Pilihanraya kampus telahpun tamat. Keputusan telahpun diketahui. Pengundi telahpun membuat keputusan. Namun rasa panas hati masih ada. marah dan caci maki masih dihamburkan. tulisan dan komen komen sampah masih ditulis.
bila prk je mesti orang marah RM,bila Valentine je mesti orang marah RM. bila tegur orang couple je mesti marah RM. bila cakap pasal hedonisme je mesti orang tuding RM. semuanya serba serbi RM. orang tidak pernah pun marah ICC ke, tak pernah pun saya dengar orang marah rotaract club ke atau mana mana badan dan organisasi lain.
telah mejadi lumrah dunia, orang yg ingin membawa islam dan yang ingin mempertegak perkara yang haq ini akan difitnah dan dicaci sehabis habisnya. mereka ditolak. sedangkan mereka bukan menganjurkan maksiat. mereka cuma menyeru kebaikan. dan kebaikan itu tidak sesekali menguntungkan mereka. mereka bersabar dihina dan difitnah dan diperlekeh oleh masyarakat.
ini berlaku bukan hanya pada RM. nabi nabi disepanjang zaman di hina,dihalau dari kampung halaman mereka,di baling batu dan ada yang dibunuh!sebab apa mereka disiksa dan dibunuh?adakah kerana mereka berbuat jenayah??tidak,mereka dibunuh kerana mereka menyeru Islam. mereka dibunuh dan disiksa kerana menyeru kebaikan. Malangnya kebaikan itu tidak sesuai dengan keinginan nafsu masyarakat ketika itu. itu sahaja alasannya. ia tidak ssuai dengan kemahuan orang orang ketika itu.
Ambil nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh. Nabi ini di gelar Al Amin, yakni orang yg lurus dan yang jujur. semua orang suka,sayang dan percaya pada baginda. apa saja yang baginda cakap dan baginda buat tidak akan diragui sedikitpun. Namun,sejurus sahaja tugas kenabian bermula,bila saja nabi mula menyerukan islam kepada mereka,maka mulalah nampak sikap sebenar kaum arab ketika itu.
Nabi digelar penipu,pembohong,orang gila.orang yang dahulunya mereka sanjung dan percaya kini digelar pendusta dan gila hanya kerana beliau menyerukan kebenaran islam kepada kaumnya. Adakah Rasulullah suka digelar pendusta dan gila?adakah Rasulullah suka dihina dan dicaci padahal selama ini masyarakat benar2 menyayangi dan mempercayai beliau? tidak. Logiknya nabi tak suka. Tapi apakan daya. tugas kenabian telah diberi. Allah telah mengutusnya. terpaksalah nabi mengharungi segala tribulasi,fitnah,penentangan,siksaan dari kaumnya sendiri kerana menyeru islam,walaupun hakikatnya tidak ada mana mana manusia pun yang suka diperlakukan sedemikian.
adakah nabi salah strategi?adakah method dakwah nabi salah?semestinya tidak,kerana nabi mendapat tarbiyah direct dari Tuhan.Jadi dimana silapnya?tiada yang silap melainkan nafsu serakah dan kesombongan manusia itu sendiri.
begitulah ceritanya dengan seluruh para nabi dan anbia. ada yang di halau dari kampung halaman, ada yang dibakar hidup hidup,ada yang digergaji sampai mati dan macam macam lagi. dan gerakan gerakan islam seterusnya pun menerima nasib yang sama,dari dulu sampai ke hari ini. tidak kira dimana jua sama ada di timur mahupun dibarat, diutara mahupun di selatan gerakan islam ini akan sentiasa di tentang,difitnah,disekat dan digempur sehabis habisnya.
sebab apa???sebab yang diseru itu ialah yang makruf.sebab apa???sebab yang diseru itu ialah islam. sebab apa??sebab yang diseru itu ialah perkara yang haq.
Jadi jika nabi dan rasul dihina, Jika gerakan Islam diseluruh dunia dikeji,difitnah,di siksa dan dibunuh pengikutnya,jadi tidak ada peliknya jika RM juga mendapat nasib yang sama di bumi UTP ini. RM sebagai badan dakwah yang wujud di UTP patut sedar dan insaf dengan kenyataan kenyataan ini. apa sangatlah mehnah yang kalian hadapi jika dibandingkan dengan ujian para nabi dan gerakan gerakan islam yang lain. Bersabarlah wahai pejuang. Bersabarlah.Kuatkan hati dan semangat perjuangan kalian.
Kepada mereka yang sentiasa mengeji,memfitnah dan menabur kata kata nista, kalian perlu memikirkan apa yang saya nyatakan di atas. jika kalian memilih utk terus menuding jari dan memandang serong kepada RM, teruskanlah. saya tidak akan hairan kerana orang orang seperti kalian memang wujud disetiap masa, tempat dan zaman.
kepada manusia pengkhianat dan mana mana penulis blog yang melampaui batas,hentikanlah menghasilkan artikel artikel hampas dan sampah yang berniat jahat. Lakukanlah sesuatu yang menguntungkan Islam dan gerakannya.bukan yang menjahanamkannya. Hati saya kesal dengan niat jahat dan kegiatan kamu yang sangat hina.Insaflah.
ingat formula ini. walau jahil macam mana pun sesuatu kaum,mesti Allah akan bangkitkan dikalangan mereka orang yang menyeru kepada kebenaran dan kebaikan. dan jika sebaik mana pun sesuatu kaum, mesti akan ada segolongan manusia yang jahil yang akan sentiasa menimbulkan masalah.
itulah sunnatullah.
10 comments:
Assalamualaikum.
Adik2ku, perhatikan..
1. Seandai mad'u menolak kebenaran atas sebab: memang diri mad'u yang ego menolaknya, demikian mereka menentang. Bagi sang daie, ianya lumrah perjuangan!
2. Seandai mad'u menolak kebenaran atas sebab: cara penyampaian tiada hikmahnya, demikian mereka menentang. Bagi sang daie, ianya sebuah kegagalan!
mungkin ada orang yang suka mencaci rm tak tentu pasal.
tapi dlm beberapa blog yg saya bace.. bukan benci rm kerana "keislamannya" yang menjadi isu. isu nya lebih kepada CARA RM mahu memenangi prk seperti menghantar orang ke bilik2 utk menyuruh pengundi untk tidak mengundi seseorang calon. itu sangat tidak beretika. islamkah itu? jangan hanya kerana RM itu badan agama dan mereka ini berkopiah dan bertudung labuh juga menggunakan kataganti diri 'ana' dan 'anta' maka apa yg mereka buat semuanya betul dan kononnya mendapat restu Allah. mereka bukan maksum. kesilapan masih boleh dilakukan maka diharap teguran2 yg membina diterima dgn baik( tak termasuk lah kalau ada orang mencaci rm tak tentu pasal.. itu mmg lah salah)
come on lah.. jangan lah bila ada orang mengkritik rm maka dibuat kesimpulan seolah2 kami semua membenci rm dan memberi contoh kisah Rasulullah saw sekian2.. seolah2 kami disamakan dgn golongan jahiliah yang menentang islam. sedangkan saya percaya ramai diantara pengkritik2 rm itu juga adalah bekas2 rm sendiri yg melihat sendiri carakerja orang2 rm. kalau ada diantara teguran itu tidak tepat, maka orang2 rm jelaskanlah dgn betul dan sekian2. kalau benar kenapa perlu takutkan? instead of menggunakan nama 'gerakan islam' utk mengelak dan mengatakan bila golongan2 seperti anda ingin menyeru kebaikan pasti ditentang etc..
1) dari penulisan anda, dptlah sy gambarkan anda seorang yg tidak boleh menerima teguran. pendapat anda hnylah pendapat peribadi yg hanya melihat dari persepsi anda dan bukannya secr menyeluruh. seperti dlm post lain, semuanya memberi teguran atau dgn bhs yg sedikit kasar, kritikan terhadap cara yg digunakan RM dalam memenangi prk. itu shj. RM seharusnya menerima teguran itu bukannya menyalahkan org lain. kalau post2 lain sememangnya menghalang dakwah RM, saya pasti, akan ad laungan HAPUSKAN RM. tapi tidak, perkara sebegitu tidak pernah terjadi.
2) sy tidak pernah menyalahkan RM dlm hendonisme, valentine, couple n etc. sy recpect RM dgn kerja2 mcm tu. dan sy yakin tidak ad yg menghalang dakwah RM sebegitu. cuma post2 yg sy bc, hanyalah kritikan terhadap apa yang berlaku disebalik prk. itu shj. tidak perlu untuk menyalahkan org lain sekiranya anda dan RM itu professional. tak perlu menyalahkan org lain sekirana anda dan RM buka minda untuk menerima segala kritikan itu. dan memastikan perkara yg sama tidak berulang skali lagi.
jgn menjadi tidak matang apabila dicuit sedikit dengan isu-isu panas anda telah gelabah. Realiti tetap kene terima walaubagaimana sekalipun pahit untuk ditelan.
Kebanyakkan warga utp tidak pernah membenci RM. RM adalah satu badan yang tidak pernah membuat salah kepada warga UTP. Namun apa yang dibenci adalah anggota-anggota RM yang telah melakukan kesilapan.
Kesilapan yang bagaimana?
cara pendekatan warga RM untuk amar makruf nahi mungkar adalah tidak berkesan. Warga UTP semua sudah besar. Kita bukan lagi kanak-kanak hingusan yang boleh dipaksa dan menerima. Kita sudah boleh berfikir bagaimana untuk menerima dan menolak sesuatu pekara.
Pada zaman rasullullah sekali pun. baginda tidak membenci orang yang pernah membaling najis dan menghalau baginda keluar dari kampung mereka. Malah rasullulah S.A.W tetap mendoakan agar mereka menerima hidayah suatu hari nanti.
Lihat sungguh murni perkerti Rasullulah dan cara dakwah baginda. Mengapa warga RM tidak mengambil contoh dari cara yang telah Rasululah tunjukan dan lakukan.
Anda semua perlu melihat kembali cara dan pendekatan dakwah yang kamu semua lakukan. Anda kamu semua tidak berjaya dengan cara A, silalah memikirkan strategi dakwah yang berkesan. Anda dikurniakan dengan ilmu dan juga pemikiran yang matang dan baik. kenapa tidak pernah memikirkan alternatif untuk berdakwah.
Kembali ke bawah seketika dan menyedari kesalah-kesalah yang penah dilakukan. Itu adalah pekara yang terbaik untuk dilakukan. Perubahan yang besar mampu memberi kebaikan dimasa hadapan. Percayalah, Kesilapan yang telah berlaku jangan diulang. Pendekatan yang tidak berjaya jgn digunakan kembali.
Perlu diingat anda adalah icon. Bermaksud anda akan diperhatikan. Maka setiap gerak geri anda akan menjadi bual bicara warganya. Anda sekali anda melakukan kesilapan, orang akan menceritakan pekara itu kepada masyarakat lain. maka berhati-hatilah. Kita tahu kita tidak sempurna. Anda dikritik untuk berubah.
Beryukur masih ada lagi orang menyedarkan tentang perjuangan anda. Islam satu agama yang indah. Agama untuk dicontohi dan diikuti. Namun di utp, agama lain memandang serong dengan agama kita kerana cara pendekatan yang anda ingin sampaikan tidak sesuai dan seolah-olah agama lain melihat agama islam adalah jumud dan tak bertamadun.
Cuba anda fikirkan kembali..
sedakar memberi komentar
MAD'U tu ape?????
Tlg perhatikan ayat ini..
"Adakah Rasulullah suka digelar pendusta dan gila?adakah Rasulullah suka dihina dan dicaci padahal selama ini masyarakat benar2 menyayangi dan mempercayai beliau? tidak. Logiknya nabi tak suka. Tapi apakan daya. tugas kenabian telah diberi. Allah telah mengutusnya. terpaksalah nabi mengharungi segala tribulasi,fitnah,penentangan,siksaan dari kaumnya sendiri kerana menyeru islam,walaupun hakikatnya tidak ada mana mana manusia pun yang suka diperlakukan sedemikian."
Seolah-olah nabi berdakwah dgn tidak ikhlas n dlm keadaan terpaksa atas perintah tuhan. Mind ur words!
Tak kirelah RM ke..sape2 ke..jgn cepat melatah..pandang diri2 sendiri dl..sape2 yg dlm kebenaran, semoga Allah memberkati usaha anda kalian.
Still in denial eh? Too bad you guys have HUGE EGO to admit your mistakes.
Salam,
Do not deflect! Pada hemat sy, anda bukan berkata2 tentang isu yg sedang dibincangkan..soal usaha2 RM menentang hedonisme dan etc tu xpnah pon dipersoalkan..soalnya dlm PRK,disitu wujud banyak pertikaian tentang CARA RM melakukannya..
jgn capahkan perbincangan anda dgn bercerita kembali apa usaha2 yg RM dh buat bg menegakkan syiar Islam d bumi UTP ini sbb soal ini antum smua teruskan..soalnya sy lihat dsni adalah tentang PRK shj!
jadi nilailah dgn penuh rasa sedar dan keinginan utk berubah. sedangkan apabila ramai bersuara mengenai PRK ini dan RM, mungkin tiba masanya anda cuba utk mendengar nasihat org ramai dan mulakan perubahan...
kami sudah bosan dgn alasan2 anda dgn bercerita kembali kisah2 nabi..kisah2 ini mmg betul dan perlu diambil iktibar, tapi scara tidak lgsung anda seolah2 berbicara semacam anda semulia nabi2 dan rasul2 yg anda ceritakan..inilah yg dimaksudkan pendekatan 'I am holier that thou' tu yg akhirnya menyebbkn pendekatan dakwah RM xberhasil malah turut dikecam..
buat study sikit bg menyesuaikan kaedah dakwah dgn lifestyle UTPians supaya dakwah diterima..bukan dgn tidak menerima pandangan org.
sekadar memberi pendapat. wallahua'lam~
semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua..aminn
p/s : kepada mpp baru ni,jangan ulangi kesilapan yg lepas2 k...=)
semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua..aminn
p/s : kepada mpp baru ni,jangan ulangi kesilapan yg lepas2 k...=)
Post a Comment