan membuat keputusan menggugurkan salah satu calon Melayu islam dalam undi saya atas sebab sebab yang saya lampirkan di atas, kerana saya yakin suara Melayu adalah akan cukup dalam barisan tertinggi dan juga barisan EXCO nya.

ayuh , selamat mengundi. mari undi Jenani.

No comments: