Salam Sejahtera semua.
Sekitar pukul 2 pm, blog ini telah dimasuki pengunjung pengunjung yg melemparkan kata kata kesat dan nista diruangan shoutbox.Tidak kurang juga yg melahirkan kebimbangan kerana tulisan blog ini dikatakan berunsur provokasi dan sengaja mahu menimbulkan keresahan dalam kalangan batch mereka. Mungkin kerana ia kurang disenangi oleh sesetengah pihak, ditambah lagi dengan bahang PRK yg sedang berada dikemuncak, Penulis mengambil tindakan drastik menututup blog sehingga tamat tempoh mengundi.kepada semua pembaca yg mengalami kesulitan, saya pohon maaf.
Berkenaan dengan isu tulisan blog ini. Jujurnya saya menulis berdasarkan persepsi dan sentimen yg sedia wujud sepanjang PRK kali ini. Tidak dinafikan, perkara tumpuan kali ini ialah berkenaan dengan isu sekitar calon calon Batch Jan08. memang itu isunya. Calon calon lain bagi saya tidak banyak menimbulkan persepsi dan sentimen.Macam macam sentimen timbul dibenak pemerhati. Ada yang nampak batch ini bersatu hati ingin memenangkan calon calon mereka,ada persepsi bahawa batch berpecah mengikut calon dan wujud juga persepsi bahawa terdapat usaha cantas mencantas dalam batch.
Sekiranya semua ini tidak berlaku atau ianya memang benar benar berlaku.. maka calon,batch jan08 dan para penyokong setia masing masing perlulah bersatu semula untuk mengikis sebarang persepsi yg timbul pada waktu berkecamuknya PRK kampus.Saya secara peribadi tidak mengalami apa apa masalah dengan semua calon yg bertanding. Saya kenal semua calon dan pernah bercakap dengan mereka semua. Tetapi saya harus nyatakan apa yang tersirat didalam fikiran saya.
Mengenai kata kata nista,kesat dan berbaur jahat terhadap saya.Saya mengambil pendirian memohon maaf dan memaafkan saudara saudara semua. Kita semua memiliki emosi dan kadang kadang kita sukar mengawalnya. tidak mengapalah. sama sama kita lupakan. kepada yang mencerca Rakan Masjid, pohonlah maaf kepada presidennya. Saya bukan ahli rakan masjid dan saudara tidak patut menghentam RM disini.
berkenaan isu undian diblog, saya melihat ini sebagai isu yg sengaja ditimbulkan. Ia bukan rekayasa. Undian ini adalah undian kita semua. Saya tidak memanipulasi undian. Ini bukan kali pertama undian dijalankan diblog ini. ada yg kata saya berbohong kerana apabila ditambah kesemua undi ia menjadi tidak sama dengan jumlah pengundi keseluruhannya. Saudara perlu ingat undian ini bersifat "you can choose multiple answer" kerana saudara diminta pangkah 5 calon. lainlah kalau hanya satu calon dibenarkan pangkah,maka sudah tentu jumlah nya akan sama.
apapun, piliharaya sudah tamat. malam ini keputusan akan diumumkan. Jika tahun lepas, saya adalah antara individu pertama yg menyiarkan keputusan rasmi PRK UTP. Saya berharap malam ini saya mampu berbuat perkara yg sama.
sekali lagi maaf kepada semua pembaca.
No comments:
Post a Comment