Tuesday, October 27, 2009

FINAL PUSH

Waktu berkempen tinggal beberapa jam sahaja lagi. Saya yakin calon dan penyokong masing masing memiliki strategi tertentu sebagai usaha terakhir meraih undi.Saya membayangkan para penyokong setiap calon akan berhempas pulas malam ini dengan strategi bertemu pengundi dari bilik ke bilik.
Tidak kurang juga yang menjalankan kegiatan provokasi di saat saat akhir melalui blog blog dan email berantai.Dari apa yang saya perhatikan dan saya dengar, semua calon yang bertanding tidak mencipta sebarang isu kontroversi utk meraih undi.
Yang dilihat paling kritikal dan mencemaskan ialah persaingan dikalangan Batch Jan08. Adakah tiga calon ini benar2 bersatu untuk merampas 3/5 kerusi MPP? Saya sebenarnya masih sangsi dengan fenomena yang berlaku. Bukan utk menghentam mana mana calon.tapi saya sangsi adakah para pengundi Jan08 benar benar berjanji setia untuk menyokong ketiga tiga calon mereka.
Atau adakah mungkin berlaku sabotaj dari kalangan penyokong yang zahirnya menyokong, namun akan menjatuhkan mana mana calon batch mereka esok? Amat malang sekiranya ini berlaku. Saya mensarankan masa yang berbaki ini digunakan utk memperbetulkan persepsi penyokong masing masing agar bersetia menyokong ketiga tiga calon secara sama rata.
Kalau kita lihat dalam undian disebelah, undian bagi ketiga tiga calon Jan08 adalah tidak seimbang. Mungkin masing masing memiliki pengaruh berbeza beza. Dan mungkin juga antara mereka yang bukan sekadar mengharapkan undi batch, tetapi mengambil langkah menembusi kubu kubu kuat para golongan atas pagar dan anti-establishment di v3,v4 dan v5.
Justeru,bagi mereka yg merasakan sokongan yang masih lemah, sila fikirkan strategi saat saat akhir bagi membolehkan pengundi menukar fikiran disaat saat akhir. Bukankah setiap calon memiliki pakar strategi masing masing?
Ayuh MAKE A FINAL PUSH TONIGHT.

No comments: