Friday, October 30, 2009

SESIAPA PUN BOLEH DITEGUR

Salam kepada semua.


Sesiapa pun boleh ditegur! itulah perkara yang ingin saya huraikan di sini. Ini kerana kita semua; sama ada RM atau tidak,MPP atau tidak, tak kira walau siapapun kita, ia wajib ditegur sekiranya melakukan kesalahan.


Nabi sendiri ditegur oleh Allah beberapa kali didalam Al Quran. sebagai contoh dalam peristiwa Perang Badar, nabi telah bertindak membebaskan tahanan perang dengan syarat sedangkan perintah Allah yg turun selepas itu menunjukkan isyarat bahawa tahanan itu sepatutnya dibunuh.


Nabi juga ditegur dalam satu peristiwa dimana seorang sahabat yang buta (Abdullah Bin Ummul Maktum) datang ingin bertanyakan sesuatu perkara kepada Baginda. Baginda ketika itu sedang sibuk memberi penerangan kepada pemuka pemuka Quraisy. Baginda pun menunjukkan wajah yg masam kepada siButa tadi. turunlah ayat yang menegur nabi.


Nabi juga ditegur kerana telah mengharaman madu untuk dirinya dalam satu peristiwa. terlalu banyak kisah tegur mengur ini. Saidina Umar pernah ditegur rakyatnya berkenaan mas kawin, imam solat pun boleh ditegur jika salah bacaan.Begitu juga dengan pemimpin. Ia boleh ditegur.Sebab apa kita boleh ditegur?sebab kita semua tidak sempurna. Kita manusia. kita bukan Tuhan.
Jadi saya mengalu alukan teguran teguran positif anda semua. Anda boleh menegur saya, anda boleh menegur RM, anda boleh menegur MPP. Kita semua perlu sedar kita pernah melakukan kesilapan. Maka jangan malu untuk mengakui kelemahan dan kesilapan kita.
Saya tertarik dengan komen penulis "langkahsepi" yang mengatakan bahawa bukan dia membenci RM, cuma dia merasakan kaedah dan pendekatan RM tidak sesuai dengan keadaan student UTP. (sila rujuk dalam ruangan komen).jika tidak sesuai kaedah A,sila guna kaedah B. begitu ujarnya. Saya mengharapkah Langkahsepi sebagai seorang pendebat tersohor, dapat mengemukakan satu garis panduan yang jelas berkenaan dengan kaedah dakwah yang boleh diterima pakai di UTP supaya dapat dikaji dan diguna pakai oleh RM untuk masa masa yang akan datang. sesiapa yang ada idea dan cadangan yg baik, boleh salurkan terus ke Majlis Tertinggi Rakan Masjid.
saya tidak ingin para pengkritik dituduh sebagai hanya pandai bercakap tapi tidak megemukakan sebarang cadangan,proposal dan garis panduan untuk dijadikan rujukan. justeru langkahsepi diharap dapat mengusahakannya tidak lama lagi.
bukan mudah sebenarnya nak buat kerja2 dakwah. sebab orang tak suka ditegur. orang tak suka urusannya dicampuri.Ramai marah RM tidak suka dikritik,tapi sedar tak kita betapa ramai antara kita yg tak suka ditegur dalam perkara perkara mungkar?jadi selepas ini mari kita budayakan sifat tegur menegur. Rakyat menegur pemimpin dan pemimpin menegur rakyat. RM perlu terbuka menerima teguran dan orang ramai sepatutnya faham dan hormat dengan kerja kerja dakwah yang merupakan tuntutan agama yang wajip BUKAN HANYA KPD RM, tetapi juga kepada saya,langkahsepi,rausyanfikir dan sesiapa sahaja yang berugama Islam.
Saya menyeru diri saya, saudara saudara sekalian untuk sama sama kita memperbaiki diri kita. Bercakap memang mudah, tapi nak buat belum tentu. RM mungkin silap kerana yang memandunya adalah manusia biasa juga. Tapi berilah mereka ruang untuk memperbaiki diri. tidak bermakna bila anda semua yang pegang RM, anda tidak akan buat silap. cumanya orang memandang orang yg berkopiah ni, tak boleh buat silap. kalau silap orang akan ingat sampai mati. kita lupa dia pun student,diapun manusia.
*Dan berilah peringatan ,kerana peringatan itu sangat berguna bagi orang orang yang beriman*
51:55
wallahu'alam.

3 comments:

faizal bidin said...

trima kasih...
moga2 semua boleh trima teguran dgn hati yang terbuka..

-J- said...

Assalamualaikum saudara...
tahniah utk entry yg baek...
truskn perjuangan anda dengan ikhlas dan semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t..
tetapi maaf utk berkata...
saya dpt rasakn yg msih ad sisa emosi disrtakan dlm menulis entry ini..
ap yg saya dpt faham...
entry ini utk komen2 yg diberi pd entry "mencaci rm"...
(maafkn saya jika saya salah")...
jdi, saya harap..
pd msa hadapan saudara dpt berlapang dada dlm menerima teguran dan juka cacian jika ad...
tidak dinafikan..
sbgai mnusia biasa...
setiap org ad ego mereka tersendiri..
termasuk diri saya juga..
tetapi adkalanya...
sifat ego itu perlu kte tundukkn...
sekali lgi..
maaf jika saya salah dan harap dpt di perbetulkn...

oranglaut said...

senang je sape rase method rm x kene silakan propose method bru kat presiden rm..mgkn rm boleh apply d new method..